KPMC-UCMI : METERAI KERJASAMA KEBOLEHPASARAN GRADUAN INDUSTRI KESIHATAN

Naib Canselor UCMI, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (kiri)  bersalaman bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Kajang, Datuk Haji Saroni Haji Judi. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kajang Plaza Medical Centre (KPMC Kajang) dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) memeterai perjanjian (MoU) dalam usaha untuk memenuhi kebolehpasaran graduan kesihatan.

Melihat kepada isu kesihatan yang kian meruncing, keperluan kepada perhidmatan kesihatan swasta semakin meningkat justeru lebih ramai petugas kesihatan diperlukan. Kerjasama ini adalah salah satu inisiatif KPMC Kajang untuk menambah bilangan khidmat tenaga mahir petugas kesihatan dalam memenuhi keperluan pesakit dan menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Naib Canselor UCMI, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (kiri)  menandatangani memorandum  bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Kajang, Datuk Haji Saroni Haji Judi. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Naib Canselor UCMI, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Kajang, Datuk Haji Saroni Haji Judi. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Majlis MoU ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Kajang, Datuk Haji Saroni Haji Judi dan Naib Canselor UCMI, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman. Menurut Datuk Haji Saroni Haji Judi, KPMC Kajang sentiasa membuka peluang kepada graduan khususnya graduan dalam bidang kesihatan untuk bersama-sama dengan KPMC Kajang dalam menjadi pusat perubatan pilihan dengan memberikan rawatan kesihatan yang berkualiti. Sebelum ini KPMC telah mengadakan kerjasama dengan beberapa kolej swsta lain untuk tujuan bersama.

Ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Kajang, Datuk Haji Saroni Haji Judi. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Turut hadir ke majlis ini, Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Mohd Nazil Salleh (Akademi & Pengantarabangsaan). Dengan temeterainya perjanjian ini, diharapkan UCMI dapat berdaya saing dalam menghasilkan graduan yang mampu memenuhi kehendak industri seterusnya membantu KPMC Kajang dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada setiap pesakit.

Naib Canselor UCMI, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman memberikan kata-kata aluan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Antara tetamu yang hadir di majlis MoU. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Antara tetamu yang hadir di majlis MoU. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang