 |
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan
Negeri Selangor Darul Ehsan) menyampaikan sumbangan dana program YSukuRiders. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Setelah dua tahun tidak dapat menganjurkan majlis sosial seperti majlis aidilfitri
disebabkan oleh standard operating procedure Majlis Keselamatan Negara
semasa pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri hari ini melalui Exco Generasi
Muda, Sukan dan Modal Insan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri Bersama Belia Ysuku Riders.
Ini merupakan kali pertama penganjuran program Kerajaan Negeri bersama
Persatuan Ysuku Riders Malaysia yang melibatkan penunggang motosikal
Yamaha model Y15ZR 150cc dari pelbagai pelusuk negeri.
 |
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN mengetuai konvoi motosikal YSukuRiders ke tapak majlis. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN mengetuai konvoi motosikal YSukuRiders ke tapak majlis. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Program yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang ini juga
menyelitkan pelbagai aktiviti menarik seperti beramah mesra bersama
pemimpin, pameran motosikal Yamaha Y15ZR dan jamuan hari raya aidifitri.
Terdapat juga artis jemputan yang membuat persembahan semasa program
berlangsung bagi memeriahkan suasana seperti Ayu Damit, Mus dan Asheed
Def Gab C.
 |
Persembahan dari Ayu Damit Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Kerajaan Negeri juga mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kumpulan
penunggang motosikal Y15ZR yang sebahagian besarnya terlibat dalam
industri penghantaran makanan (p-hailing) dan peranan kumpulan mereka
dalam menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam
kejadian banjir yang lalu.
 |
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN ketika memberikan ucapan. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu sempena Hari Ibu. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu sempena Hari Ibu. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Sebagai penghargaan, Kerajaan Negeri menyumbangkan dana sebanyak
RM 20,000.00 kepada Persatuan Ysuku Riders Malaysia atas sumbangan dan
mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kumpulan motosikal. Semoga
dengan sumbangan ini dapat memberikan mereka semangat dan menjadi
lebih bermotivasi untuk mereka menjalankan tugas dan membantu
masyarakat di lapangan.
 |
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN menyantuni tetamu yang hadir di majlis sambutan hari raya. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN menyantuni tetamu yang hadir di majlis sambutan hari raya. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN menjawab soalan media ketika sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Comments
Post a Comment