SELANGOR MEGA JOB FAIR 2022 TAWAR LEBIH 20 RIBU PELUANG PEKERJAAN

 


Kerajaan Negeri memandang berat tentang kadar pengangguran yang direkodkan untuk Selangor pada suku pertama tahun 2022 adalah sebanyak 3.2% laitu bersamaan dengan 118,100 orang Jumiah penganggur yang sedikit meningkat berbanding suku tahun keempat 2021 (2.9% - 105,300 orang).




Di atas komitmen berterusan bagl mengurangkan kadar pengangguran dl Selangor, Keraiaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan akan meneruskan program Selangor Mega Job Fair 2022 yang akan bermula pada 11 dan 12 Jun 2022 bertempat di MBSA Convention Centre, Shah Alam.


Program ini akan diadakan secara fizikal dalam skala yang besar selepas dua tahun diadakan secara hydbrid dengan konsep jelajah ke daerah-daerah yang terpilih disebabkan oleh standard operating procedure (SOP) ketika pandemik Covid-19 yang melanda di negara ini.


Program Selangor Mega Job Fair kali ini bakal menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan yang melibatkan lebih 100 syarikat antaranya latah Kumpulan Perangsang Selangor, Daikin Malaysia Sdn Bhd, DHL Express, DRB Hicom Berhad, Giant Malaysia, Malayan Banking Berhad, Media Prima Digital, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), Prasarana Malaysia Berhad, Shopee Malaysia, Sport Direct MST Sdn Bhd, Toyota Auto Body Malaysia Sdn Bhd, dan banyak lagi. Peluang pekerjaan yang ditawarkan meliputi pelbagal sektor seperti perkhidmatan, pembuatan, elektronik, pengurusan dan sebagainya. Diharapkan rakyat Selangor khususnya belia dapat mengambil peluang di atas inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan mendafiar di www.selaneorobeortal.com.m, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pekerjaan yang ditawarkan seria membantu majikan mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan seterusnya bersama memajukan Negeri Selangor.




Comments

Popular posts from this blog

FENIX360: Revolusi Lanskap Kreatif dengan Pelancaran Globalnya

Mahadi Badrul Zaman Terima Anugerah 'The Jewels of Muslim World' 2019

THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024