Johor Fitrah Kasih – Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022

 


Mishar Mohamad

Johor Bahru- Gemilang Events & Marketing Services Sdn.Bhd akan menganjurkan program Johor Fitrah Kasih – Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 . Encik Luthfi Rahman selaku pengarah projek berkata, program yang mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Negeri Johor (PEMADAM) bertujuan untuk membantu pada mereka yang memerlukan sempena ketibaan bulan Ramadhan dan Syawal ini. Gemilang Events & Marketing juga menjemput artis tersohor Fauziah Latiff (Gee) dan artis baru Faiz Hazni artis naungan (Impact Music & Entertainment) dan Best FM sebagai radio rasmi untuk menyertai program ini yang julung kali diadakan setelah  2 tahun negara terkesan akibat pandemik COVID-19. Program ini akan diuruskan oleh penyanyi rock 90an iaitu Rahimah Sukor (Emma) selaku penerbit acara sepanjang program ini dilangsungkan.

En Luthfi Rahman (Pengarah Eksekutif Gemilang Events) memberikan ucapan-Foto Azuddin Ahmad Zin

Tuan Hj Anoar Sariman (Timb Pengarah Operasi) Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ)-Foto Azuddin Ahmad Zin

Sebelum ini tiada aktiviti-aktiviti program dapat disertai kerana masalah pandemik COVID-19. Hanya yang ada adalah kerja dibelakang tabir dengan memberi bantuan serta tiada majlis dan keraian untuk mereka yang memerlukan. Dengan adanya majlis amal seperti Johor Fitrah Kasih – Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 ini, segala sumbangan dan kutipan akan dapat disalurkan ke rumah-rumah kebajikan di Negeri Johor ini. Sumbangan ini tidak terhad kepada anak-anak yatim sahaja malah ia akan turut disalurkan kepada golongan-golongan yang amat memerlukan bantuan.

Sumbangan pemberian sebanyak 50% daripada pendapatan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan. Dalam program Sahurathon pula peserta akan pergi ke setiap rumah untuk bersahur bersama mereka dan melakukan sedikit aktiviti amal. Artis seperti Fauziah Latiff dan Faiz Hazni  juga akan turut bersahur bersama-sama mereka.

En Muiz wakil PEMADAM Negeri Johor-Foto Azuddin Ahmad Zin

En Yunos Malek (Pegawai Eksekutif Savanna Hill Resort)-Foto Azuddin Ahmad Zin

Majlis kemuncak program Johor Fitrah Kasih – Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 akan  diadakan pada 23 April 2022 untuk meraikan rumah-rumah kebajikan bersama-sama korporat yang menyertai program ini. Program ini tidak tertumpu pada rumah anak-anak yatim, gelandangan tetapi akan membantu pada mereka yang memerlukan.

Best FM, Savannah Hills, Kelab Kopi Lama, Kedai Gunting Rambut (Along Barber shop) adalah penyokong bagi program ini. Along Barber Shop akan memberikan perkhidmatan gunting rambut percuma sepanjang tahun kepada rumah kebajikan ini begitu juga Vacum Jaya di Larkin akan menghantar anak-anak ke sekolah secara percuma sepanjang tahun. Ia tidak terhad pada bulan Ramadhan sahaja. Gemilang Zamrud juga membantu golongan-golongan ini supaya tidak terpinggir dari segi pendidikan.

Fauziah Latif (penyanyi) turut menjaykan acara itu nanti-Foto Azuddin Ahmad Zin

Rahimah Sukor (Emma) selaku penerbit acara-Foto Azuddin Ahmad Zin


Jabatan Agama Islam Negeri Johor juga akan membantu dari segi pengisian Islamic, pengisian-pengisian dari segi tazkirah, Tadarus Al-Quran, Nasyid dan sebagainya dalam bab-bab keagamaan. PEMADAM juga akan memberi kaunseling nasihat untuk anak-anak supaya menjauhi dadah.

Jualan pakej untuk Majlis Amal Johor Fitrah Kasih – Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 akan mula dijual pada Februari dengan harga meja bermula RM8,000, RM10,00, RM15,000 dan RM25,000. Untuk tempahan pakej dan sebarang  maklumat lanjut, peminat tegar Fauziah Latiff, Faiz Hazni, Fiezah Rahman serta Dai’ Azam Al-Kankari boleh layari laman Facebook : Johor Fitrah Kasih

Dari kiri: Puan Emma dan Fauziah Latif bersama poster acara-Foto Azuddin Ahmad Zin

Dari kiri: Puan Emma,Fauziah Latif dan Fazi Hazni bersama poster acara-Foto Azuddin Ahmad Zin



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang