KONSERT EKSKLUSIF DATUK RAMLI SARIP SEMPENA PEMBUKAAN RASMI MALACCA MUSIC HALL


 

Para peminat setia Datuk Ramli Sarip akan berpeluang melepaskan rindu mereka untuk melihat penyanyi kesayangan mereka beraksi secara langsung di atas pentas pada 29 dan 30 Julai 2022 di Malacca Music Hall, Aqua Villa, Melaka.

Penjualan tiket bagi ‘Concert Ramli Sarip: Upclose and Personal’ ini adalah secara terhad, bertujuan untuk memberikan pengalaman yang eksklusif kepada para peminat setia untuk menyaksikan dan berhibur dengan persembahan mantap Datuk Ramli Sarip yang akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik tersohor Malaysia.

Datuk Ramli Sarip, juga dikenali dengan gelaran Papa Rock oleh para peminatnya merupakan seorang penyanyi lagenda yang amat dikenali di Malaysia. Beliau memulakan karier beliau sebagai vokalis utama kumpulan Rock Melayu Sweet Charity yang telah menggegarkan arena seni di Malaysia dan Singapura pada tahun-tahun 70-an dan 80-an. Selain itu, Ramli Sarip bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi, malah beliau juga merupaka seorang pemuzik, penulis lirik, penyusun muzik dan juga penerbit. 

Konsert yang diadakan buat julung kalinya di Malacca Music Hall ini adalah bersempena dengan pembukaan dewan konsert yang serba baharu ini di Melaka Bandaraya Bersejarah dan Ramli Sarip telah diberi penghormatan sebagai artis yang pertama membuat persembahan di tempat ini.

Sebagai sebuah dewan konsert yang baharu, Malacca Musik Hall ini telah direkabentuk dan dibina bagi menyediakan ruang dan platform untuk para artis dan pemuzik tempatan membuat persembahan mereka. 

Tiket-tiket konsert eksklusif Ramli Sarip ini yang berharga RM650 seorang bagi kelas Premium dan RM550 seorang bagi kelas Gold kini boleh didapati secara atas talian di www.myticket.asia. Dengan setiap pembelian tiket ini, para peminat akan disajikan dengan jamuan makan malam serta berpeluang untuk beramah mesra dengan Papa Rock sendiri sebelum acara konsert dimulakan. Tempat adalah terhad, sesuai dengan tema serta suasana eksklusif konsert tersebut.

Dan sekiranya para peminat ingin bermalam di Villa d Acqua selepas menyaksikan persembahan penyanyi lagenda itu, mereka boleh berbuat demikian dengan membuat tempahan penginapan boleh hubungi 013-3011117. Harga penginapan tidak termasuk dengan harga tiket konsert. Kepada mereka yang memerlukan maklumat lanjut mengenai konsert ini bolehlah menghubungi pihak penganjur di talian 017-3315111.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang