Pencapaian melangkaui target asal-PGMS

 

Pasukan PERSATUAN GABUNGAN MUAYTHAI SELANGOR bergambar bersama piala yang dimenangi mereka di Kejohanan Muaythai Elit Senior Dan Junior Kebangsaan 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kejohanan Muaythai Elit Senior Dan Junior Kebangsaan 2022
telah diadakan di PUTIK, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Mac – 21 Mac yang lalu. Pihak Persatuan Gabungan Muaythai Selangor (PGMS) telah menghantar seramai 21 orang peninju terdiri daripada 14 orang peninju lelaki dan 7 orang peninju wanita. Kesemua peninju merupakan ahli kelab-kelab Muaythai di seluruh Selangor yang telah dipilih berdasarkan prestasi dan rekod cemerlang di kejohanan-kejohanan yang telah mereka sertai sebelum ini.

Pencapaian kali ini telah melangkaui target asal yang mana pihak PGMS hanya menyasarkan 1 Emas tetapi kita berjaya membawa pulang 7 Emas, 2 Perak dan 6 Gangsa. Selain itu Kontinjen Selangor juga telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kategori Elit Junior 2022 dan mendapat ranking nombor 3 kebangsaan.

Pasukan Muaythai Kontinjen Selangor juga telah berjaya memenangi beberapa anugerah semasa di Kejohanan Muaythai Elit Senior Dan Junior Kebangsaan 2022. Antaranya ialah:

 A)    Best Boxer Award Junior Female Under 16 Years Old 

-           Mia Nashary

B)    Best Boxer Award Junior Female Under 12 Years Old

-          Raja Izara Sofea

 C)    Anugerah Pengurus Pasukan Terbaik Malaysia 2022

-          Encik Mohd Shafiq Bin Ahmad (Pengurus Selangor).






Pihak PGMS telah pun merancang untuk membuat Siri Jelajah Muaythai Selangor yang akan masuk ke setiap daerah di negeri Selangor untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan Muaythai. Bersempena bulan Ramadan ini, seorang dermawan yang tidak ingin disebut namanya melalui PGMS telah menyenaraikan beberapa orang atlet Muaythai yang bertaraf asnaf untuk menerima sumbangan Infaq Ramadan bagi meringankan sedikit perbelanjaan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri. Akhir sekali, PGMS berhasrat agar mendapat sokongan seluruh warga negeri Selangor untuk terus menyumbang bakti melalui sukan Muaythai seterusnya dapat membangunkan sukan tempur ini di negeri Selangor. PGMS juga berharap syarikat-syarikat di negeri Selangor boleh membantu menaja pasukan Selangor untuk tujuan pembagunan sukan Muaythai di negeri Selangor yang mana akan meningkatkan mutu dan permainan atlet Muaythai Selangor menjelang SUKMA KL 2022 yang akan berlangsung pada bulan Ogos akan datang.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang