Hujan Tidak Halang Lebih 7000 Peminat Wings Di Pulau Pinang



Pulau Pinang.

Oleh: Nazrul.

Kali terakhir Wings mengadakan konsert di Pulau Pinang ialah pada Disember 2014 iaitu ketika siri jelajah album Menakluk Kosmos, setelah lebih 8 tahun mereka akhirnya kembali mengembangkan sayap menerusi konsert Wings Mega Marhean@midtown Perda yang berlangsung pada 29 Oktober lalu.

 Konsert anjuran Hingaq Raudhah Idaman Catering & Event Management telah berjaya menghimpunkan lebih 7000 peminat setia kumpulan Wings.  Lebih mengujakan mereka sanggup berhujan demi menyaksikan kehebatan gergasi yang terus gah dalam industri muzik rock Malaysia.

 

Hujan yang turun sekitar jam 8 malam seakan tiada berpenghujung, malah mengimbau kenangan sewaktu Wings merayakan konsert 30 tahun penubuhannya di Stadium Merdeka pada 31 Oktober 2015 di mana situasinya hampir sama. 

 

Tepat jam 9.40 minit malam pentas Wings di buka dengan intro Pengabdian Ku Kekasih yang telah di garap melodinya menjadi orkestra yang pantas membangkitkan mood penonton untuk terus terpaku hingga ke akhir konsert.  3 Buah lagu menjadi santapan telinga hadirin iaitu Entah Kiri Entah Kanan, Jumpa Hilang dan Kau Bukan Brader.




 

“Maafkan kami kerana sedikit lewat, hujan yang turun bukan bencana malah kita anggap ianya adalah rahmat.  Maka kita harus aminkannya, terima kasih kerana anda masih setia meskipun hujan turun”, ujar Datuk Awie.

 

Usai menyapa peminat Wings terus mengalunkan lagu Misteri Mimpi Syakila, Opera Hidup dan Romania yang pantas mengundang paduan suara daripada peminat yang memenuhi lokasi persembahan. Seakan tiada noktah Wings terus menghambur segala kekuatan menerusi lagu Hukum Karma yang juga menjadi album kedua buat kumpulan ini. Meskipun melodi nya telah digubah namun auranya masih tetap sebati dengan jiwa yang amarah.

 

“Hari ni pula hujan, hari ni pula belakang saya krem, terima kasih kerana terus menyokong kami, jangan salahkan sesiapa ini semua adalah kuasanya”, tambah Awie.




 

Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan konsert kali ini terutama pihak penganjur yang berusaha keras merialisasikan konsert kali ini serta kepada Sayap Sayap Wings yang telah 15 tahun bersama membantu Wings untuk terbang lebih tinggi.

 

Belenggu irama terus menerawang membawa mood yang lebih santai. Awang Thrasher bertali arus dengan vokal penonton seraya di pintalan bersama jemari Eddie yang bertindak selaku bassis.

Bagi memberi sedikit ruang kepada anggota lain Edrie Hashim yang menggalas tugas menjerit dengan gitar hijaunya seusainya maka lagu Awang Thrasher dipersembahkan.



 “Alhamdulillah hujan telah pun reda, sudah 35 tahun usia lagu lagu tersebut alhamdulillah anda semua masih tahu lagu tersebut.”

Segmen kali ini adalah sebuah segmen yang didedikasikan khas buat Loudness dan Scorpions. Segmen ini mula kami perkenalkan ketika beraksi di Singapura dan juga di Zepp Kuala Lumpur baru baru ini.

Hes A Women Shes  A Man saduran daripada Scorpions. Sebuah lagu yang sarat dengan elemen heavy rock pastinya memberi kesepaduan dalam hentakan dan ketukkan drum daripada Black. Bagaikan peluru hentakan double paddle di lepaskan. Ares Lament dendangan Loudness turut menjadi pilihan Wings.

Penonton kemudian dibawa merentasi era kebangkitan Wings menerusi lagu Sekeping Kertas Bermaruah yang di petik daripada album  Belenggu Irama yang diriliskan pada tahun 1989 dan juga lagu Harapan. Penyatuan vokal penonton dan Awie menerusi lagu Taman Rasyidah Utama dan Bujang Senang membuktikan bahawa rata-rata penonton yang hadir adalah mereka yang membesar dengan lagu-lagu Wings.



Syam mula mengukir nama ketika album Belenggu Irama diriliskan pastinya tidak perlu di persoalkan kekuatan jemarinya dalam melaksanakan tugas sebagai  gitaris. Pentas kemudiannya di panaskan dengan lagu Lipas Kudung, seakan tiada bernoktah energi yang berkarisma berkesinambungan dengan Peronda Jaket Biru dan juga Sejati.

 

Gimik Wings untuk meninggalkan pentas sentiasa tidak menjadi apabila peminat mahukan persembahan diteruskan. Gemuruh  dan Midnight Blues menjadi seleksi penutup persembahan Wings.


Terdahulu penyampai radio Suria Fm iaitu Ajak Shiro, Shuib dan Suraya Borhan membuka pentas dengan pemberian cenderahati kepada penonton yang hadir manakala Tapai ditugaskan sebagai pengacara pada konsert Mega Marhean@ Midtown Perda Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang