Fauziah Latiff Redha dan Tawakkal, yang penting keselamatan dan kesihatan harus dijaga ketika pandemik COVID-19

Fauziah Latif sentiasa senyum ketika menjawab soalan-Foto: Mishar Mohamad

Oleh: Mishar Mohamad 

Sudah lama kita tidak mendengar cerita artis terkenal dengan kemerduan suaranya serta kelembutan peribadinya iaitu Fauziah Latiff. Juga dikenali dengan panggilan Gee, penyanyi yang popular dengan lagu “Enggan” tu masih lagi aktif dalam industri hiburan tanah air.

Mediatormalaysia sempat menemubual Fauziah Latiff mengenai perkembangan beliau semasa perlaksanaan PKP ketika menghadiri sidang media program Johor Fitrah Kasih – Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 di Johor Bahru. Menurut beliau ketika perlaksaan pkp beliau hanya duduk di rumah sepenuh masa dan tiada aktiviti dilakukan.

Fauziah Latif yang mudah mesra bersama wartawan ketika ditemubual-Foto: Mishar Mohamad

Ia satu ujian yang sangat berat perlu ditempuhi kerana bukan beliau seorang yang terkesan malah ramai lagi rakan-rakan artis turut terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. “Saya sama juga seperti di luar sana juga, kita pun terjejas sebab dalam urusan masing-masing mencari rezeki di bidang masing-masing. Kita redha, kita tawakkal, kita buat yang terbaik tapi yang penting sekali keselamatan kesihatan diri kita juga.”

Berkenaan lagu terbaru, menurut Fauziah memang ada perancangan untuk buat lagu terbaru. Tetapi disebabkan pkp semua perancangan terpaksa ditangguhkan dulu. Apa yang kita tahu Fauziah sekarang kerap dijemput sebagai juri bagi setiap program tv. Menurut beliau kepuasaan sebagai penyanyi dan juri adalah 2 skop yang berbeza.

Fauziah Latif agak malu bila diajukan soalan-Foto: Mishar Mohamad

“Bila kita menyanyi kalau nak cakap kepuasan tu pada saya itu adalah sesuatu sebab patient u satu, ini rezeki kita. Kita bekerja  dalam bidang ini, kita datang daripada jiwa, so semua itu daripada patien. Lepas itu kita memberi kita menyampaikan samada menghiburkan mereka-mereka tersebut so Alhamdulillah.”

Pada bahagian juri pula, fauziah berkata semua orang akan melalui benda yang baru dipermulaan. Kerana permulaan orang lain dan permulaan beliau tidak sama. Sebab itu ia tidak boleh challenge pada pengalaman. Masing-masing akan belajar step by step dan peluang  itu adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan boleh diterapkan dalam diri masing-masing untuk terus berusaha dan jangan give-up.

Fauziah Latif ketika ditemui semasa sidang media Johor Fitrah Kasih-Foto: Azuddin Ahmad Zin


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang