‘Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya’ E.S.H x Datin Rita Sosilawati


Pengurusan ESH Electrical bergambar bersama plak cek sumbangan ikhlas ketika program csr esh electrical dan majlis berbuka puasa bersama datin rita. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

E.S.H Electrical Sdn Bhd pembekal utama produk elektrik, rumah dan peralatan dapur telah melantik Datin Rita Sosilawati sebagai Duta ESH Raya 2022 sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Datin Rita Sosilawati juga bekerjasama dengan ESH Electrical untuk melancarkan Program CSR ‘Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya’. Program ini diwujudkan selaras dengan semangat Ramadhan, untuk menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan. Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda baru-baru ini. E. S.H Electrical Sdn Bhd bersetuju untuk menderma barangan elektrik kepada kira2 200 keluarga yang terjejas. 

Datin Rita Sosilawati akan melengkapkannya dan menyediakan barangan keperluan seperti beras, gula, tepung, dan bekalan makanan lain untuk membantu keluarga-keluarga terbabit menyediakan masakan yang dilakukan untuk bersahur dan berbuka puasa. Tiada keluarga yang harus kelaparan dan lebih menderita pada bulan yang mulia ini, dengan itu kami berharap dapat meringankan beban dan kesulitan mereka.

Datin Rita Sosilawati Duta Raya ESH. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Sebagai sebahagian daripada Program CSR ‘Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya’, Datin Rita telah mewakili kedua-dua pihak dan melawat kedua-dua Kampung Kemat dan Kuala Menjing untuk bertemu sendiri dengan keluarga-keluarga yang terlibat dan mengagihkan barangan tersebut kepada mereka dengan bantuan PANDAN (Persatuan Anak Niaga dan Aktiviti Nirmala). Program ini akan dilancarkan secara rasmi di kedai E.S.H Electrical yang terletak di Tingkat 3, Bangsar Shopping Centre. Orang ramai boleh menyemak maklumat lanjut tentang kempen ini di kedai dan mereka yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang kampung masing-masing yang terlibat dan cara untuk terus membantu mereka boleh menghubungi kaunter khidmat pelanggan E.S.H.

Datin Rita Sosilawati memberikan pose menarik ketika sesi fotografi . Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang