RM 3 SAHAJA IFTAR BERTARAF HOTEL DI RUMAH PRIHATIN @ GRAND SEASONS

YB Tan Sri Dato’ Sri Panglima TPr Annuar Hj Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Pengasas Rumah Prihatin @ Grand Seasons (dua dari kanan) melancarkan Iftar Rumah Prihatin.

Rumah Prihatin @ Grand Seasons akan menganjurkan Iftar Rumah Prihatin yang bertaraf hotel dengan bayaran RM 3 sahaja bermula 11 April sehingga 1 Mei 2022.

Majlis pelancaran pada malam ini akan disempumakan oleh YB Tan Sri Dato’ Sri Panglima TPr Annuar Hj Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Pengasas Rumah Prihatin @ Grand Seasons.

Menu yang disajikan pada mafam ini dan sepanjang Iftar Rumah Prihatin disediakan oleh Chef bertaraf hotel 5 bintang dan Sukarelawan Wilayah Prihatin (PRIVO) yang mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan dalam dan luar negara.

Selain itu iftar ramadhan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dengan masyarakat tanpa mengira latar belakang berdasarkan konsep Keluarga Malaysia.



Majlis ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran berkenaan penubuhan Sukarelawan Privo dan mengajak lebih ramai anak muda serta masyarakat untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan yang dapat melatih potensi diri anak muda untuk menjadi seorang pemimpin kepada diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakat di kalangan mereka.

Seramai 250 orang pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar Wilayah Persekutuan, keluarga B40, anak-anak tahfiz dan pelbagai lapisan masyarakat di mana pengunjung berpeluang untuk bersama-sama selebriti terkenal tanah air yang akan hair berbuka puasa setiap hari sehingga 1 Mei 2022.



Iftar Rumah Prihatin dimeriahkan lagi dengan penampilan lebih daripada 70 selebriti tanahair antaranya Puteri Sarah, Jasper Suppiah, Datto A. Aida, Hanna Qistina, Dilla Anmad, Aisah Atan, Uncle Kentang, Ridwan Mustafa, Zoey Rahman, Amaris, Nafiez Zaidi dan Afzan Rahman. 

Pihak korporat serta individu yang ingin bersama-sama menyumbang sepanjang Ramadhan bulan yang mulia ini amat digalakkan dan boleh menghubungi talian bebas tol Rumah Prihatin 1 800 68 7997.




Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang