“SAJIAN WARISAN NUSANTARA” RAMADAN BUFET 2024 DI THE PEARL KUALA LUMPUR

 



The Pearl Kuala Lumpur menjemput para tetamu untuk meraikan ketibaan bulan suci Ramadan dan melakar detik serta momen indah yang tidak dapat dilupakan bersama yang tersayang sambil menikmati sajian makanan dan penginapan terbaik. Hotel ikonik ini menawarkan pelbagai pengalaman yang unik dan konsep santapan Ramadan baharu bertemakan sajian warisan nusantara. Tahun ini, pihak hotel telah merancang pelbagai acara yang menyeronokkan serta promosi istimewa makanan dan minuman untuk memberikan tetamu merasai keistimewaan unik Ramadan bufet di The Pearl Kuala Lumpur.

Dari 14 Mac hingga 7 April 2024, The Pearl Hotel dengan berbesar hati mempersembahkan "Sajian Warisan Nusantara", sebuah sajian hidangan unik berasaskan sajian warisan turun temurun dari generasi ke generasi. Rebutlah peluang keemasan anda untuk membuat pembelian awal dengan harga istimewa. Di samping itu kami juga turut menawarkan Bufet Ramadan percuma kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan setiap pembelian baucar untuk seorang dewasa pada harga biasa.





Uniknya pada tahun ini adalah Bufet kami turut menyajikan pelbagai Aneka Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan. Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John & Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan.

Kesemua Gerai Ramadan ini menyajikan aneka pilihan untuk santapan anda pada Ramadan Bufet. Disamping Gerai Ramadan, Chef kami juga turut tampil dengan Sambal istimewa iaitu Sambal Hijau, Sambal Belacan dan Sambal Tumis yang dijual dengan harga RM15 sebotol. Antara menu istimewa lain yang dijual ialah Daging Tok Rendang (RM28), Ayam Masak Merah (RM18) dan Kupang Masak Hijau (RM28).





Pasukan Cef berbakat kami akan menghasilkan lebih dari 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa dan pastinya memikat selera, di samping hidangan Resipi Klasik Melayu, kami turut menyajikan Resipi Sajian Eropah, Resipi Sajian Klasik India, Resipi Sajian Arab & Mediterranean serta Resipi Sajian Klasik Cina. Bufet Ramadan kami pada tahun ini menyajikan pelbagai hidangan istimewa yang pastinya memukau selera anda. Dari juadah pembuka selera, hidangan utama hingga hidangan pencuci mulut, setiap menu yang disajikan mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.

Sudah pastinya kemuncak bufet kami ialah Kambing Panggang yang lembut dan diperap dengan baik. Selain daripada Kambing Panggang, hidangan buffet Ramadan kami menampilkan juadah asli seperti Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging dan tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Gerai Apam Balik Special, Waffle, Gerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan.




Di The Pearl Kuala Lumpur, kebanyakan hidangan yang disediakan diinspirasikan daripada resipi klasik turun- temurun dari zaman berzaman. Setiap hidangan disajikan dengan penuh kasih sayang dan kami pastinya ingin memberikan para pengunjung merasai nostalgia Sajian Warisan dengan resipi istimewa daripada Cef kami. Nikmati masakan Ramadan yang terbaik hanya di The Pearl Kuala Lumpur!




Di samping keenakan juadah Ramadan yang menambat selera anda, kami juga akan memberikan pelbagai baucar membeli-belah kepada anda daripada pelbagai jenis jenama dan servis yang terdapat di Pearl Shopping Gallery dan Pearl Point Shopping Mall seperti Jaya Grocer, Watsons, Nando’s, Old Town, Home’s Harmony, Tealive, Gong cha, HWC Coffee, Breadstory, BeauMedic, Eye Cube, Signature Optical, Anytime Aroma, La Gourmet, Hope Salon, Sen Space dan Fat Cat Cafe. Kesemua baucar ini akan diberikan secara rambang sepanjang bulan Ramadan. 

14 Mac – 24 Mac 2024 HARGA ISTIMEWA Dewasa : RM108+ Kanak-kanak : RM68+ Warga Emas atau OKU : RM88+

25 MAC – 7 APRIL 2024 HARGA BIASA PEMBELIAN 1 DEWASA PERCUMA 1 KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH Dewasa : RM128+ Kanak-kanak : RM78+ Warga Emas atau OKU : RM98+.


Untuk Tempahan : 016-331 8437 atau https://wa.link/snvhyv
016-331 8729 atau https://wa.link/u2s3mq
011-1162 4462 atau https://wa.link/gyh87n
016-331 8795 atau https://wa.link/hnzgcz
016-620 2070 atau https://wa.link/ofpa41
016-331 8794 atau https://wa.link/eulz7o

NUR SAKINAH NABILAH BTE MOHD NOR Penolong Pengurus Pemasaran HP : +011-2345 0704 Tel : + 603 7983 1111 Ext 3303



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang