“HARGAI JASA ATLET”

 

YB TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) menyantuni bekas atlet angkat berat para En Muhamad Koh Abdullah sambil di perhatikan oleh En Mohamad Nizam Marjugi (Pengarah Eksekutif MSNSel) dan Ybhg Dato' Hj Noorul Ariffin (Pengerusi YAKEB). Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan amat prihatin dan menitikberatkan kebajikan atlet dengan memberikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM200 kepada 200 penerima yang terdiri daripada atlet, atlet sukan para dan bekas atlet dan yang telah berjasa dan mengharumkan nama Negeri Selangor dan Malaysia.

YB TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) menyampaikan sumbangan kepada bekas atlet. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Inisiatif sumbangan ini adalah penghargaan besar Kerajaan Negeri, sekaligus, membantu mengurangkan beban mereka agar turut bersama-sama merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri. Sumbangan Aidilfitri “Hargai Jasa Atlet” adalah salah satu komitmen jalinan kerjasama berterusan antara Kerajaan Negeri, Yayasan Kebajikan Bekas Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia demi memastikan kebajikan atlet, atlet sukan para dan bekas-bekas atlet sentiasa diutamakan supaya jasa dan pengorbanan mereka dijulang dan diingati masyarakat.

YB TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) bergambar bersama-sama tetamu jemputan dan bekas atlet. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Pada tahun ini, Kerajaan Negeri terus komited mempergiatkan program mendekati golongan ini dengan meneruskan Program Ceria Atlet Selangor 2022 yang menekankan tema “Hargai Jasa Atlet” sebagai usaha tekad untuk tidak melupakan bekas-bekas atlet mahupun menghargai atlet yang telah gigih mengangkat nama Selangor dan Malaysia di mata dunia.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang