Konsert Kolaboraci –Three Of Rock


Kolaboraci –Three Of Rock akan menghimpunkan artis daripada Indonesia, Singapura dan Malaysia. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kuala Lumpur

Oleh: Nazrul

Dimensi berbeza bakal di tampilkan di konsert Kolaboraci –Three of Rock yang akan berlangsung di SMESCO Convention Hall Jakarta Indonesia. Konsert yang akan di adakan pada 25 November ini turut menggabungkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kolaboraci –Three Of Rock akan menghimpunkan artis daripada Indonesia iaitu BIP, Pindad Rock Star, Erik & The Gotune dan Jhon Barhaend. Man Keedal, Lola dan Cliff Umar (Malaysia) serta Yazid Lovehunters (Singapura).

“Ianya mungkin kedengaran agak janggal kerana kami tidak hadirkan mereka dengan sebuah kumpulan tetapi menghimpunkan mereka menjadi sebuah kumpulan. Inilah keunikan yang cuba kami terapkan di konsert itu nanti”, ujar Dato Sheikh Jamal sewaktu sesi sidang media yang telah di adakan di Hard Rock Café Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara objektif konsert anjuran Aci Gold ini adalah untuk memberi kelainan kepada warna muzik rock serta konsert-konsert sedia ada. Ianya didatangkan dengan pakej pemuzik berpengalaman yang mendominasi nuansa rock itu sendiri.


Ybhg Dato' Sheikh Jamal (Penganjur). Foto: Azuddin Ahmad Zin.


“Peminat yang tidak berpeluang untuk menyaksikan konsert itu di Indonesia boleh menonton secara dalam talian atau streaming pada hari konsert berlangsung”, tambahnya. Man Keedal cukup teruja dengan apa yang dirancangkan oleh pihak penganjur, malah ianya menganggap mimpinya untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan lain sudah menjadi kenyataan, selain dapat beraksi di luar negara ianya dapat berkongsi pentas dengan artis-artis di Indonesia.

Man Keedal. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


“Rock itu luas definasinya, dimana dan bagaimana konsert itu di adakan saya tidak kisah, lagi pun kita serumpun. Umum sendiri sudah maklum bahawa kehebatan sesebuah konsert mahupun sistem audio yang terdapat di sana cukup hebat”, ujar Cliff Umar .

“Peluang yang saya dapat ini pastinya saya akan guna dengan sebaik mungkin, apatah lagi saya tampil dengan diiringi pemuzik yang cukup arif dengan instrumen yang mereka galas”, tambahnya.

Cliff Umar (Projek Pistol). Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Yazid Lovehunters pula menyifatkan bahawa konsert kali ini cukup berbeza kerana beliau terpaksa berada bersama dengan individu yang lain tetapi di gabungkan sebagai sebuah band. Namun beliau berjanji untuk memberikan komitmen yang jitu untuk konsert itu nanti.

Yazid (LoveHunters). Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Tiket-tiket pra jualan yang dijual dengan harga RM303 (VIP), RM152 (Tribune) dan RM75 (Festival) boleh di beli menerusi www.kolaboraci.online. Manakala peminat yang ingin menyaksikan secara atas talian boleh mendapatkan tiket yang berharga RM15 sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang