KONSERT JUBLI EMAS HETTY KOES ENDANG

 


Tanggal 27 Ogos 2022, bertempat di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. 

 Hetty Koes Endang bakal menjayakan Konsert Jubli Emas. Konsert yang berkonsepkan makan malam ini dianjurkan sepenuhnya oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd.

 Konsert ini begitu bermakna buat bunda kerana ia merupakan perayaan Jubli Emas, 50 tahun bunda berkarya dalam industri muzik sebagai penyanyi dan penghibur.

 Mengikut perancangan awal, sepatutnya konsert ini bakal diadakan pada tahun 2020. Namun semua maklum akan keadaan semasa berikut pelaksanaan perintah kawalan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid 19, menyebabkan ianya tertangguh. Hinggalah tahun 2022 konsert Jubli Emas ini terlaksana.

Konsert berkonsepkan makan malam ini akan berdurasi selama 120 minit yang bakal menyaksikan bunda mendendangkan  15 buah lagu hit dan beberapa buah lagu khas tribute buat komposer dan penyanyi legenda seperti Broory dan Ahmad Nawab.

 Sekali lagi, bunda bekerjasama bersama Dato Ramli MS sebagai pengarah muzik pada malam persembahan serta diiringi pemuzik-pemuzik professional. Musik Tok Ram sangat hidup dan sentiasa yang terbaik, ujar Bunda.

 Bagi yang ingin menyaksikan konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini, bolelah melayari ilassotickets.com

 Tiket bermula dari RM11,700 – VVIP (Table for 6 pax)

                                  RM8,700 –   VIP    (Table for 6 pax)

                                  RM6,640 –   PLATINUM (Table for 8 pax)

                                  RM4,560 –   GOLD (Table for 8 pax)

 ATAU                        VVIP RM1190 (per pax)

                                  VIP   RM1450 (per pax)

                                  PLATINUM 830 (per pax)

                                  GOLD 570 ( per pax)

 

Untuk pembelian meja bole lah menghubungi /waapp Kadir 0129858809, Mia -0124667299

Fendy – 0192299717 .

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang