“HARGAI JASA ATLET”

YB TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) menyantuni bekas atlet angkat berat para En Muhamad Koh Abdullah sambil di perhatikan oleh En Mohamad Nizam Marjugi (Pengarah Eksekutif MSNSel) dan Ybhg Dato' Hj Noorul Ariffin (Pengerusi YAKEB). Foto: Azuddin Ahmad Zin. Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan amat prihatin dan menitikberatkan kebajikan atlet dengan memberikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM200 kepada 200 penerima yang terdiri daripada atlet, atlet sukan para dan bekas atlet dan yang telah berjasa dan mengharumkan nama Negeri Selangor dan Malaysia. YB TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) menyampaikan sumbangan kepada bekas atlet. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Inisiatif sumbangan ini adalah penghargaan besar Kerajaan Negeri, sekaligus, membantu mengurang...