Bakat Faiz di intai oleh Emma dan tercipta lagu “Hanya Persinggahan.”

 

Faiz Hazni-Foto:Azuddin Ahmad Zin

Oleh: Mishar Mohamad

Nama Faiz Hazni adalah nama yang baru dalam industri muzik tanah air. Bila ditanya kepada peminat, masih ada yang belum mengenali anak muda ini lagi. Berumur 26 tahun, anak kelahiran Johor ini mula terjebak dalam industri muzik tanah air ini ketika beliau menyertai rancangan I can See Your Voice Malaysia Musim Ketiga terbitan TV3.

Rahimah Sukor atau lebih mesra dengan panggilan Kak Emma telah mengesan bakat Faiz ini. Emma selaku peneraju Impact Music & Entertainment telah menonton rancangan tersebut dan berminat untuk mengambil Faiz sebagai artis rakaman syarikat beliau. Emma, yang juga merupakan penyanyi rock era 90an sangat teruja dengan bakat yang ada pada Faiz. Emma mengambil Faiz dalam syarikat rakaman Impact Music Entertainment dan kerjasama dengan Gemilang Events & Marketing Services Sdn. Bhd. (GEMS) untuk menghasilkan single “Hanya Persinggahan” sentuhan composer Yazri Malik dan lagu ini telah dilancarkan pada bulan Januari baru-baru ini.

Berminat untuk menjadi penyanyi beliau mengatakan, “ berdasarkan saya punya minat sebenarnya I Can See Your Voice, saya nak cabar diri saya sebenarnya dan saya nak tengok layak tak saya jadi penyanyi di atas pentas yang besar.” katanya.

Faiz Hazni menaruhkan pada 'Hanya Persinggahan'-Foto:Azuddin Ahmad Zin

Atas keberanian dan semangat yang ada, Faiz telahg pergi ke ujibakat di Sri Pentas TV3. Bersyukur atas keberanian untuk ujibakat itu beliau telah diterima masuk dalam program tersebut. Setelah bergelar penyanyi, beliau amat gembira dan bersyukur kerana  apa yang diidamkan selama ini telah membuahkan hasil. Kata beliau lagi, dia dapat belajar benda yang baru dan dapat bergaul dengan orang-orang industri muzik. Beliau juga amat berterima kasih di atas tunjuk ajar daripada  Emma untuk mendalami dan belajar teknik vocal semasa di studio.

Mengenai lagu “Hanya Persinggahan” itu, rakaman telah dibuat di luar negara kerana ingin buat kelainan dan untuk melihat pemuzik luar boleh menjiwai dalam alunan muzik Malaysia. Menurut Faiz lagi beliau akan merakamkan lagu terbaru yang bertajuk “Dahaga Cinta”. Lagu ini akan dikeluarkan pada bulan April nanti sempena lagu tema untuk program pada Johor Fitrah Kasih yang akan datang nanti.

Faiz Hazni suka mencabar diri-Foto:Azuddin Ahmad Zin


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang