WTCKL MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM

 
Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Seri Irmohizam Ibrahim menyantuni anak-anak yatim. Foto: Razali Razak.

Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang membawa seribu makna bagi sctiap umat Islam. Keindahan bulan ini terpancar melalui keghairahan masyarakat yang berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan dan santunan terhadap golongan kurang berkemampuan di kalangan kita.

 Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) turut merebut peluang meraikan kedatangan bulan yang mulia dengan menyantuni 30 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih.
Pertubuhan kebajikan ini merupakan pusat jagaan bagi anak yatim, anak asnaf, fakir miskin dan keluarga yang kurang berkemampuan.


Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Seri Irmohizam Ibrahim dan tetamu VIP menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim. Foto: Razali Razak.

Di samping menghimpun rasa syukur, WTCKL berbesar hati untuk membuka ruang kepeda anak-anak yatim dan berkongsi pengalaman merasai pelbagai juadah enak di Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar.

Tampil lebih bermakna, majlis ini turut disertai oleh barisan artis tanah air seperti Asmidar, Sixth Sense, Nasz Sally, Kumpulan Inteam, Mei Fen, Farah  Ahmad, Faez Malek, Izmir Farcez dan lain-iain lagi.

Persembahan dari artis-artis jemputan. Foto: Razali Razak.

Mei Fen turut menyantuni anak-anak yatim di majlis tersebut. Foto: Razali Razak.

 Nasz Sally turut menyantuni anak-anak yatim di majlis tersebut. Foto: Razali Razak.


 Sokongan dan kehadiran pelbagai kaum menunjukkan program amal ini tidak hanya khusus sebagai tuntutan agama malah bertujuan untuk mempererat jalinan ukhwah sekaligus membentuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membangkitkan keterujaan kepada golongan kurang bernasib baik meraikan Ramadan Mubarak.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pengurusan WTCKL begitu komited dalam menganjurkan kerja-kerja amal sepanjang bulan puasa. Selain menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada fakir miskin dan gelandangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pihak WTCKL juga bekerjasama secara konsisten dengan beberapa buah rumah kebajikan lain dengan menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan bantuan, ang tunai ke beberapa buah rumah orang  tua dan rumah anak yatim.

Sesi foto berkumpulan VVIP, artis bersama anak- anak yatim. Foto: Razali Razak.


Sesi foto berkumpulan VVIP dan artis. Foto: Razali Razak

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Seri Irmohizam Ibrahim berkata “Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai murni yang cuba diterapkan oleh WTCKL. Sama ada melalui sumbangan secara terus ke rumah kebajikan ataupun melalui sumbangan secara terus ke rumah kebajikan ataupin melalUI tajaan majlis amal.
 

"Dengan pembukaan semula sempadan negara dan kemasukan pelancong serta pelabur kembali ke Malaysia khususnya bagi industri "business event" kita berharap agar perniagaan nita akan bertambah berkembang maju supays kita dapat berkongsi rezeki dengan lebih ramai lagi pihak di masa hadapan” tambahnya lagi.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang