MENONTON ALA SANTAI DI MALAYSIA’S FIRST VIEWING PARTY DEDICATED VENUE DI MVP BY MIVAS @ ONE CITY SUBANG JAYA.

 


Subang Jaya – Buat julung kalinya satu tempat khas telah dibuat khusus untuk peminat-peminat setia bola sepak dan peminat sukan untuk menonton secara santai perlawanan bola sepak Malaysia secara langsung (viewing party) yang mana ia dikenali sebagai MVP by Mivas @ One City Subang Jaya.

MVP by Mivas @One City ini adalah hasvfil idea dari sebuah syarikat kecil bumiputera yang dikenali sebagai Mivas City Sdn Bhd yang telah membuat tayangan pertama sempena Piala Asia (AFC) pada 16hb Januari 2024 yang lalu bertempat di East Boulevard, Jalan USJ 25/1A, One City, 47100 Subang Jaya Selangor di mana telah mengumpul lebih kurang 40 orang untuk bersama-sama menyokong pasukan Malaysia dan lebih kurang 100 orang pada perlawanan kedua Piala Asia (AFC) pada hari Sabtu, 20 Januari 2024.



MVP by Mivas @ One City ini adalah satu idea yang berkonsepkan santai dimana satu tempat lapang berbumbung seluas 4500 kaki persegi yang ditukarkan menjadi Kawasan berumput tiruan dengan paparan screen yang besar bersama system bunyi lengkap dan dilengkapi dengan kerusi-kerusi angin disusun untuk merasai suasana menonton seperti di tengah padang bersama-sama permain bola sepak. Konsep santai ini sangat sesuai untuk ahli keluarga dan juga kumpulan rakan-rakan berkumpul di samping merapatkan silatulrahim bersama-sama. Selain itu MVP by Mivas @ One City mempunyai kipas heli yg besar yang mampu memberi keselesaan kepada peminat – peminat sukan yang hadir.

Di MVP by Mivas @ One City ini bukan saja hanya tempat untuk bersantai tetapi ia juga bersebelahan dengan foodcourt jualan makanan dan minuman serta bersebelahan dengan pusat membeli belah One City. Di sini juga bukan sahaja untuk tempat tontonan siaran langsung perlawanan bola sepak tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai ruang acara untuk pelbagai aktiviti seperti pameran kereta dan motosikal, pertunjukkan pentas dan sebagainya.


MVP by Mivas @ One City juga akan membuat tayangan perlawanan Piala Asia ke tiga pada hari Khamis ini sempena perlawanan Malaysia bertemu Korea Selatan yang akan ditayangkan secara langsung pada pukul 7:30pm. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari laman social mereka di facebook : MV.by.Mivas atau hubungi di talian : +6019 2277 778 / +6011 2626 1656

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang