RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

 


Oleh: Eqmal Ezad.

KUALA LUMPUR 11 JANUARI 2024- Bulan Ramadan yang mulia bakal menjelang dan seperti tradisinya, ini adalah waktu yang amat sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengeratkan lagi ukhwah dengan jamuan iftar. Bagi menyambut hari yang mulia ini dengan bantuan dan kerjasama dari rakan media, Premiera Hotel Kuala Lumpur telah menganjurkan Prebiu Berbuka Puasa dengan tema tahun ini "Galeri Nostalgia Legenda” di Dewan Utama, Premiera Hotel Kuala Lumpur pada 10 Januari 2024. 

Dari kiri En Mohd Ammar Shahril b A. Rashid (Pengurus F&B) dan En Dzulkarnain @ Jol b Salleh (Head Chef) dari Hotel Premiera.


Bufet Galeri Nostalgia Legenda yang cuba mengimbau zaman kegemilangan filem-filem dan lagu-lagu Melayu dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, menawarkan pelbagai jenis menu dengan menampilkan lebih 130 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Dzulkarnain dan pasukannya. Diantara menu masakan kampung yang dihidangkan adalah seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Tempoyak dan Ikan Kelli Berlado.

Hidangan tempatan yang wajib dan menjadi kegemaran dan permintaan yang tinggi adalah Kambing Panggang, ‘Sup Gear BoxPower’ 6 Sekawan, Laksa Penang, Ikan Bakar dan Siakap Stim. Bagi mereka yang yang menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang, bolehlah memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan. 





Pelbagai pencuci mulut juga disediakan untuk dipilih seperti Pengat Durian dengan pulut, Aneka Kuih Melayu, Air Batu Campur (ABC), dan juga buah-buahan tempatan. 

Di warung yang diberikan nama, "Telaga Saloma" anda akan dihidangkan dengan pelbagai jenis minuman untuk menghilangkan rasa dahaga seperti Kelapa Muda, Soda Herbs, Teh ‘o’Ais Limau dan manakala di, “Warong Kopi Pak Ma’On’ pula menyediakan kopi ,jteh dan juga teh tarik kaw yang istimewa untuk para tetamu. 






Lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee akan dimainkan sebagai halwa telinga setiap hari sepanjang majlis berbuka puasa. Surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan kawasan hotel. 

PHKL juga tidak ketinggalan untuk berkongsi fitrah Ramadan yang mulia dalam program "Sinar Ramadan" dimana setiap RM1 dari setiap harga jualan Bufet Ramadan Dewasa di Dewan Utama hotel akan disalurkan kepada badan/ organisasi yang telah dipilih. Pada Ramadan tahun ini, pihak hotel telah berbesar hati untuk memilih Yayasan Artis Veteran sebagai penerima sumbangan ikhlas dari pembelian tuan-tuan menjelang Aidilfitri 2024. 

En Johari Bin Abdul Jalil, Pengurus Besar PHKL berkata bahawa sumbangan ini adalah sejajar dengan komitmen PHKL untuk membawa keceriaan kepada yang kurang bernasib baik terutama pada musim perayaan. "Kami berharap sumbangan kecil ini akan memastikan bahawa penggiat seni veteran yang kurang bernasib baik tidak merasa tersisih atau dipinggirkan dan semoga mereka boleh menikmati dan meraikan bulan perayaan ini seperti insaninsan lain," katanya. PHKL percaya aktiviti seperti ini akan terus memupuk semangat kekeluargaan dan kerjasama di kalangan masyarakat dan pengurusan PHKL. Sehubungan dengan ini beliau mengalu-alukan sektor awam dan swasta untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa mereka samada untuk kakitangan, pelanggan mahupun badan-badan kebajikan atau pihak media di Premiera Hotel Kuala Lumpur bagi sama-sama merayakan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadan tahun ini. Buffet Ramadan di Premiera Hotel Kuala Lumpur.



Bufet ramadan bemula dari 12 Mac hingga 8 April 2024, dari jam 6.30 ptg hingga 10.30 mim. Harga buffet yg menarik, RM150.00 bersih seorang di Dewan Utama , Premiera Hotel Kuala Lumpur dan harga kanak-kanak adalah RM75.00 bersih seorang. Harga ‘Early Bird’ adalah RM110.00 bersih seorang. 

Keterangan lanjut boleh hubungi +603-2615 1000.




Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang