Bulan Cinta Februari bakal menyaksikan Mahalini LoveChestra Live In Kuala Lumpur

 


Oleh: RyesHazmanja.

KUALA LUMPUR 16 JANUARI 2024- Siapa tidak kenal penyanyi yang popular dengan lagu 'Sial' iaitu Mahalini kini sekali lagi kembali dengan konsert siri nya di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Megastar Arena ,Kl @sg.wang plaza bertarikh 3 Februari 2024 dengan bintang undangan khas iaitu tunangan nya sendiri Rizky Febian. Ini adalah kali pertama Mahalini sepentas dengan tunangan nya Rizky Febian yang tidak kurang hebatnya di Indonesia dan Malaysia.

Konsert Mahalini kali ini dibawakan istimewa oleh Alha Alfa Kosmetik bersama syarikat penganjur konsert, Kharisma Music. Ini adalah konsert kali kedua Mahalini di Malaysia. Pada awal tahun lalu Mahalini telah membuat konsert di Malaysia tetapi tidak ramai yang dapat menghadirkan diri kerana ruangan tempat yang terhad jadi kali ini penganjur memilih Megastar Arena agar boleh memuatkan lebih ramai peminat yang hadir. Tiket juga di katakan hampir habis terjual. Jadi siapa masih belum dapatkan, cepat-cepat lah dapatkan tiket kerana kali ini konsep yang akan dibawakan dengan penuh kecintaan yang sudah tentu lain dari konsert sebelum ini.

Mengapa Kharisma Music memilih Mahalini? Ini kerana pemilihan dibuat atas pencapaian Mahalini dalam meraih pengiktirafan dan anugerah di industri muzik Indonesia malah penstriman yang tertinggi di Spotify (Indonesia). Karya-karya nyanyian Mahalini juga selalu menjadi viral di media-media sosial dan media massa.




Makna LoveChestra adalah 'Love+Ochestra' menjadi tema Konsert Mahalini pada malam tersebut. Gabungan dan susunan muzik orkestra yang berkisarkan kisah cinta, kisah suka dan duka sepanjang karier Mahalini dan lebih istimewa konsert ini akan di jayakan bersama 20 orang pemuzik tempatan tanahair. Oleh itu siapa tidak datang menonton konsert ini adalah satu kerugian yang besar.

Dijangkakan Mahalini akan menyanyikan 15 hingga ke 17 buah lagu dan dimaklumkan konsert itu akan berlangsung lebih kurang 2 jam malah akan dipersembahkan bersama band Mahalini sendiri yang di panggil 'Lini'. Diterbangkan khas pengarah muzik tersohor Indonesia iaitu Roland Steven, Andrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi.

Janji Mahalini pada peminat-peminatnya nanti di konsert itu dia akan membawa semua peminat-peminat nya dengan persembahan yang istimewa dengan momen indah yang di mana merangkumi perjalanan hidup dan kariernya bersama peminat. Mahalini mahu membawa sesuatu yang berbeza dari konsertnya yang lepas di Malaysia. Kali ini dia akan membawakan konsep muzik yang lain dari sebelum ini dari segi busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik. Mungkin ada ribuan kuntum mawar merah di pentas mana tahu?




Mahalini juga giat kini mempersiapkan dirinya untuk konsert tersebut dari segi susunan muzik yang baru agar kedengaran  lebih segar dari biasa dan latihan di studio. Mungkin akan ada tarian istimewa yang bakal di bawakan nanti oleh Mahalini, siapa tahu kan? Disini kita bermain dengan elemen kejutan.

Di konsert itu juga pembeli tiket akan berpeluang memenangan cabutan bertuah iaitu hadiah utamanya adalah sebuah kereta dan hadiah-hadiah istimewa yang lain juga menanti anda. Cepat jangan lepaskan peluang dapatkan tiket konsert LoveChestra dengan segera. Mana tau tuah anda menanti di sana.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang