Universal Music Malaysia Melancarkan Sub-label Islamik Sulung, Masyhur, di Rumah Terbuka 2022 mereka.

 

Antara artis- artis Universal Music yang hadir  di Rumah Terbuka 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Universal Music Malaysia, Def Jam Recordings Malaysia dan Celebnty 360 telah menganyurkan rumah terbuka hari raya bersama pertama mereka di Hotel Sheraton Petaling Jaya dan sekahgus melancarkan Masyhur, sebuah sub-label islamik di bawah payung Universal Music Malaysia.

Para yemputan khas, teman-teman media serta rakan-rakan jenama torut dihiburkan dengan aneka leu Rava dendangan para artis di bawah naungan Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia seperti DOLLA, Insomniacks, The Gadys, Razzuan Rosli, Yonayboii, Siqma, ASYRAF NASIR, Kmy Kmo & Luca Sickta berserta artis edaran mereka seperti Wani Kayrie (Rocketfuel Entertainment) dan arus terbaharu RedRecords, Airhftz.


Unirversal Music Malaysia juga telsh mendedahkan inisiatif pencarian bakat terbaharu mereka melalui Masyhur yang dipanggil Masyhur Redefined dengan kerjasama Faithful Music. Siri laman sesawang itu akan menampilkan Faizal Tahir sebagai juri utama di samping juri-juri selebriti sebagai mentor kepada pemuda-pemudi Malaysia yang ingin memulakan langkah dalam industri muzik. Para peserta akan menyalan bengkel serta cabaran mingguan untuk menguji kemahiran kreatif mereka dalam menghasilkan karya ash, menulis serta mencipta lagu dan juga persembahan pentas.


 “Diberi peluang menyambut Aidilfitri bersama rakan sekerja, artis-artis naungan serta rakan kongsi selain teman-teman media membuat segala cabaran yang kami tempuhi selama dua tahun lalu kelihatan berbaloi dan tidak sia-sta. Saya sangat terharu dapat meraikan pengembangan Universal Music Malaysia melalui obyekuf berterusan kami dalam mempelbagaikan keluaran muzik, portfolio perniagaan dan inisiatif pemasaran kreatif. Saya tak sabar melthat apa yang bakal disayikan buat kita untuk tahun-tahun mendatang” kata Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia.


Untuk keluaran 2022, Masyhur memperkenalkan karya-karya baharv oleh Fattah Amin (Hambza’ featuring Ksny Kmo, ‘Kiriman Agung’ dan ‘Sinar Selawat’), Mestica & Dato Hattan (Tstikharah’) serta album kompilasi “Zikir Rintihan Hati’ dengan kerjasama Begood Music.


Selain Masyhur Redefined dan keluaran muzik terbaharu sub-label itu untuk tahun 2022, Masyhur juga telah berkongsi inisiatif 2021 mereka iaitu ‘Kongsi Rezeki’, sebuah siri 6 bahagian di laman YouTube bersama Beegood Music yang menampilkan semangat sukarelawan dan kepentingan hubungan pembinaan-komuniti di kalangan rakyat Malaysia. Dengan Kerjasama Malaystan Relief Agency, Hero . Exclusive, Syuk Sahar, Ayam Go-lek, siri itu menunjukkan beberapa artis seperti Siqma, Yonnyboii, Shalma Eliana, ASYRAF NASIR, Nuha Bahrin, Isma Sane, Outbreak melakukan kerja sukarela di AlFikrah Centre, rumah anak yatim piatu Raudhatul Al-Faaez, Pusat Gelandangan KL serta PPR Laksamana & PPR Sri Johor. Masyhur juga telah menganjurkan Youth Street Music Festival pertama pada tahun 2020 di pelbagai lokasi seperti KPTM Cheras, Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute serta Asia Pacific University yang menampilkan artis termasuk Yonnyboii, Shalma Eliana (kini dikenali sebagai YANA), Dai Syed & In-Team, ASYRAF NASIR, Luca Sickta dgn Halim Ahmad.


Masyhur memberikan satu nafas baharu dalam muzik ketuhanan lewat ilham yang diperolehi dari genre-genre berunsur keimanan yang menjadi karya kontemporari untuk menyinari kehidupan. Sebuah label baharu di bawah Universal Music Malaysia, Masyhur berhasrat membina satu komuniti artis dan pengikut yang percaya bahawa cerminan diri yang positif boleh menjadikan karya muzik dan dunia lebih baik. Misi dan visinya adalah mempromosikan kandungan positif, dan penuh semangat selain membangunkan peluang perniagaan dalam sektor Halal.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang