“JOM TENGOK BOLA” - UNITI BERSAMA HARIMAU MUDA SEMARAKKAN PERPADUAN MELALUI SUKAN

 

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara) turut memberi sokongan kepada Pasukan Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA menentang Vietnam. Foto: Azuddin Ahmad Zin. 

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara hari ini turut bersama-sama dengan lebih 300 orang pengunjung di Restoran Hakim, Shah Alam dalam Program “Jom Tengok Bola” - Uniti Bersama Harimau Muda untuk memberi sokongan kepada Pasukan Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA menentang Vietnam.

Penyokong setia tidak berganjak sehingga tiupan wisel penamat dibunyikan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Program “Jom Tengok Bola” - Uniti Bersama Harimau Muda anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro Awani ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh KPN sebagai usaha untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia melalui sukan, iaitu salah satu tapak integrasi nasional dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique turut bergambar bersama jemputan dan peminat bolasepak. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kehadiran pengunjung daripada pelbagai kaum yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan bola sepak negara menggambarkan semangat kenegaraan dan kesepaduan yang tinggi. Program ini juga turut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan cabaran timbang bola.

Antara penonton yang kecewa apabila pintu gol Harimau Muda dibolosi. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dengan kerjasama lebih banyak pihak bagi menyemarakkan semangat perpaduan melalui sukan yang merupakan satu wadah dalam merapatkan hubungan Keluarga Malaysia.

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique turut melancarkan '#foodunites' Citarasa Keluarga Malaysia di Restoran Hakim. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang