ROCK N DINE WINGS KONSERT 'SOPAN'
Vokal padu dari Dato' Awie Foto: Azuddin Ahmad Zin Malam tadi berlangsung satu konsert WINGS di salah sebuah hotel di ibunegara. Konsert yang berkonsepkan 'Rock N Dine' sempena 36 tahun WINGS dalam pembabitan mereka di arena hiburan di hadiri lebih daripada 500 tetamu dari kalangan lapisan umur yang merupakan peminat setia WINGS. Difahamkan tiket konsert telah habis di jual beberapa hari sebelum konsert. Beberapa kategori jualan meja dijual antaranya Super VVIP 14 buah meja, VIP 14 buah meja, GOLD 22 buah meja dan SILVER 11 buah meja. Dengan langkah-langkah SOP ketat yang ditetapkan, bermula jam 7.30pm pintu dibuka untuk tetamu, jam 8.30pm semua meja-meja talah dipenuhkan oleh tetamu mengikut kategori yang telah ditetapkan. Jam 8.40pm tetamu mula dihidangkan dengan makan malam yangan disediakan oleh pihak hotel. Sambil menikmati makan malam, para tetamu dihidangkan dengan iringan muzik busker. Memulakan persembahan dengan lagu 'Dari Tuhan' Foto: Azuddin Ahmad Zin T...