DATO' M NASIR UBAT KERINDUAN PEMINAT MENERUSI KONSERT SATU HARI DI HARI RAYA

“Sebagai penyanyi, saya sendiri sangat berbesar hati dengan tawaran yang diberikan"- Dato' M Nasir. Foto: Azuddin Ahmad Zin

Tiga tahun tidak beraksi, Sifu kembali dengan sebuah konsert amal. Masih basah dalam ingatan aksi hebat Dato M Nasir menjayakan konsert solo sernpena empat dekad Pembabitannya dalam belantera seni tiga tahun lalu. Dan siapa sangka itulah persembahan terakhir dari artis artis serba boleh itu kerana pada 2020, industri hiburan ‘sepi' dari sebarang penganjuran konsert berskala besar berikutan pelaksanaan perintah kqwalan pergerakan (PKP) bagi men gekang penularan wabak COVID-19, 

Meskipun keinginan untuk mengadakan konsert serupa masih oda namun hasrat itu terpaksa beliau pendamkan disebabkan situasi tidak mengizinkan. Temyata doa M.Nasir atau nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed ini dijawab Tuhan apabila dia menerima tawaran untuk menjayakan Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir yang bakal diadakan pada 27 Mei 2022 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) jam 8 malam. 

Mengakui teruja dengan tawaran yang diberikan, M.Nasir menyifatkan konsert yang bertemakan sambutan Aidilfitri itu bakal menjadi penawar untuk kerinduan peminat.

Foto berkumpulan selepas sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

 “Selepas penganjuran konsert solo saya pada 2019, saya akui amat rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat. Justeru apabila ditawarkan untuk menjayakan konsert ini, saya terus menerimanya kerana saya tahu peminat memang sudah lama menantikan saat ini. 

“Sebagai penyanyi, saya sendiri sangat berbesar hati dengan tawaran yang diberikan. Saya anggap persembahoman ini adalah sebagai hadiah untuk peminat yang tidak pemah jemu menyokong kerjaya seni saya sejak empat dekad lalu,” kata sosok kelahiran Singapura ini. 

Memperincikan maklumat mengenai konsert itu, penyanyi berusia 64 tahun ini berkata persembahan durasi 90 minit itu bakal menyaksikan dia mendendangkan 20 buah lagu populamya. 

“Untuk konsert selama satu setengah jam itu, persembahan saya bakal diiringi oleh sembilan orang pemuzik termasuk penyangi latar. Bersesuian dengan konsep, saya juga akan menyampaikan lagu bertemakan Hari Raya termasuk lagu yang pernah hits sebelum ini. 

"Dari segi persiapan, saya akan mula menjalani latihan tidak lama lagi. Lagipun kebanyakan lagu yang dipilin adalah lagu yang memang kerap saya nyanyikan dalam mana-mana persembahan, Jadi saya tak berdepan dnegan masalah untuk menyanyikannya.

Walaupun konsert ini berlangsung di dalam dewan tertutup dan bukannya di pentas terbuka namun saya akan pastikan peminat bukan sahaja terhibur tetapi dapat bersama-sama menyanyi dam menari bersama saya. "saya akan bawa atmosfera dan aura konsert yang penah saya jayakan di pentas terbuka ke dalam konsert itu," janji M.Nasir.

Dato' M Nasir ketika menjawab soalan yang diajukan oleh pihak media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

 Mengulas inisiatif penganjur menganjurkan konsert di dewan tertutup walaupun mengetahui kapasiti penonton tidaklah seramai seperti penganjuran di stadium, belantun Mentera Semerah Padi ini memuji dan menyokong penuh usaha yang dijalankan mereka itu. 

“Apa yang mereka lakukan itu sangat bagus dan saya puji insiatif serta keprihatinan mereka itu. Dalam situasi hari ini, kita memerlukan penganjur yang berani untuk menganjurkan konsert. Tak kisahlah dengan cara apa sekali pun kerana dengan usacha mereka itu, secara tidak langsung dapat merancakkan atau mengerakkan kembali industri muzik yang sebelum ini agak malap susulan pandemik COVID-19," katanya. 

Konsert Satu Hari Raya Bersama Dato M.Nasir ini dianjurkan oleh Suria Angkasa Production Entertainment bersama rakan kongsi, Roman Abdi Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd serta disokong oleh Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA). 

Sementara itu. mengulas pembabitan IRAMA, presidennya, Ayob Abd Majid memaklumkan konsert itu juga adalah persembahan amal yang bertujuan untuk membantu IRAMA menyantuni golongan penggiat seni yang kurang bernasib baik. 

“Sepanjang IRAMA beroperasi, kami memang tidak mendapat sebarang dana daripada mana-mana pihak atau kerajaan dalam menjalankan akiiviti kebajikan kami. Justeru saya amat beterima kasih kepada penganjur dan juga M, Nasir yang sudi untuk menjayakan konsert ini selepas mendapat tahu persembahan ini juga berkonsepkan amal. 

“Sebahagian daripada hasil jualan tiket nanti akan disumbangkan kepada IRAMA untuk diagih-agihkan kepada penggiat seni yang kurang bernasib baik," jelas Ayob.

En Ayob Abd Majid (Presiden IRAMA) memberikan ucapan pada sesi sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

 Ayob turut memberi jaminan konsert itu nanti bukan sahaja dapat menhiburkan peminat penyanyi yang mendapat jolokan Sifu itu tetapi juga turut member kepuasan maksimum kepada mereka. 

“Selagi pilihan lagu yang menarik dan menepati cita rasa peminat, konsert itu turut sempuma dari aspek teknikal apabila kami menggunakan khidmat penata cahaya dan sistem bunyi yang bagus dan berkualiti sama seperti yang kita linat dan dengar di konsert yang dibuat di stadium," katanya, 

Bagi mereka yang ingin menyaksikan figura hebat kesayangan mereka ini beraksi, harga tiket adalah seperti berikut :

VVIP : RM15,000 per meja untuk lapan orang (termasuk sesi meet and greet),

VIP: RM9,800 per meja untuk lapan orang,

PLATINUM: RM7,800 per meja untuk lapan orang,

GOLD: RM5,800 per meja untuk lapan orang.

SILVER: RM3,800 per meja untuk lapan orang. 

Maklumat pembelian tiket boleh didapati dengan menghubungi Ayob Abd Majid (019 3682548}, Sham Amir Hussain (011 55026994), Salimey (016 6720370) dan Vin (0125342713) https://drive.google.com/drive/folders/1gv4i_xFZjRyE-nwTvvrNP8s6JIQeJ8i4?usp=sharing


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang