MBPJ GUNA SISTEM INFRA-MERAH BAGI TUJUAN KAWALAN SOP DI BAZAR

 

Kelihatan pengunjung bazar Ramadan melalui alat 'Sistem Kawalan Orang Ramai (CCS)'di bazar Ramadhan di SS 6/1, Kelana Jaya . Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah memperkenalkan Sistem Headcount yang menggunakan fungsi Infra-Merah atau dikenali Sistem Kawalan Orang Ramai (CCS) di dua lokasi bazar Ramadhan di SS 6/1, Kelana Jaya dan Seksyen 4, Kota Damansara bagi tujuan pematuhan tatacara pematuhan piawai (SOP) kawalan wabak COVID-19. Pada tahun 2021, sejumlah 211,026 pengunjung bazar Ramadhan di Petaling Jaya direkodkan hasil perolehan data melalui aplikasi MySejahtera. Daripada jumlah tersebut, 38,887 pengunjung adalah dari Bazar Ramadhan SS 6/1, Kelana Jaya diikuti dengan Seksyen 4, Kota Damansara dengan jumlah sebanyak 29,187 pengunjung.

Kelihatan pengunjung bazar Ramadan melalui alat 'Sistem Kawalan Orang Ramai (CCS)'di bazar Ramadhan di SS 6/1, Kelana Jaya . Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Sehubungan dengan itu, Majlis telah memperkenal sistem headcount ini bagi memastikan jumlah pengunjung adalah terkawal dengan jumlah pengunjung tidak melebihi 264 orang (SS 6/1, Kelana Jaya) dan 160 orang (Seksyen 4, Kota Damansara) pada satusatu masa. Sistem ini juga dilengkapi dengan paparan papan pemuka (dashboard) di pintu masuk bazar Ramadhan bagi memaparkan maklumat keberadaan pengunjung dan maklumat tersebut akan digunakan oleh Majlis serta agensi-agensi Kerajaan seperti PDRM, KKM dan lain-lain agensi dalam pematuhan SOP.

Sistem ini juga memaparkan 3 tanda warna bagi menunjukkan tahap keberadaan pengunjung di bazar ramadhan iaitu: 1. Warna hijau — pengunjung terkawal 2. Warna kuning — pengunjung telah memenuhi separuh daripada kapasiti bazar ramadhan 3. Warna merah — pengunjung telah memenuhi keseluruhan kapasiti bazar ramadhan Untuk makluman, Majlis telah menyediakan 20 lokasi bazar Ramadan di Petaling Jaya dengan tawaran sebanyak 776 petak untuk disewa.


Kelihatan pengunjung bazar Ramadan melalui alat 'Sistem Kawalan Orang Ramai (CCS)'di bazar Ramadhan di SS 6/1, Kelana Jaya . Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Walaubagaimanapun Majlis hanya menerima sebanyak 646 permohonan hanya di 18 lokasi tapak bazar yang melibatkan 759 petak bazar yang ditawarkan. Berikut adalah lokasi tapak bazar yang ditawarkan oleh Majlis di Petaling Jaya: 1. SS 6/1, Kelana Jaya — 132 petak 2. Apartment Vista, Damansara Damai — 120 petak 3. Taman Medan PJS 2/3 — 84 petak 4. Seksyen 4 Kota Damansara — 80 petak 5. Taman Sri Manja PJS 1/30 — 72 petak 6. Seksyen 7 Kota Damansara — 36 petak 7. SS 8, Sg Way — 30 petak 8. Seksyen 17/1A — 25 petak.

Sidang media Datuk Bandar MBPJ bersama media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Datuk Bandar MBPJ ketika menjawab soalan media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

9. Apartment Meranti, Bandar Sri Damansara — 24 petak 
10. Lembah Subang — 22 petak 
11. Desa Mentari PJS 6/5 — 20 petak 
12. Seksyen 14/27 — 20 petak 
13. Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara — 20 petak (tiada permohonan) 
14. Kg Lindungan PJS 6/3 — 15 petak 
15. Jalan Kenyalang 11/1, Kota Damansara — 13 petak 
16. Kg Baiduri, Seksyen 51A — 10 petak 
17. Prima Damansara — 10 petak 
18. Seksyen 3, Jalan Sentosa — 10 petak (tiada permohonan) 
19. Kg Sg.Kayu Ara - 10 petak 
20. Seksyen 8, Sg Jernih — 6 petak

Dalam pada itu, Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Mohamad Azhan Md Amir telah hadir membuat lawatan di tapak bazar Ramadhan di SS 6/1 Kelana Jaya bagi memantau tatacara pematuhan piawai (SOP) seperti kawalan keselamatan dan kesihatan di bazar Ramadhan serta memastikan keadaan bazar Ramadhan berada dalam keadaan terkawal dan selamat kepada pengunjung.
Dari segi pemantauan penguatkuasaan bazar ramadhan sehingga 4 April 2022 (Isnin), Majlis telah mengeluarkan sebanyak 32 kompaun, 30 notis amaran terhadap peniaga bazar yang melakukan kesalahan seperti tidak mempamerkan lesen, berniaga tidak mengikut petak, dan lain-lain kesalahan yang membabitkan perlesenan.
Tindakan mengalihkan kenderaan turut dilakukan iaitu sebanyak 28 kes kenderaan yang membuat halangan di tapak bazar ramadhan. Majlis turut menjalankan pemeriksaan persampelan air tangan (hand swab) terhadap pengendali makanan di bazar ramadan bermula pada 4 April 2022 (isnin). Pemeriksaan hand swab ini dilakukan bertujuan untuk mengesan kehadiran bakteria e.Coli yang merupakan bakteria pathogenic yang boleh membawa penyakit bawaan makanan seperti cirit birit. Bagi sampel yang didapati positif, pengendali makanan berkenaan akan dikenakan kompaun RM 250.00 di bawah UUK Pengendali Makanan (MBPJ) 2007.
Pada tahun 2022, Majlis telah bekerjasama dengan pasukan PLATS (Platform Selangor) dalam mempromosikan makanan kegemaran di lokasi-lokasi Bazar Ramadhan di seluruh Selangor. Untuk kawasan Petaling Jaya, pihak PLATS telah memilih Bazar Ramadhan SS 6/1 Kelana Jaya untuk dimasukkan data peniaga serta mempromosikan makanan-makanan peniaga di dalam portal yang telah diwujudkan.

Datuk Bandar MBPJ meyampaikan cenderahati kepada pengunjung bazar. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Timbalan Datuk Bandar MBPJ meyampaikan cenderahati kepada pengunjung bazar. Foto: Azuddin Ahmad Zin.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang