KMY KMO, LUCA SICKTA PILIH HAZAMA UNTUK KOLABORASI LAGU MAKUTA



KUALA  LUMPUR,  3  JUN  2022 –Selepas  kejayaan  merakamkan  tiga  single  dengan  penyanyi tersohor negara iaitu Dato’M.Nasir menerusi lagu Zuhud, diikuti Dato’Sri Siti Nurhaliza menerusi 7 Nasihat dan Dato’Jamal Abdilllah dalam Neraca, kini duo hip hop popular, Kmy Kmo dan Luca Sickta tampil berkolaborasi dengan penyanyi pop rock tanah air, Hazama menerusi lagu berjudul MAKUTA.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh dua penyanyi muda ini sememangnya memiliki mesej yang cukup mendalam selain menggabungkan elemen hip hop dan rock serta konsep Nusantara dalam buah tangan kali ini.

Menurut  Kmy  Kmo  atau  nama  sebenarnya  Lukmanul  Hakim,  penghasilan MAKUTAmenitik beratkan  gambaran  serta  amaran  yang  sudah  dan  bakal  berlaku  dalam  memberi  kesedaran kepada pendengar secara menyeluruh.

“MAKUTA yang  bermaksud  Mahkota  dari  bahasa  Sunda  ini  mengisahkan   propaganda, ketidakadilan, dan korupsi yang berlaku pada dunia pekerjaan dan juga pada kehidupan harian kita.

“MAKUTA atau  Mahkota  juga  lebih  menjuruskan  kepada  ketua,  pengurus,  dan  juga  wanita kerana golongan ini mempunyai mahkota tersendiri dengan kuasa yang dimiliki. Mereka mampu membawa  setiap  agenda  atau  tanggungjawab  itu  kearah kebaikan  atau sebaliknya dengan mempergunakan Makuta/Mahkota sebagai senjata kuasa veto.

“Tidak dinafikan pengurus atau ketua yang diberikan mahkota dalam satu perbadanan mampu mengubah  pengikut-pengikut  menjadi  lebih  baik  dengan  penuh  rasa  tanggungjawab,  malah golongan ini juga mampu mempergunakan pengikut-pengikutnya dengan kuasa “Mahkota” yang diamanahkan demi kepentingan diri sendiri.

“Jika dilihat daripada sudut wanita, ‘Mahkota’ boleh disifatkan sebagai sesuatu yang berharga dan  dalam  masa  sama  mampu  menjadi  senjata  yang  berbahaya atau membunuh  jika  ia digunakan dengan niat jahat,” katanya.



Mengakui single MAKUTA memberi cabaran tersendiri memandangkan tiga single terdahulu memberi impak besar kepada pendengar setianya, Kmy bagaimanapun berusaha menghasilkan lirik yang berbekas di hati pendengar.

“Proses penulisan agak mencabar kerana sebelum  ini kami sudah keluarkan  tiga  lagu  yang memberi  impak  besar kepada  pendengar dan secara tidak langsung memberi satu tekanan kepada kami untuk mengekalkan momentum karya-karya kami. Namun kami percaya pendengar akan  terus  mengkaji setiap bait-bait lirik yang kami sajikan dalam memahami  dan menghayati apa pula rahsia di sebalik lirik lagu MAKUTA,” katanya.

Menyentuh mengenai kolaborasi dengan pelantun lagu Relakan Jiwa itu, Luca Sickta  berkata, pemilihan Hazama diputuskan selepas mengambil kira bakat, karakter dan  personaliti seorang penyanyi rock yang dimilikinya.

“Bagi saya Hazama adalah seorang penyanyi yang sangat menjiwai setiap apa yang diamanahkan. Dia tahu apa itu seni lagu dan seperti yang semua tahu setiap lagu yang  disampaikan Hazama menusuk ke kalbu.

“Saya juga melihat kehadiran Hazama ini sebagai seorang legenda muda.Hazama juga seorang penyanyi yang sangat kami hormati dengan bakat dan karakternya yang begitu bersahaja,”katanya.



Beralih mengenai cabaran menghasilkan lagu MAKUTA, Luca berkata, lagu terbabit sepatutnya dilancarkan   lebih   awal   namun   disebabkan   pandemik   Covid-19,   pihaknya   tidak   dapat memperdengarkan  kepada  peminat  sehingga  dirinya  sukar  untukbergerak  menghasilkanlagu seterusnya.

“Demo pertama dirakam pada 2020 sebelum pandemik dan vokal Hazama dirakam pada pertengahan tahun lepas. Saya akui proses kali ini agak ‘slow & steady’ kerana jadual pengeluaran kami terpaksa ditangguhkan hampir dua tahun kerana wabak berbahaya ini.

“Bagaimanapun  berpeluang  berkerjasama  dengan  penyanyi  yang  bersuara  rock  ini  sangat menyeronokkan. Kami cuma perlukan satu sesi rakaman, walau konteks lagu ini agak serius tapi Hazama  berjaya  menghadam  lirik  lagu  ini  dengan cepat,” katanya  muzik  video  (MV)  Makuta masih mengekalkan produksi Cinema Malaya selepas kejayaan menghasilkan tiga MV terdahulu.

“Ia adalah suatu penghargaan untuk berkolaborasi bersama dua penyanyi rap yang seperti Kmy Kmo dan Luca Sickta. Melihat kepada karya-karya mereka sebelum ini dan pengalaman mereka bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industri seni tanah air seperti Dato’ M. Nasir, saya rasa kedua-dua rapper ini perlu diberi perhatian yang lebih”

“Saya berpendapat bahawa MAKUTA adalah satu naskhah yang penuh berisi dan saya berikan sepenuh jiwa untuk menggalas tanggungjawab untuk menyumbangkan suara dalam karya hebat ini agar sampai ke hati para pendengar” kata Hazama.

Jangan lupa untuk dengarkan lagu MAKUTA di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX dan YouTube Music bermula 3 Jun ini manakala MV MAKUTA bakal dilancarkan disaluran YouTube Kmy Kmo Official pada 10 Jun ini.

  

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang