Posts

Showing posts from May, 2022

KPDNHEP SELANGOR KOMITED PANTAU HARGA BEKALAN AYAM DI SELANGOR.

Image
YBrs. Tuan Mohd Khairi Jamaludin Timbalan Pengarah KPDNHEP SEL merangkap Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDHHEP SEL ketika meninjau ayam di Pasar Moden Sek 16, S Alam.  Foto: Azuddin Ahmad Zin.  SHAH ALAM, 31 Mei 2022 — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor komited dan konsisten menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara harian terhadap harga dan keberadaan bekalan ayam di setiap rantaian pengedaran di Selangor. Fokus pemeriksaan harga dan bekalan ayam diberi tumpuan kepada jenis ayam standard yang merupakan pilihan rutin Sumber protein pengguna di Selangor.  Lokasi tumpuan meliputi peniaga ayam standard di pasar awam/ basah serta pasaraya utama di sekitar Selangor. Pemeriksaan ini adalah tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) melalui mekanisme kawalan yang dikuatkuasakan melalui perundangan anti pencatutan.  Pemeriksaan harga ayam standard yang dijalankan sejak 5 Februari sehingga 30 Mei 2022 ini adalah di baw

RAZZUAN CABAR DIRI MENJADI PENYANYI, LANCAR SINGLE 'AKUR'

Image
Dalam  industri  hiburan  tanah  air, Razzuan  Rosli bukanlah orang baharu. Langkahnya bermula sebagai pelakon dan pernah menyertai program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2019.Di  pentas  lakonan  juga  dia  berjaya  membuktikan  bakat  dimiliki  selain  berjaya  mengumpul peminat tersendiri.Namun,  cabaran  baharu  buat  Razzuan  Rosli  apabila  dia  berjinak-jinak  pula  dalam  bidang nyanyian. Maka, lahirlah single berjudul AKUR terbitan Universal Music Malaysia yang mana hasil ciptaan Shah, Tam Cobain, Sin Syim dan lirik oleh Sulu Sarawak.Menurut Razzuan, lagu AKURsudah siap dirakamkan pada 2020. Pun begitu pelancarannya ditunda tiga kali ekoran situasi semasa dalam negara membabitkan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).“ “Sebenarnya lagu ini sudah siap dirakam pada 2020. Jadi perancangannya enam bulan selepas rakam, nak dilancarkan. Tapi tiba-tiba PKP 2.0, jadi tunda dulu. Kiranya, sampai tiga kali juga ditunda untuk dilancarkan.“Pada masa

KONSERT JUBLI EMAS HETTY KOES ENDANG

Image
  Tanggal 27 Ogos 2022, bertempat di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur.    Hetty Koes Endang bakal menjayakan Konsert Jubli Emas. Konsert yang berkonsepkan makan malam ini dianjurkan sepenuhnya oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd.   Konsert ini begitu bermakna buat bunda kerana ia merupakan perayaan Jubli Emas, 50 tahun bunda berkarya dalam industri muzik sebagai penyanyi dan penghibur.   Mengikut perancangan awal, sepatutnya konsert ini bakal diadakan pada tahun 2020. Namun semua maklum akan keadaan semasa berikut pelaksanaan perintah kawalan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid 19, menyebabkan ianya tertangguh. Hinggalah tahun 2022 konsert Jubli Emas ini terlaksana. Konsert berkonsepkan makan malam ini akan berdurasi selama 120 minit yang bakal menyaksikan bunda mendendangkan  15 buah lagu hit dan beberapa buah lagu khas tribute buat komposer dan penyanyi legenda seperti Broory dan Ahmad Nawab.   Sekali lagi, bunda bekerjasama bersama Dato Ramli MS se

KELAINAN DATUK AISHAH DALAM 'KETENTUAN TAKDIR'.

Image
  Nama figura hebat ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Suara emas dimiliki mampu membuatkan sesiapa saja yang mendengarnya akan terus jatuh cinta. Malah, kebanyakan lagu nyanyiannya malar segar dan kekal menjadi siulan hingga kini. Dari awal kemunculan hingga kini, Datuk Aishah antara penyanyi wanita yang berjaya meletakkan dirinya di kelas tersendiri. Berbekalkan bakat dimiliki selain deretan anugerah diterima, tidak keterlaluan jika dikatakan dia adalah legenda. Biarpun ketika ini zaman kebangkitan penyanyi baru dan muda, tidak bermakna Datuk Aishah, 57, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berhenti daripada terus berkarya dan muncul dengan lagu baharu. Terbaharu, Datuk Aishah yang memulakan kerjaya seni bersama kumpulan Fan Club dari New Zealand muncul dengan single KETENTUAN TAKDIR hasil ciptaan Chevy Amry dan lirik oleh Datuk Habsah Hassan yang dianggap berbeza. “Lagu KETENTUAN TAKDIR ini ada kelainan dan memang itu pun yang saya cari. Ini supaya lagulagu yang saya rakam t

Universal Music Malaysia Melancarkan Sub-label Islamik Sulung, Masyhur, di Rumah Terbuka 2022 mereka.

Image
  Antara artis- artis Universal Music yang hadir  di Rumah Terbuka 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Universal Music Malaysia, Def Jam Recordings Malaysia dan Celebnty 360 telah menganyurkan rumah terbuka hari raya bersama pertama mereka di Hotel Sheraton Petaling Jaya dan sekahgus melancarkan Masyhur, sebuah sub-label islamik di bawah payung Universal Music Malaysia. Para yemputan khas, teman-teman media serta rakan-rakan jenama torut dihiburkan dengan aneka leu Rava dendangan para artis di bawah naungan Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia seperti DOLLA, Insomniacks, The Gadys, Razzuan Rosli, Yonayboii, Siqma, ASYRAF NASIR, Kmy Kmo & Luca Sickta berserta artis edaran mereka seperti Wani Kayrie (Rocketfuel Entertainment) dan arus terbaharu RedRecords, Airhftz. Unirversal Music Malaysia juga telsh mendedahkan inisiatif pencarian bakat terbaharu mereka melalui Masyhur yang dipanggil Masyhur Redefined dengan kerjasama Faithful Music. Siri laman sesawang itu akan mena

“JOM TENGOK BOLA” - UNITI BERSAMA HARIMAU MUDA SEMARAKKAN PERPADUAN MELALUI SUKAN

Image
  YB Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara) turut memberi  sokongan kepada Pasukan Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA menentang Vietnam. Foto: Azuddin Ahmad Zin.  YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara hari ini turut bersama-sama dengan lebih 300 orang pengunjung di Restoran Hakim, Shah Alam dalam Program “Jom Tengok Bola” - Uniti Bersama Harimau Muda untuk memberi sokongan kepada Pasukan Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA menentang Vietnam. Penyokong setia tidak berganjak sehingga tiupan wisel penamat dibunyikan. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Program “Jom Tengok Bola” - Uniti Bersama Harimau Muda anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro Awani ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh KPN sebagai usaha untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia melalui sukan, iaitu salah satu tapak integrasi nasional dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum di

PERJALANAN SENI PENERBIT/KOMPOSER ( AWANG BPR ) DAN RAKAN-RAKAN.

Image
  Showcase yg dianjurkan ini berkonsepkan makan malam amal, yg mana sebahagian daripada hasil jualan / kutipan tiket akan disalurkan kepada rakan-rakan artis yg memerlukan baik daripada segi ekonomi mahupun disebabkan faktor kesihatan. Selain daripada itu, kutipan dana juga akan dibuat pada malam tersebut yang mana kami akan melancarkan kutipan tabung bantuan dari meja ke meja dan kami juga ada menganjurkan satu acara bidaan alat muzik, iaitu sebuah gitar berjenama dan juga sebuah pembesar suara (Amplifier). Artis-artis yang akan membuat persembahan pada malam tersebut antaranya ialah:-     1. Kumpulan BPR     2.Jatt Ali (BDB)     3.Ayai Ilusi     4.Zamani Slam     5.Aida Agil     6.Kudeen Rafee Barisan artis-artis Lagend ini akan menyampaikan lagu-lagu yang dihasilkan oleh saudara Awang BPR kita sendiri. Yang mana tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, nama Awang BPR adalah antara nama-nama besar sebaris dengan nama-nama komposer- komposer terkenal di Mal

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA BELIA YSUKU RIDERS

Image
  YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor Darul Ehsan) menyampaikan sumbangan dana program YSukuRiders. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Setelah dua tahun tidak dapat menganjurkan majlis sosial seperti majlis aidilfitri disebabkan oleh standard operating procedure Majlis Keselamatan Negara semasa pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri hari ini melalui Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Belia Ysuku Riders.  Ini merupakan kali pertama penganjuran program Kerajaan Negeri bersama Persatuan Ysuku Riders Malaysia yang melibatkan penunggang motosikal Yamaha model Y15ZR 150cc dari pelbagai pelusuk negeri. YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN mengetuai konvoi motosikal YSukuRiders ke tapak majlis.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN mengetuai konvoi motosikal YSukuRiders ke tapak majlis.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. Program yang bermula dari j

SEARCH ROCKING ON ROOFTOP.

Image
  Kumpulan rock legenda, Search yang kini dibarisi Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Minn (dram) dan penyanyi baru mereka dari Indonesia, Denden Gonjalez akhirnya bergabung buat pertama kali dalam Konsert Search Rocking On Rooftop yang akan berlangsung di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 11 Jun ini jam 9 malam.   Walaupun lokasi atas bumbung bukanlah asing dalam beberapa penganjuran konsert artis tempatan sebelum ini, namun apa yang bakal diketengahkan Search ada keistimewaan tersendiri.   Kompleks Campbell itu sendiri misalnya, pada era 1980-an dan era eksplosif muzik rock adalah antara ‘port rockers’ selain Kompleks Pertama dan Kompleks Wilayah yang terletak berhampiran.   Yang pasti, gabungan muzik rock & roll Search, peminat rock dan lokasinya bakal mengimbau nostalgia kegemilangan muzik rock di situ.   Noordin yang mengilhamkan konsert itu berkata, ia juga bakal menampilkan kelainan terutama dari segi bunyian, pencahayaan, rekaan p

SELANGOR MEGA JOB FAIR 2022 TAWAR LEBIH 20 RIBU PELUANG PEKERJAAN

Image
  Kerajaan Negeri memandang berat tentang kadar pengangguran yang direkodkan untuk Selangor pada suku pertama tahun 2022 adalah sebanyak 3.2% laitu bersamaan dengan 118,100 orang Jumiah penganggur yang sedikit meningkat berbanding suku tahun keempat 2021 (2.9% - 105,300 orang). Di atas komitmen berterusan bagl mengurangkan kadar pengangguran dl Selangor, Keraiaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan akan meneruskan program Selangor Mega Job Fair 2022 yang akan bermula pada 11 dan 12 Jun 2022 bertempat di MBSA Convention Centre, Shah Alam. Program ini akan diadakan secara fizikal dalam skala yang besar selepas dua tahun diadakan secara hydbrid dengan konsep jelajah ke daerah-daerah yang terpilih disebabkan oleh standard operating procedure (SOP) ketika pandemik Covid-19 yang melanda di negara ini. Program Selangor Mega Job Fair kali ini bakal menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan yang melibatkan lebih 100 syarikat antaranya latah Kumpulan Perangsan