 |
Wakil penduduk bersama YB P. Prabakaran (Ahli Parlimen Batu) memohon agar jalan alternatif dibuka segera-Foto: Azuddin Ahmad Zin |
Hari ini YB P. Prabakaran (Ahli Parlimen Batu) bersama En Vincent dan beberapa penduduk di kawasan Taman Wahyu mengadakan perhimpunan aman agar Jalan Sibu, Taman Wahyu, yang sebelum ini ditutup beberapa tahun di buka semula bagi memudahkan penduduk di kawasan itu untuk keluar masuk.
Kawasan tersebut didapati mengalami kesesakan teruk di waktu puncak khususnya di awal pagi pada hari bekerja sewaktu penduduk keluar bekerja, urusana harian atau menghantar anak- anak mereka ke sekolah.
Menurut YB P. Prabakaran lagi "pelbagai pihak yang campur tangan antaranya pemaju, kerajaan dan GLS...tanah hak orang lain, guna org lain, hak milik orang lain yang menyebabkan permasalahan ini berlaku." katanya.
 |
YB P.Prabakaran ketika mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa-Foto: Azuddin Ahmad Zin |
 |
YB P.Prabakaran ketika mendengar penerangan dari pihak berkuasa-Foto: Azuddin Ahmad Zin
|
 |
YB P.Prabakaran bersama beberapa orang wakil penduduk memegang 'banner' tanda bantahan-Foto: Azuddin Ahmad Zin
|
Sehingga kini dianggarkan lebih dari 100 ribu penduduk mendiami kawasan ini, jalan utama yang biasa digunakan adalah Jalan Kuching, disebakan jalan tersebut mengalami kesesakan setiap pagi, mereka menggunakan jalan alternatif untuk keluar ke jalan Ipoh dan Jalan Duta.Oleh itu pengguna jalan raya lain yang turut menggunakan jalan alternatif itu pula mengalami kesesakan hampir 30 minit setiap hari menyebabkan penduduk di situ turut akan kelewatan.
 |
YB P.Prabakaran ketika meberikan ucapan-Foto: Azuddin Ahmad Zin
|
 |
Salah seorang wakil penduduk ketika meluahkan perasaan tidak puas hati berikutan jalan alternatif masih ditutup -Foto: Azuddin Ahmad Zin |
 |
En Vincent ketika meberikan ucapan-Foto: Azuddin Ahmad Zin
|
YB P.Prabakaran menambah pihak kerajaan khususnya Kementerian Wilayah ada melantik satu badan yang akan membantu kes-kes sebigini seperti Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) namum begitu pihak MPP masih tidak dapat membantu maslah yang mereka hadapi ini. Beliau berharap pihak berwajib memberikan jawaban pada kadar segera.
 |
Laluan alternatif yang ditutup dengan batu blok-Foto: Azuddin Ahmad Zin |
 |
Beberapa penduduk memegang sepanduk mendesak jalan alternatif di buka-Foto: Azuddin Ahmad Zin
|
Comments
Post a Comment