Transkripsi Berevolusi Pertaruhan Farasu Menerusi Album Terbaru



Kuala Lumpur
Oleh: Nazrul.

Farasu cukup dikenali dalam kalangan pengikut underground kerana sudah menghasilkan tiga album
iaitu Menongkah Arus, Againts Tyranny dan Sulalatus Salatin.

Selain Malaysia, Farasu juga pernah mengadakan persembahan di Singapura, Indonesia, Taiwan,
China, Nepal dan Australia. Farasu cukup dikenali dalam kalangan pengikut underground kerana
sudah menghasilkan tiga album iaitu Menongkah Arus, Againts Tyranny dan Sulalatus Salatin.

Selain Malaysia, Farasu juga pernah mengadakan persembahan di Singapura, Indonesia, Taiwan,
China, Nepal dan Australia. Mereka juga tampil sebagai ‘opening act’ ketika Loudness mengadakan
konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2019.

Masih lagi mengekalkan anggota asal iaitu Shah Z – vokal, Nahax – gitar, Apai – bass dan Mus
Fidaiyyin – dram serta penambahan anggota baru iaitu Jack yang menggalas tugas sebagai gitaris.

Kreativiti dan kelainan menjadi sandaran utama Farasu dalam penampilan material seterusnya
sekaligus merayakan ulangtahun penubuhan Farasu yang ke 20 tahun. Namun mereka masih lagi
berpegang teguh kepada elemen nusantara yang diadun bersama melodi death metal.



“Bukan sesuatu yang mudah untuk mengendali, mengurus dan mengekalkan sebuah kumpulan
muzik tanpa wujudnya semangat perjuangan, persefahaman dan timbang rasa, keakraban serta
sikap saling menghormati antara anggota kumpulan”,
ujar Nahax sewaktu ditemui ketika Farasu
menjalani proses rakaman album terbaru di Melaka baru-baru ini.

“Komitmen tenaga, wang ringgit, masa dan kreativiti adalah tunjang utama buat seluruh anggota
Farasu bagi memastikan band ini kekal berada dalam mengharungi saingan semasa di arena muzik
metal tempatan. Apatah lagi ketika ini kita boleh lihat kemunculan pelbagai band yang hadir dengan
material yang cukup hebat susunan muzik dan pemainannya”,
katanya.

“Justeru itu, sempena merayakan penubuhan Farasu yang ke 20 tahun, takkan kami masih mahu
berada di acuan yang sama, idea yang sama, muzik yang sama, fan yang sama. Kami tidak mahu
menoleh ke belakang lagi”.

“Iltizam yang jitu seakan membuka evolusi muzik Farasu agar ianya menjadi ‘trendsetter’ peminat
muzik generasi kini, namun elemen nusantara tetap kami terapkan dalam album kali ini”.

Album terbaru yang kini dalam proses rakaman di RK39 Production Melaka serta mendapat
sentuhan Rahmad Ayob atau lebih di kenali sebagai Rahmad Kamikaze adalah bukti betapa mereka
inginkan kelainan berbeza daripada album terdahulu.

Nahax turut menjelaskan, lirikal Farasu masih lagi berinsiprasi daripada kisah-kisah dahulukala yang
bukan mitos tetapi fakta sebenar yang telah disembunyikan. Misalnya kisah Sultan Mahmud
Mangkat di Julang, Si Bongkok Tanjung Puteri, Gangga Negara, Perjuangan Raja Melewar, Lagenda
Gunung Ledang dan sebagainya.

“Pada tahun 2019, kami telah menghasilkan single yang berjudul Mendam Berahi dan Si Bongkok
Tanjung Puteri. Pelbagai komen positif telah kami terima daripada netizen serta peminat yang telah
mendengarnya, bertitik tolak dari situlah kami sepakat untuk mendapatkan khidmat Rahmad sebagai
Jurutera Bunyi untuk album ini”.

“Album kali ini bakal memuatkan 9 buah lagu yang berpaksikan lirikal melayu namun acuan muzik
yang digarapkan sarat dengan nuansa kebaratan tetapi kekal dengan elemen nusantara. Bezanya
kami tidak menyuntik gendang, nobat dan sebagainya secara live tetapi menggunakan kreativiti kami
sendiri”,
tambahnya.

“Mungkin kedengaran agak pelik, tetapi itulah yang cuba kami persembahkan menerusi album ini.
Harap apa yang kami impikan akan menjadi kenyataan”.



Menurut Farasu album ini akan diriliskan oleh Rockstage Entertainment, meskipun sebelum ini
mereka lebih selesa bergerak secara kendiri. Kali ini mereka ingin melangkah lebih jauh justeru itu
mereka memilih untuk bernaung di bawah label.

“Rockstage Entertainment hanya bertindak sebagai pengedar dan pengeluar, manakala Farasu masih
mendominasi produksi secara total. Farasu terpaksa keluar daripada kepompong bawah tanah jika
ingin terus berjaya”,
jelas Nahax.

Muzik yang berevolusi, bervisi serta kontemporari menjadi agenda utama perjuangan Farasu
menerusi album keempat selain merayakan 20 tahun ulang tahun penubuhannya.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang