Al-Muqwa anjur Majlis Makan Malam Kesadaran Amal untuk mengisi dana.

 

Penganjur bergambar bersama penyokong serta penaja selepas sesi sidang media.  Foto: Azuddin Ahmad Zin.

KUALA LUMPUR 31 JANUARI 2024- PANDEMIK Covid-19 yang berlaku sebelum ini menjejaskan banyak sektor dan pihak termasuk pengurusan Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Madrasah yang ditubuhkan sejak 14 tahun lalu ini terpaksa melalui pelbagai fasa-fasa perjalanan dan ujian yang sukar sepanjang tempoh tersebut dan masih berlarutan sehingga kini.

Mudir Al-Muqwa, Amran Johari berkata, mereka mengalami masalah kewangan yang sangat ketara merangkumi beban hutang yang sangat tinggi jumlahnya. 

"Kami berdepan bebanan hutang berjumlah hampir RM285,000 untuk membiayai kos operasi sebelum ini. 

"Kemudian kita mempunyai tunggakan atau tuntutan hutang daripada pembekal tenaga dan juga syarikat air yang mana jumlah tunggakan bil-bil utiliti tersebut mencecah sehingga RM80,000 untuk tempoh dua tahun. 

"Kami tidak bayar kerana tidak mampu menjelaskannya. Selain itu kami juga menghadapi masalah tuntutan hutang dari syarikat pembekal hardware, 

"Begitu juga kami keputusan bekalan makanan yang kerap berlaku sejak setahun setengah ini.

"Begitu juga dengan masalah kos lain untuk tujuan pentadbiran pertubuhan atau madrasah ini," katanya. 


Mudir Al-Muqwa, Amran Johari ketika menjawab soalan media.  Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Bertitik tolak daripada masalah yang berlaku, tercetus idea buat mereka untuk melantik Ali XPDC sebagai Duta Al-Muqwa pada 2020 yang bertujuan membantu mencarikan dana. 

Pada 26 Februari 2022, Al-Muqwa tampil menganjurkan konsert yang membariskan Ali dan barisan selebriti hijrah lain iaitu Ijam Medicine, Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang bagi tujuan mengisi dana. 

"Alhamdulillah ia berjaya mencapai sasaran. Malah kehadiran penonton melebihi jangkaan. Ia mencetuskan idea untuk penganjuran program kali kedua pada tahun ini. 

Konsert dinamakan Majlis Makan Malam Kesadaran Amal ini akan berlangsung di MBSA Convention Centre, Shah Alam pada Sabtu, 17 Februari 2024 dari jam 6 petang sehingga 11 malam. 

"Atas cetusan idea dan juga galakan daripada Ali XPDC selaku duta Al Muqwa, maka kita mengadakan program makan malam amal ini untuk kali kedua. Istimewanya program ini juga akan dihadiri oleh tetamu atau artis selebriti tanah air yang tidak asing lagi iaitu Dato' Awie

"Disamping itu, artis-artis lain yang terbabit buat persembahan ialah Ijam Medicine dan Adi Wow. 

"Majlis akan dikendalikan oleh penyampai atau pengacara popular tanah air iaitu Faizal Ismail dan Mawi. Program juga akan dihadiri oleh beberapa artis hijrah termasuk Anjang Terra Rossa dan rakan-rakan," katanya. 

Amran berkata Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) menempatkan sebahagian besar anak-anak yatim, fakir dan miskin serta anak-anak mualaf dan terbiar. 

"Madrasah ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelajar-pelajar atau anak yatim yang menghuni kawasan ini. 

"Jadi kita mengasuh mereka ini, golongan yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan ini untuk menjadikan mereka sebagai penghafaz Al-Quran dan juga alim ulama. 

"Kutipan dana menerusi jualan meja makan dan juga kerusi yang dijual ini digunakan sepenuhnya bagi tujuan membiayai kos operasi madrasah yang telah terjejas pendapatan sumber bantuan sejak dua tahun lalu kesan daripada pandemik Covid-19. 

"Tujuan utama kami anjur makan malam bertujuan mengharapkan pelbagai pihak samada untuk beri tajaan kepada majlis yang kita anjurkan atau kepada mana-mana pihak yang ingin beli meja-meja yang kita jual melalui kupon-kupon yang kita sediakan.

"Begitu juga tiket membeli kerusi yang disediakan untuk individu-individu yang kurang berkemampuan membeli meja makan malam amal ini. Insya-Allah kita akan jual meja bermula dengan harga RM3,000, RM5000 dan RM8000 untuk satu meja. 

"Ia ditawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan persembahan artis selebriti dan pada masa sama untuk beramal. Insya-Allah bukan sahaja persembahan artis tapi kami juga sajikan dengan hidangan lain seperti persembahan salawat, bacaan ayat-ayat Al Quran dan perkongsian pengalaman artis-artis hijrah. 

"Kita juga akan kumpulkan sejumlah barangan atau koleksi artis-artis untuk jualan lelong amal dimana semua hasil kutipan disalurkan sepenuhnya kepada Al Muqwa.

"Kita juga menyeru kepada mana-mana rakan artis yang berminat ingin membantu untuk turut serta menyumbang dalam bentuk sekiranya ada barang-barang pakaian atau koleksi peribadi yang ingin dilelong atau ingin dihadiahkan kepada madrasah untuk dilelong pada majlis makan malam ini.


Mudir Al-Muqwa, Amran Johari (kiri) bersama Ijam Medicine menyampaikan siji penghargaan kepada En Ayob selaku Konsortium Industri  Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).  Foto: Azuddin Ahmad Zin.


𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 :Amran  : 0126212582 atau wasap.my/60126212582  Roslan : 0162446567 atau wasap.my/60162446567  Omar : 0163753117 atau wasap.my/60163753117  Hasroy : 0176396368 atau wasap.my/60176396368


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang