 |
Dato' Seri Amirudin Shari sempat menyantuni para pemenang bertuah larian virtual-Foto: Azuddin Ahmad Zin |
Oleh: Eqmal Ezad
Hari ini MB Selangor YB Dato' Seri Amirudin Shari hadir bagi menyampaikan hadiah cenderahati serta sijil pengahargaan kepada 20 orang pemenang bertuah Larian Virtual Ayuh Selangor 1.0. Majlis yang diadakan di perkarangan bangunan SUK, Selangor turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MOVE-ON Yang Berusaha En Max Soh serta tetamu jemputan lain.
 |
Dato' Seri Amirudin Shari ketika meyampaikan ucapan-Foto: Azuddin Ahmad Zin
|
 |
Dato' Seri Amirudin Shari meyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MOVE-ON, En Max Soh-Foto: Azuddin Ahmad Zin
|
Menurut YB Dato' Menteri Besar program ini merupakan kali pertama diadakan secara virtual bagi negeri Selangor.Lebih dari 5,000 penyertaan diterima untuk program ini.Tambah beliau lagi program ini akan diadakan bagi seluruh daerah di negeri Selangor yang di panggil 'Daerah Ayuh Selangor' selari dengan program Selangor Bangkit. Untuk tahun 2022 ini, bagi program daerah pula pihak penganjur akan kerap mengadakan larian virtual dari masa ke semasa. Ini adalah sebahgian daripada mengembalikan semangat dan jiwa yang kental selepas 'berperang' dan bertembung dengan Covid 19 serta musibah banjir yang berlaku di tujuh daerah dari sembilan dareah di Selangor hujung bulan Disember 2021 lalu.
 |
Ketua Pegawai Eksekutif MOVE-ON, En Max Soh (kiri) bersama Dato' Seri Amirudin Shari bergambar selepas menandatangani perjanjian persefahaman-Foto: Azuddin Ahmad Zin |
 |
Ketua Pegawai Eksekutif MOVE-ON, En Max Soh (kiri) menyampaikan cederahati kepada Dato' Seri Amirudin Shari-Foto: Azuddin Ahmad Zin |
Dalam pada itu MB Selangor berharap pembabitan orang awam amat-amat dialukan untuk program akan datang bagi sebagai satu platform kepada masyarakat dan komuniti bagi meneruskan kehidupan selepas pendamik dan banjir besar.
 |
Dato' Seri Amirudin Shari sempat bergambar bersama pemenang bertuah-Foto: Azuddin Ahmad Zin |
 |
Dato' Seri Amirudin Shari sempat menyantuni para pemenang bertuah larian virtual-Foto: Azuddin Ahmad Zin
|
Comments
Post a Comment