Posts

Showing posts from January, 2024

“SAJIAN WARISAN NUSANTARA” RAMADAN BUFET 2024 DI THE PEARL KUALA LUMPUR

Image
  The Pearl Kuala Lumpur menjemput para tetamu untuk meraikan ketibaan bulan suci Ramadan dan melakar detik serta momen indah yang tidak dapat dilupakan bersama yang tersayang sambil menikmati sajian makanan dan penginapan terbaik. Hotel ikonik ini menawarkan pelbagai pengalaman yang unik dan konsep santapan Ramadan baharu bertemakan sajian warisan nusantara. Tahun ini, pihak hotel telah merancang pelbagai acara yang menyeronokkan serta promosi istimewa makanan dan minuman untuk memberikan tetamu merasai keistimewaan unik Ramadan bufet di The Pearl Kuala Lumpur. Dari 14 Mac hingga 7 April 2024, The Pearl Hotel dengan berbesar hati mempersembahkan "Sajian Warisan Nusantara", sebuah sajian hidangan unik berasaskan sajian warisan turun temurun dari generasi ke generasi. Rebutlah peluang keemasan anda untuk membuat pembelian awal dengan harga istimewa. Di samping itu kami juga turut menawarkan Bufet Ramadan percuma kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan setia

Al-Muqwa anjur Majlis Makan Malam Kesadaran Amal untuk mengisi dana.

Image
  Penganjur bergambar bersama penyokong serta penaja selepas sesi sidang media.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. KUALA LUMPUR 31 JANUARI 2024- PANDEMIK Covid-19 yang berlaku sebelum ini menjejaskan banyak sektor dan pihak termasuk pengurusan Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor. Madrasah yang ditubuhkan sejak 14 tahun lalu ini terpaksa melalui pelbagai fasa-fasa perjalanan dan ujian yang sukar sepanjang tempoh tersebut dan masih berlarutan sehingga kini. Mudir Al-Muqwa, Amran Johari berkata, mereka mengalami masalah kewangan yang sangat ketara merangkumi beban hutang yang sangat tinggi jumlahnya.  "Kami berdepan bebanan hutang berjumlah hampir RM285,000 untuk membiayai kos operasi sebelum ini.  "Kemudian kita mempunyai tunggakan atau tuntutan hutang daripada pembekal tenaga dan juga syarikat air yang mana jumlah tunggakan bil-bil utiliti tersebut mencecah sehingga RM80,000 untuk tempoh dua tahun.  "Kami tidak bayar kerana tidak

MENONTON ALA SANTAI DI MALAYSIA’S FIRST VIEWING PARTY DEDICATED VENUE DI MVP BY MIVAS @ ONE CITY SUBANG JAYA.

Image
  Subang Jaya – Buat julung kalinya satu tempat khas telah dibuat khusus untuk peminat-peminat setia bola sepak dan peminat sukan untuk menonton secara santai perlawanan bola sepak Malaysia secara langsung (viewing party) yang mana ia dikenali sebagai MVP by Mivas @ One City Subang Jaya. MVP by Mivas @One City ini adalah hasvfil idea dari sebuah syarikat kecil bumiputera yang dikenali sebagai Mivas City Sdn Bhd yang telah membuat tayangan pertama sempena Piala Asia (AFC) pada 16hb Januari 2024 yang lalu bertempat di East Boulevard, Jalan USJ 25/1A, One City, 47100 Subang Jaya Selangor di mana telah mengumpul lebih kurang 40 orang untuk bersama-sama menyokong pasukan Malaysia dan lebih kurang 100 orang pada perlawanan kedua Piala Asia (AFC) pada hari Sabtu, 20 Januari 2024. MVP by Mivas @ One City ini adalah satu idea yang berkonsepkan santai dimana satu tempat lapang berbumbung seluas 4500 kaki persegi yang ditukarkan menjadi Kawasan berumput tiruan dengan paparan screen yang besar be

Penonton bertuah bakal memenangi hadiah dari koleksi Wings di Konsert WINGS "The Rock Emperor" Chapter Penang.

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 12 JANUARI 2024- KOTA Singa dan Bandaraya Shah Alam sudah dijelajahi mereka. Terbaru, kumpulan rock legenda, Wings menerbangkan sayap mereka ke Pulau Pinang pula sebagai destinasi Konsert The Rock Emperor. Kali ini Dato; Awie (vokal), Eddie (bass), Black (drum), Sham (gitar) dan Edrie (gitar) akan menggegarkan SPICE Arena Penang menerusi Konsert Wings The Rock Emperor - Penang Chapter yang akan berlangsung pada jam 9 malam, 24 Februari nanti. Mengimbas kembali, Konsert The Rock Emperor mula membuka tirai di dipentas The Star Theatre Singapura, pada 29 Julai 2023 yang mendapat sambutan hebat daripada penonton. Ia seterusnya dikembangkan dengan Konsert Wings The Rock Emperor - Kuala Lumpur Chapter di Stadium Malawati pada 16 Disember lalu yang mencatat sejarah tersendiri dengan kehadiran lebih 9,000 peminat tegar mereka. Penonton yang hadir rata-rata memuji kehebatan kumpulan yang sudah bertapak hampir empat dekad dalam industri muzik tanah air dan s

GABUNGAN DUA BAND POPULAR MALAYSIA UK’s DAN SLAM UNTUK “CONCERT UK’SLAM MUSICAL”.

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur, 18 Januari 2024 - Melangkaui tiga dekad pembabitan mereka dalam dunia muzik di negara ini, dua kumpulan muzik pop rock lagenda, UK's dan Slam buat pertama kalinya dalam sejarah bakal digabungkan di atas satu pentas, dalam satu persembahan yang sama (gabungan), akan membawa peminat-peminat mereka khayal dan menghayati alunan lagu dan muzik sambil mengimbau kembali nostalgia bersama dalam “CONCERT UK’SLAM MUSICAL”.  Dianjurkan oleh BOMBBAY LEGEND WORLDWIDE bersama AMIR UKS ENTERTAINMENT, “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di STADIUM MALAWATI SHAH ALAM pada 3 FEBRUARI 2024.  Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk's.  Mana

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 17 JANUARI 2024- Sebuah Konsert yang berkonsepkan makan malam hasil inisiatif dari syarikat AS Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Koperasi Usahawan Intelektual Siswazah Malaysia Berhad yang akan diadakan pada 03 Mac 2024 (Ahad) bertempat di Hotel Whyndam Klang Selangor. Artis yang bakal menjayakan konsert tersebut terdiri dari Man Keedal, Dato' Hattan, Noraniza Idris, Ifa Radziah, Bob Sentuhan dan Baby Shima. Bertajukkan A.M.A.L bukannya bermaksud untuk meminta derma atau meminta simpati daripada masyarakat, yang secara tidak langsung akan menjatuhkan maruah atau mengambil kesempatan ke atas insan yang dikenali sebagai anak seni yang pernah popular seketika dahulu dan kini kurang bernasib baik, ianya bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengaunugerahan khusus ke atas jasa mereka selama ini yang pernah menghiburkan masyarakat secara unumnya yang sepatutnya diberikan pengiftirafan dan penghargaan yang sewajarnya. Pastinya p

Bulan Cinta Februari bakal menyaksikan Mahalini LoveChestra Live In Kuala Lumpur

Image
  Oleh: RyesHazmanja. KUALA LUMPUR 16 JANUARI 2024- Siapa tidak kenal penyanyi yang popular dengan lagu 'Sial' iaitu Mahalini kini sekali lagi kembali dengan konsert siri nya di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Megastar Arena ,Kl @sg.wang plaza bertarikh 3 Februari 2024 dengan bintang undangan khas iaitu tunangan nya sendiri Rizky Febian. Ini adalah kali pertama Mahalini sepentas dengan tunangan nya Rizky Febian yang tidak kurang hebatnya di Indonesia dan Malaysia. Konsert Mahalini kali ini dibawakan istimewa oleh Alha Alfa Kosmetik bersama syarikat penganjur konsert, Kharisma Music. Ini adalah konsert kali kedua Mahalini di Malaysia. Pada awal tahun lalu Mahalini telah membuat konsert di Malaysia tetapi tidak ramai yang dapat menghadirkan diri kerana ruangan tempat yang terhad jadi kali ini penganjur memilih Megastar Arena agar boleh memuatkan lebih ramai peminat yang hadir. Tiket juga di katakan hampir habis terjual. Jadi siapa masih belum dapatkan, cepat-cepat lah dap

FENIX360: Revolusi Lanskap Kreatif dengan Pelancaran Globalnya

Image
Oleh: Norazni Ismail. FENIX360, platform media sosial pertama di dunia yang berpusat kepada artis, terus memberikan sokongan dan memperkasakan artis dalam usaha kreatif mereka. FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka. Pelancaran FENIX360 di Jakarta bulan lalu merupakan perkembangan penting dalam komuniti kreatif. Allan Klepfisz, CEO FENIX360 menekankan, "FENIX360 bukan hanya aplikasi; ia merupakan gerakan untuk mengubah landskap artistik, mengalihkan fokus dari platform kepada artis, mencipta persekitaran holistik bagi artis untuk mempamer dan mengkomersialkan hasil kerja mereka." Aplikasi inovatif ini direka untuk memperkasakan artis, memberikan peluang terbaik untuk meningkatkan pendapatan dari usaha kreatif mereka, menetapkan standard baru dalam bidang seni dan sektor kreatif yang membezakannya daripada platform media sosial lain. Di FENIX360, pelbagai pencipta seperti ahli muz

"Harum Setangkai Doa" Dedikasi Inteam buat Allahyarham Suhaimi Saad

Image
  Single berjudul Harum Setangkai Doa sebagai dedikasi untuk sahabat mereka yang telah pergi ini. Oleh: Norazni Ismail. Kehilangan sahabat seperjuangan pastinya menimbulkan kesan yang sangat mendalam buat seseorang insan. Begitulah yang dirasakan oleh anggota-anggota kumpulan nasyid Inteam yang baru sahaja kehilangan sahabat baik mereka. Allahyarham Suhaimi Saad bekas anggota Inteam sejak ditubuhkan sehingga 2005 telah pergi menghadap Ilahi pada 15 November 2023 yang lalu. Pemergian Allahyarham pada usia yang muda telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair. "Pemergian Allahyarham boleh dikatakan agak mengejut, beliau hanya sakit dalam tempoh lebih kurang 3 bulan, dan kami sempat menziarahi beliau di Johor ketika sakit beberapa minggu sebelum beliau menghadap Ilahi" ujar Syah, selaku ketua Kumpulan Inteam. Ditanya kepada Abdul Rahim Inteam berkenaan pemergian Allahyarham Suhaimi, beliau menjawab "Walaupun sedih, kami redha dengan pemergian sahabat kami dan bersyuk

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Image
  Oleh: Eqmal Ezad. KUALA LUMPUR 11 JANUARI 2024- Bulan Ramadan yang mulia bakal menjelang dan seperti tradisinya, ini adalah waktu yang amat sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengeratkan lagi ukhwah dengan jamuan iftar. Bagi menyambut hari yang mulia ini dengan bantuan dan kerjasama dari rakan media, Premiera Hotel Kuala Lumpur telah menganjurkan Prebiu Berbuka Puasa dengan tema tahun ini "Galeri Nostalgia Legenda” di Dewan Utama, Premiera Hotel Kuala Lumpur pada 10 Januari 2024.  Dari kiri En Mohd Ammar Shahril b A. Rashid (Pengurus F&B) dan En Dzulkarnain @ Jol b Salleh (Head Chef) dari Hotel Premiera. Bufet Galeri Nostalgia Legenda yang cuba mengimbau zaman kegemilangan filem-filem dan lagu-lagu Melayu dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, menawarkan pelbagai jenis menu dengan menampilkan lebih 130 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Dzulkarnain dan pasukannya. Diantara menu masakan kampung yang dihidangkan

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang

Image
  Oleh: Norazni Ismail. DAMANSARA 11 JANUARI 2024- Kerjaya sebagai ahli politik memerlukan Datuk Seri Fariz Hazurin mendekati pelbagai lapisan masyarakat, dari yang paling tua sampai ke paling muda. Banyak pendekatan diambil dan khusus untuk orang muda, beliau memilih platform muzik hip hop. Selepas tampil dengan single Bangkit bersama Fhan awal tahun lalu, Fariz Hazurin meneruskan kolaborasi bersama Fhan dengan single terbaharu bertajuk Subang pula; deklarasi apresiasinya kepada tempat beliau menyumbang jasa selama ini. Bagi Fariz Hazurin, menjadi rapping politician membuatkan dia lebih mudah mendekati dan menjiwai dilema anak muda memandangkan genre muzik itu begitu dekat di hati anak muda. Kerjaya sebagai ahli politik memerlukan Datuk Seri Fariz Hazurin mendekati pelbagai lapisan masyarakat, dari yang paling tua sampai ke paling muda. Banyak pendekatan diambil dan khusus untuk orang muda, beliau memilih platform muzik hip hop. Selepas tampil dengan single Bangkit bersama Fhan awal

Gergasi Band Indie Dalam Sebuah Konsert Rock Yang Paling Ditunggu-Tunggu Tahun 2024

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 11 Januari 2024 - Para peminat indie tempatan, adakah anda bersedia? Hitman Solutions selaku jenama penganjur acara terkemuka tanah air sekali lagi menyajikan hiburan tanpa henti buat halwa telinga penggemar muzik terutamanya peminat muzik rock dalam sebuah konsert yang paling ditunggu-tunggu pada tahun 2024 ini dengan menggabungkan tiga (3) gergasi band indie negara di atas satu pentas, konsert yang bakal dipanggil ‘UND3RGROUND’ - BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE akan berlangsung pada tarikh 2hb Mac 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon.   Selaku salah satu pemain utama penganjuran konsert di Malaysia, Hitman Solutions sentiasa berfikiran ke hadapan demi memenuhi citarasa penggemar muzik tempatan yang dahagakan hiburan langsung secara fizikal dan buat tahun 2024, mereka sudah pun menyediakan satu acara istimewa untuk peminat rock indie di Malaysia. Konsert UND3RGROUND (Underground) direncanakan akan berlangsung selama 3 jam di mana setiap band aka

KONSERT WALI "CARI JODOH" & "DAWAI" IN PENANG

Image
  Oleh: Norazni Ismail KUALA LUMPUR, 10 Januari 2024 - Konsert yang ditunggu-tunggu oleh penggemar muzik di sebelah utara anjuran syarikat penganjur konsert terkemuka iaitu Orange International, 'KONSERT WALI "CARI JODOH" & "DAWAI" IN PENANG' dengan menampilkan penyanyi Fadhilah Intan, Saixse dan juga Khai Bahar pada 3 Februari 2024 ini, jam 8:30 malam, bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang bakal berlangsung kurang dari sebulan sahaja lagi. Bertempat di Gula Cakery, KL East Mall, sebuah sidang media khas diadakan untuk mewarwarkan konsert yang bakal diadakan tidak lama lagi, menurut Dato' Fadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange International, "Alhamdulillah setelah beberapa siri konsert yang diadakan seperti konsert 'Live In Concert Radja (Special Appearance Ella)' yang berjaya menarik lebih dari 5,000 penonton, pihak Orange International terus berkembang dan terpanggil untuk memajukan industri hiburan tempatan, ekonomi serta ak