ROCK N DINE WINGS KONSERT 'SOPAN'

Vokal padu dari Dato' Awie Foto: Azuddin Ahmad Zin

 Malam tadi berlangsung satu konsert WINGS di salah sebuah hotel di ibunegara. Konsert yang berkonsepkan 'Rock N Dine' sempena 36 tahun WINGS dalam pembabitan mereka di arena hiburan di hadiri lebih daripada 500 tetamu dari kalangan lapisan umur yang merupakan peminat setia WINGS. Difahamkan tiket konsert telah habis di jual beberapa hari sebelum konsert. Beberapa kategori jualan meja dijual antaranya Super VVIP 14 buah meja, VIP 14 buah meja, GOLD 22 buah meja dan SILVER 11 buah meja.

Dengan langkah-langkah SOP ketat yang ditetapkan, bermula jam 7.30pm pintu dibuka untuk tetamu, jam 8.30pm semua meja-meja talah dipenuhkan oleh tetamu mengikut kategori yang telah ditetapkan. Jam 8.40pm tetamu mula dihidangkan dengan makan malam yangan disediakan oleh pihak hotel. Sambil menikmati makan malam, para tetamu dihidangkan dengan iringan muzik busker.

Memulakan persembahan dengan lagu 'Dari Tuhan' Foto: Azuddin Ahmad Zin

Trademark Dato' Awie 'selendang' di mic stand Foto: Azuddin Ahmad Zin

Sistem bunyi dan pencahayaan yang kena pada malam konsert Foto:Azuddin Ahmad Zin

Dengan pemuzik berpengalaman yang dibarisi oleh Dato' Awie (Penyanyi), Eddie (Bass), Black (Drum), Eddrie Hashim (Gitar Utama), Sham (Gitar Kedua) serta dibantu oleh penyanyi iringan, jam 9.30pm bermula lah Konsert Rock N Dine' dengan lagu pembukaan Dari Tuhan, tetamu sudah mula memberikan tepukan gemuruh sambil mengikuti Dato' Awie menyanyi.Vokal padu dari Dato' Awie yang boleh dikatogeri sebagai otai rock ni mula bergema di ruang makan hotel tersebut. Difahamkan sebanyak 16 buah lagu dan 1 medley didendangkan dalam konsert itu. Pemilihan lagu-lagu dari awal pembabitan WINGS sehingga kini dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

Tetap bertenaga di atas pentas Foto: Azuddin Ahmad Zin

Penampilan dengan berambut pendek Dato' Awie Foto: Azuddin Ahmad Zin

Setelah beberapa buah lagu dendangan Dato' Awie, tetamu sudah mula merasakan kehangatan konsert itu, mereka tidak senang duduk, tetapi disebabkan konsep nya Rock N Dine mereka patuh kepada arahan mereka tetap nampak 'sopan' duduk di kerusi masing-masing.Namun begitu mereka melayan setiap lagu-lagu dengan mengangkat tangan keatas sambil duduk. Kadang kala terdengar suara para tetamu menjerit sambil turut mengikuti Dato' Awie menyanyi.Sebagai penutup konsert, WINGS tampil dengan lagu popular mereka 'Peronda Jaket Biru'.

Gandingan mantap SHam dan Edrrie Hashim Foto: Azuddin Ahmad Zin

Petikan gitar dari Sham mengiringi nyanyian Dato; Awie Foto: Azuddin Ahmad Zin

Di akhir persembahan WINGS Foto: Azuddin Ahmad Zin

Di penghujung konsert satu acara cabutan bertuah untuk tetamu yang hadir dan acara memotong kek sempena 36 tahun WINGS dalam industri hiburan diadakan. Acara dimulakan dengan kumpulan WINGS memotong kek. Selepas itu Dato' M Nasir dijemput ke pentas untuk menyampaikan cenderahati kepada semua ahli kumpulan WINGS.Sebelum balik tetamu VVIP dan VIP terus ke sesi 'Meet and Greet'.

Memotong kek sempena 36 tahun WINGS Foto: Azuddin Ahmad Zin

Dato; Awie menjulang plak yang disampaikan oleh Dato' M Nasir Foto: Azuddin Ahmad Zin

WINGS bergambar bersama Dato' M Nasir Foto: Azuddin Ahmad Zin








Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang