KPDNHEP SELANGOR KOMITED PANTAU HARGA BEKALAN AYAM DI SELANGOR.

YBrs. Tuan Mohd Khairi Jamaludin Timbalan Pengarah KPDNHEP SEL merangkap Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDHHEP SEL ketika meninjau ayam di Pasar Moden Sek 16, S Alam. Foto: Azuddin Ahmad Zin. 

SHAH ALAM, 31 Mei 2022 — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor komited dan konsisten menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara harian terhadap harga dan keberadaan bekalan ayam di setiap rantaian pengedaran di Selangor. Fokus pemeriksaan harga dan bekalan ayam diberi tumpuan kepada jenis ayam standard yang merupakan pilihan rutin Sumber protein pengguna di Selangor. 

Lokasi tumpuan meliputi peniaga ayam standard di pasar awam/ basah serta pasaraya utama di sekitar Selangor. Pemeriksaan ini adalah tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) melalui mekanisme kawalan yang dikuatkuasakan melalui perundangan anti pencatutan. 


Pemeriksaan harga ayam standard yang dijalankan sejak 5 Februari sehingga 30 Mei 2022 ini adalah di bawah Pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam telah menghasilkan sejumlah 2,935 premis diperiksa (2,858 runcit dan 77 borong). 

Untuk makluman, trend harga runcit ayam standard di pasar awam/ basah utama di Selangor menunjukkan pada tahap terkawal, iaitu dijual pada harga RM8.90/1kg (patuh pada harga maksimum ditetapkan) dan pada masa yang sama, terdapat juga secara minoriti beberapa buah pasar yang menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan iaitu di antara RM10.00 sehingga RM11.50/1kg.

YBrs. Tuan Mohd Khairi Jamaludin Timbalan Pengarah KPDNHEP SEL merangkap Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDHHEP SEL menjawab soalan media di sesi sidang media di Pasar Moden Sek 16, S Alam. Foto: Azuddin Ahmad Zin. 



Kedudukan harga runcit ayam standard di pasaraya utama di Selangor pula, secara keseluruhannya mematuhi peruntukan di bawah penentuan harga maksimum runcit ayam yang ditetapkan iaitu RM8.90/1kg. Malahan, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan didapati ada pasaraya yang menjual lebih rendah daripada harga maksimum yang ditetapkan iaitu di antara RM6.99 — RM 8.46/1kg. 

Situasi variasi harga runcit ayam standard di Selangor menunjukkan pada kedudukan terkawal dan umumnya mematuhi harga maksimum ditetapkan. Berdasarkan rekod pemeriksaan sejak 5 Februari sehingga 30 Mei 2022, hanya 12 premis sahaja yang didapati tidak patuh dan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan. Tidak dinafikan, ada segelintir premis di lokaliti tertentu menjual ayam standard melebihi harga maksimum yang ditetapkan iaitu di antara RM10.00 — RM11.50/1kg. 

Notis diberikan kepada peniaga yang ingkar dan menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan. Pendekatan ini adalah bersifat seimbang untuk memberikan ruang kepada _ peniaga memberikan penjelasan di atas ketidakpatuhan. Peniaga diberikan tempoh masa untuk menjawab Notis, membuat semakan semula harga jualan dan cuba buat perubahan harga yang sewajarnya. KPDNHEP Selangor memahami situasi peniaga ayam yang terkesan dengan isu global berkaitan kenaikan kos makanan ternakan yang diimport. Namun, pada masa yang sama kelangsungan keupayaan kuasa beli pengguna dalam mendapatkan sumber protein utama (ayam) juga perlu diurus agar tidak memberi tekanan kepada pengguna.


 

Status keberadaan bekalan ayam standard di Selangor pada tahap stabil dan tidak berada dalam situasi kritikal “out of stock’. Secara realistiknya, di Selangor bekalan ayam ada di pasaran dan pengguna masih boleh mendapatkan di pasar basah/awam dan pasaraya sekitar Selangor. Tidak dinafikan, berlaku situasi sementara sahaja iaitu kebolehdapatan bekalan ayam oleh setiap pengguna untuk kegunaan isi rumah maksimum dua (2) ekor sahaja. Situasi sementara ini berlaku disebabkan, pengurangan hampir 30-50% jumlah bekalan daripada pembekal ayam kepada pesanan peruncit. 

Pembekal utama telah dihubungi oleh KPDNHEP Selangor untuk terus konsisten membekalkan bekalan ayam daging (standard) kepada premis jualan di sekitar Selangor bagi memastikan kelangsungan bekalan ayam di Selangor terus ada dan tidak pada situasi “out of stock’. Kini, keberadaan bekalan ayam di Selangor semakin pulih dan pengguna terus diharapkan membeli mengikut keperluan dan tidak sesekali membuat pembelian panik dengan menyimpan stok yang berlebihan daripada keperluan biasa. 

Keberadaan sejumlah 260 Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor dan 70 Pegawai Pemantau Harga (PPH) meliputi KPDNHEP Shah Alam dan enam (6) cawangan iaitu Petaling Jaya, Gombak, Sepang, Kajang, Kuala Kubu Bharu dan Kuala Selangor komited memantau harga dan bekalan ayam dan telah menghasilkan 77 kes dengan nilai kompaun RM19,000.00 dan nilai rampasan RM9,353.60. 11. KPDNHEP Selangor meminta kerjasama orang ramai_ untuk mempraktikkan PENGGUNA BIJAK ADU mengenai salah laku mana-mana peringkat perniagaan menerusi saluran aduan rasmi seperti di bawah : 

i. Whatsapp 019-279 4317/ 019-848 8000 

ii. | Portal e-aduan.kpdnhep 

iii. Call Centre 1-800-886-800 | 

iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my 

v. Ez ADU KPDNHEP 

vi. Bilik Gerakan KPDNHEP Selangor 03-55144393/5518 1810/ 5512 5485


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang