"RASA” Cinta Disebalik Musim Bergema di Zepp Kuala Lumpur

Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Usia bukan lagi menjadi halangan buat ‘Papa Rock’ untuk terus mengabdikan dirinya pada muzik apatah lagi untuk beraksi dalam sebuah konsert yang berdurasi lebih daripada 2 jam. Siri jejalah yang bermula di Melaka kini diteruskan di pentas eksklusif. “ Rasa” merupakan album solo kesembilan Datuk Ramli Sarip. Zepp Kuala Lumpur menjadi saksi kelantangan vokal Ramli Sarip menerusi Konsert Jelajah Ramli Sarip - Cinta Di Sebalik Musim 2022 yang berlangsung pada 29 Oktober lalu. Lebih 1000 peminat setia Datuk Ramli Sarip telah hadir memenuhi lokasi konsert berlangsung. Meskipun tampak santai namun tenaga, vokal, semangat dan disiplin yang ditunjukkan beliau nyata memberikan impak buat mereka yang hadir. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Ramli menyampaikan 16 lagu daripada album solonya dan album bersama Sweet Charity seperti Sentosa Di Kubah Hayat, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang, Panah Beracun,...