RAZZUAN CABAR DIRI MENJADI PENYANYI, LANCAR SINGLE 'AKUR'

Dalam  industri  hiburan  tanah  air, Razzuan  Rosli bukanlah orang baharu. Langkahnya bermula sebagai pelakon dan pernah menyertai program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2019.Di  pentas  lakonan  juga  dia  berjaya  membuktikan  bakat  dimiliki  selain  berjaya  mengumpul peminat tersendiri.Namun,  cabaran  baharu  buat  Razzuan  Rosli  apabila  dia  berjinak-jinak  pula  dalam  bidang nyanyian. Maka, lahirlah single berjudul AKUR terbitan Universal Music Malaysia yang mana hasil ciptaan Shah, Tam Cobain, Sin Syim dan lirik oleh Sulu Sarawak.Menurut Razzuan, lagu AKURsudah siap dirakamkan pada 2020. Pun begitu pelancarannya ditunda tiga kali ekoran situasi semasa dalam negara membabitkan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).“

“Sebenarnya lagu ini sudah siap dirakam pada 2020. Jadi perancangannya enam bulan selepas rakam, nak dilancarkan. Tapi tiba-tiba PKP 2.0, jadi tunda dulu. Kiranya, sampai tiga kali juga ditunda untuk dilancarkan.“Pada masa itu saya fikir mungkin ada sebab dan hikmah semua ini berlaku. Mungkin kalau lancar pada masa itu, saya sendiri tak yakin boleh menyanyi secara langsung pada masa itu sebab saya bukannya penyanyi yang bagus sangat, jadi perlukan banyak latihan.“Jadi  sepanjang duatahun  ini  sayateruskanberlatihdan sekarang  ini  sudah  ada  keyakinan untuk menyanyikan lagu ini secara langsung,” katanya.

Dalam masa sama, Razzuan berkata merakamkan single sulung itu adalah pengalaman yang cukup berharga dalam hidupnya.

“Menjalani proses rakaman antara salah satu pengalaman yang menarik dalam hidup saya. Sebab tak  pernah  tengok  orang  buat  rakaman  lagu,  malah  jauh  sekali  nak  lalui  situasi merakamkan lagu sendiri. Jadi, masa nak rakam lagu ini ia pertama kali masuk studio.Saya macam jakun sikit, dan baru tahu macam ni keadaan dalam studio.“Selalu menyanyi di karaoke kita dengar suara kita. Tapi dalam studio bila nyanyi, dengar dalam telinga saja. Kalau salah sebut, atau salah ‘key’, dengar dengan jelas kesalahan itu. Pelik lah juga sebab tak biasa.“Proses rakaman mengambil masa satu hari. Susahlah juga untuk saya, sebab saya bukan penyanyi.  Malah  menyanyi  pun  untuk  suka-suka. Pendek kata, ‘a bit struggle’ untuk saya siapkan lagu ini, tapi saya seronok dengan perjalanan ini,” katanya.




Begitu juga ketika proses rakaman video muzik(MV) lagu AKUR, menurut Razzuan ia berbeza dengan penggambaran drama yang selalu dia buat.“Proses rakaman MV, berbeza kalau kita terbabit denganpenggambaran drama atau projek berkaitan lakonan. Untuk MV ini saya kena ‘miming’ pula dan bagi ekspresi. Pengalaman paling tak boleh lupa adalah ‘shoot’ dari pagi sampai jam 6 pagi keesokan harinya, memang satu hari.“Sampai  semua  orang  penat,  tapi  tetap  bagi  komitmen  tinggi,  terima  kasih  pada  semua pasukan produksi,” katanya.Pun   begitu,   setiap   cabaran   dilalui   Razzuan   sepanjang   menyiapkan   lagu AKURini memberikannya ilmu baharu terutama dalam bidang muzik kerana.

“Pengalaman bekerja dengan indivdu terbabit  dalam  penghasilan  lagu  Aku  ini,  ia  pun  satu pengalaman baru untuk saya. Sebab tak pernah terbabit dengan mana-mana individu dalam bidang muzik.“Saya mengikuti kelas vokal, bila orang terangkan, saya lambat sikit nak faham dan buat. Selepas tu kena tanya balik. Macam bekerja dengan Taja pula, dia berikan banyak ilmu baru sebab saya pertama kali rakamkan lagu dan melalui bidang muzik ini, ia benda baru,”


Berkongsi mengenai lagu AKUR, Razzuan berkata lagu itu menceritakan bagaimana pasangan kekasih terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat dalam perhubungan mereka.“Pada saya, memandangkan ini adalah single pertama saya, ia menarik dan ada tarikan tersendiri.  Lirik  lagu  juga  memainkan  peranan  yang  mana  penggunaan  perkataan  yang digunakan bukan sering digunakan di luar.“Lagu ini mengisahkan mengenai kisah cinta dan perhubungan yang putus di tengah jalan. Jika  mengikut  jalan  cerita  lagu  ini,  si  wanita meninggalkan  kekasihnya  kerana  nak  sambung belajar. Lelaki itu terpaksa terima dan akur keputusan dibuat. Wanita itu juga akur terpaksa tinggalkan  kekasih  demi  sambung  belajar  dan  masa  depan.  Lagu  ini  kena  pada  sesiapa  saja  yang melalui situasi di mana terpaksa akur dengan apa yang berlaku.“Harapansaya besaryang mana orang boleh terimalagu inidengan baik. Apatah lagi ini ‘baby’ pertama saya dalam muzik. Jadi saya harap orang boleh mendengar dan menyanyi bersama sekali lagu ini. Sebab lagu ini ada korus yang ‘catchy’dan mudah didendar. Orang kata lagu ini ‘easy listening’dan boleh diterima baik,” katanya.

AKUR sudah  tersedia  di  semua  platform  digital  seperti  Spotify,  Apple  Music,  Joox,  KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Razzuan Rosli bermula 28 Mei 2022.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang