PERJALANAN SENI PENERBIT/KOMPOSER ( AWANG BPR ) DAN RAKAN-RAKAN.
![]() |
Showcase yg
dianjurkan ini berkonsepkan makan malam amal, yg mana sebahagian daripada hasil
jualan / kutipan tiket akan disalurkan kepada rakan-rakan artis yg memerlukan
baik daripada segi ekonomi mahupun disebabkan faktor kesihatan.
Selain daripada
itu, kutipan dana juga akan dibuat pada malam tersebut yang mana kami akan
melancarkan kutipan tabung bantuan dari meja ke meja dan kami juga ada
menganjurkan satu acara bidaan alat muzik, iaitu sebuah gitar berjenama dan
juga sebuah pembesar suara (Amplifier).
Artis-artis
yang akan membuat persembahan pada malam tersebut antaranya ialah:-
1. Kumpulan BPR
2.Jatt Ali (BDB)
3.Ayai Ilusi
4.Zamani Slam
5.Aida Agil
6.Kudeen Rafee
Barisan
artis-artis Lagend ini akan menyampaikan lagu-lagu yang dihasilkan oleh saudara
Awang BPR kita sendiri.
Yang mana
tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, nama Awang BPR adalah antara
nama-nama besar sebaris dengan nama-nama komposer- komposer terkenal di Malaysia
ini..
Makan malam
dan juga segala peralatan yang berkaitan pada malam tersebut akan disediakan
oleh Cenderawasih Catering, yang diketuai oleh En Helmie dari Chef Hafis yg
mana ianya ditanggung HALAL 100%.
Selain itu
penyanyi rock wanita era 90an ,Puan Rahimah Sukor atau dikenali sebagai Emma
Rockers Pengarah Urusan Dari syarikatnya ( Impact Music & Entertainment )
turut serta untuk menjalankan usahasama dari sudut promosi acara ini.
Kami amat2
mengalu alukan kedatangan dan sokongan semua pihak bagi menjayakan majlis ini.
Kami dahului
dengan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang
mendoakan dan menyokong usaha baik ini..
Venue: Loon Sing Convention Centre,
Taman Daya, Johor Bahru
Masa : 8 mlm -
12 mlm.
Tarikh : 24hb Jun 2022.
AWANG BPR - 013-3308043
SYAHRUL - 019-7182817
NAJIB - 013-7700700
SHAM - 011-10173173
BAHAGIAN PROMOSI
ZELL 01127808886
IMPACT MUSIC & ENTERTAINMENT
Comments
Post a Comment