PAKEJ UMRAH MENARIK BERSAMA SELEBRITI POPULAR TANAH AIR

 

Zulin Aziz, Faizal Ismail, Bell Ngasri dan Saharul Ridzwan antara selebriti yang turut serta menyertai pakej umrah dibawah kelolaan Syabibah Travel & Tours nanti. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Oleh: Erra

Faizal Ismail, Saharul Ridzwan, Zulin Aziz dan Bell Ngasri bakal lalui pengalaman sambut Ramadan Di Kota Makkah. 

Jemaah umrah di bawah syarikat Syabibah Travel & Tours yang akan menunaikan ibadah itu sempena bulan Ramadan pada April depan bakal menikmati pengurusan umrah yang selesa dan berbaloi apabila agensi terbabit menawarkan harga serendah RM7,790.

Tawaran menarik yang turut mengiringi pakej pertama berharga RM7,790 itu adalah penginapan di hotel bertaraf empat bintang iaitu di Hotel Makka Azfa Safa, Hotel Madinah Dar An Naem, 3 kali makan (makanan Asia), bagasi 24’, bag silang 20’, bag kasut serta 5 liter air zamzam. Lebih menarik, untuk pakej pertama yang akan berangkat pada 1 April depan adalah pelakon Saharul Ridzwan sebagai jemputan istimewa. 

Mengulas lanjut objektif pembabitan selebriti popular, Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours, Faizal Ismail berkata idea itu timbul demi untuk menarik lebih ramai jemaah menyertai program umrah itu. 

“Idea untuk membawa golongan selebriti untuk menyertai program umrah ini tercetus selepas saya ditawarkan untuk menjadi duta merangkap Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours. 

“Saya anggap tawaran yang diberikan ini adalah sebagal rezeki kerana ia memberi peluang kepada saya untuk mengerjakan umrah dengan mudah.

“Pada masa sama, saya terfikir juga untuk membawa bersama golongan selebriti untuk menyertai program umrah ini. Golongan artis juga adalah pempengeruh media sosial. Jadi apa salahnya jika kita guna populariti yang mereka ada untuk tujuan murni ini,” 

“Selepas berbincang dengan Pengarah Urusan Syabibah Travel and Tours ialtu Ustaz Muzammil Musa, dia bersetuju. Selain dapat menarik lebih ramai peminat selebriti terbabit untuk menyertai program umrah ini, ia juga bagus untuk penjenamaan syarikat,” kata Faizal yang juga seorang pengacara serta bekas penyampai radio ini.

Shahrul Ridzwan, Faizal Ismail, Ustaz Muzammil, Zulin Aziz dan Bell Ngasri semasa sesi fotografi selepas menerima cenderahati daripada En Ejay (dua dari kiri). Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Bagi Saharul, tawaran untuk menyertai propgram umrah itu ketika minggu pertama Ramadan ibarat bulan jatuh ke riba buatnya. 

“Tawaran ini diberikan Faizal ketika kami menjayakan sebuah program. Pada awalnya tawaran itu adalah untuk fasa pertama selepas kebenaran untuk mengerjakan umrah kembali diberikan pada 8 Februari falu. 

“Bagaimanapun disebabkan terikat dengan komitmen lain, saya tak dapat memenuhi permintaan itu. Mungkin sudah namanya rezeki, mereka menawarkan saya untuk menjadi jemputan istimewa untuk program umrah bersempena Ramadan pada April depan. 

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menyambut Ramadan di kota Makkah. Insya-Allah saya akan membawa isteri sekall untuk program umrah ini,” katanya.

Ustaz Muzammil Soliheen Musa (Pengarah Urusan Syabibah Travel & Tours) berucap di majlis sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin


Untuk pakej kedua ibadah umrah yang ditawarkan adalah bernilai RM8590 (berangkat pada 11 April 2022 — 21 April 2022) manakaia pakej ketiga harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM12, 490 ( 20 April 2022 ~ 1 Mei 2022). 

Bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah untuk tempoh sebulan, tarikh berangkat adalah pada 1 April 2022 hingga 1 Mei 2022. Harga yang dikenakan adalah RM23, 630.Semua pakej ini termasuk penginapan, tiket penerbangan, makanan, pengangkutan dan juga bagasi, bag silang serta bag untuk menyimpan kasut.

Tawaran tambahan yang diberikan kepada mereka yang menempah pakej sebulan full Ramadan adalah khatam al-Quran bersanad bersama Syeikh Makkah dan Madinah. Pakej menarik ini turut diumumkan pada Majlis Sidang Media Pelancaran Umrah Syabibah Travel & Tours bersama Selebriti Saharul Ridzwan, Zulin Aziz, Bell Ngasri dan Faizal Ismail yang berlangsung hari ini di Seri Kembangan, Selangor. Hadir sama, Pengarah Urusan Syabibah Travel & Tours Ustaz Muzammil Soliheen Musa.

 Mereka yang berminat untuk menyertai program umrah anjuran Syabibah Travel & Tours ini bolehlah mengunjungi pejabat agensi terbabit di No. 12-1, Jalan Wira 1, Pusat Perniagaan Wira, 71800 Nilai, Negeri Sembilan ataupun menghubungi mereka di talian 018-2897953 untuk keterangan lanjut.

Untuk urusan pembayaran, boleh dibuat menerusi nombor akaun 8604963905 (CIMB).

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang