ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

 


Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 17 JANUARI 2024- Sebuah Konsert yang berkonsepkan makan malam hasil inisiatif dari syarikat AS Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Koperasi Usahawan Intelektual Siswazah Malaysia Berhad yang akan diadakan pada 03 Mac 2024 (Ahad) bertempat di Hotel Whyndam Klang Selangor.

Artis yang bakal menjayakan konsert tersebut terdiri dari Man Keedal, Dato' Hattan, Noraniza Idris, Ifa Radziah, Bob Sentuhan dan Baby Shima.

Bertajukkan A.M.A.L bukannya bermaksud untuk meminta derma atau meminta simpati daripada masyarakat, yang secara tidak langsung akan menjatuhkan maruah atau mengambil kesempatan ke atas insan yang dikenali sebagai anak seni yang pernah popular seketika dahulu dan kini kurang bernasib baik, ianya bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengaunugerahan khusus ke atas jasa mereka selama ini yang pernah menghiburkan masyarakat secara unumnya yang sepatutnya diberikan pengiftirafan dan penghargaan yang sewajarnya.




Pastinya program ini secara tidak langsung memberi peluang, ruang dan pentas bagi mereka untuk beraksi kembali dan mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan mereka dan terus berkarya bagi meneruskan kehidupan yang lebih sempurna dengan gabungan dan kerjasama dari artis ternama yang masih relevan sehingga kini.

Diharapkan program yang julung kalinya diadakan dengan Kerjasama dari pelbagai pihak ini akan menjadi titik tolak memacu wacana kerja amal sepadu ini seiring dengan tujuan sebenar yang berkonsepkan “Tiada Siapa Yang Dipinggirkan” yang boleh membuka mata kepada lapisan masyarakat dan pihak-pihak yang berkenaaan untuk sama-sama membina nilai kemasyarakatan dan penjanaan ekonomi haruslah seiring dan bergerak secara selari demi kemakmuran dan kehiduapan yang lebih berharga dan mapan menghadapai cabaran kehidupan yang semakin mencabar kini.




Untuk program ini mencapai misi dan visinya seharusnya kita semua pihak sama-sama menggembling tenaga dan usaha kearah kehidupan yang lebih sempurna dengan Konsep “tiada Siapa Yang Dipinggirkan”.

Sebagai sebuah masyarakat majmuk yang merupakan aset negara yang perlu diharmonikan. Doa dan harapan supaya program ini akan menjadi program yang berterusan dan mendapat sokongan serta sambutan yang luar biasa baik, dari semua pihak demi kepentingan bersama yang membawa impak pemahaman dan semangat jati diri serta pentingnya nilai perpaduan di hati mereka yang terlibat dan orang ramai dalam memacu pembangunan Malaysia Madani.




 Untuk menyerikan lagi Program ini, majlis akan dimeriahkan dengan acara Cabutan bertuah, Pemberian Wang Tunai dan Hadiah-hadiah Menarik serta Anugerah khas kepada mereka yang terlibat sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada mereka atas sokongan dan kerjasama yang telah mereka berikan samaada secara langsung ataupun tidak.

Sebarang maklumat serta pembelian meja, boleh hubungi +60146160356


Comments

Popular posts from this blog

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang