Konsert Wings Naga Kramat Berasap Berapi


Kuala Lumpur

Oleh: Nazrul.

Wings kini diibaratkan seumpama ‘jenama mahal’ yang bertopengkan genre rock pastinya tidak boleh dipertikaikan keupayaan permainan di luar batasan, angkuh dan penuh energi sewaktu beraksi di pentas.

Bertopengkan “Naga Kramat” yang menjadi tema juga merupakan album ke 10 kumpulan Wings, mereka gagah menawan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu. Konsert anjuran MW Mega dan Awie Entertainment berjaya menghimpunkan lebih 2500 peminat di lokasi yang cukup ekslusif.

Tepat jam 9.00 malam tirai konsert di buka dengan intro orkestra yang cukup dramatik diseragami dengan kehadiran anggota Wings yang tampil segak berbusana kolonial. Bagai peluru berhamburan mereka melontarkan lagu Entah Kiri Entah Kanan, Jumpa Hilang dan Lubuk Pusing yang di petik daripada album Naga Kramat lantas mengangkat tema konsert kali ini.

“Terima kasih kerana anda semua masih lagi menyokong Wings dari dulu hinggalah hari ini, tanpa anda semua mungkin kami tidak lagi berdiri di sini, lagu berikutnya adalah lagu Siti Nurhaliza”, ujar

Datuk Awie secara berseloroh lantas di sambut derai ketawa hadirin. “Ini musim orang gila kuasa, kita hampir bernafas dalam lumpur, kita juga bakal diberi harapan jadi pandai-pandailah memilih”, tambah Awie.



Biar kedengaran lucu hingga disambut derai tawa penonton, hakikatnya terselit sindiran halus untuk diambil peduli pihak berkaitan selain meminta orang ramai beringat menjelang musim Pilihanraya Umum Ke -15 (PRU15) ini.

Seleksi yang cukup panas dengan lontaran vokal bertali arus daripada Awie dan sayap-sayap Wings menerusi lagu Bernafas Dalam Lumpur, Opera Hidup, Romania dan Hukum Karma terus memecah keheningan malam. Padat dan sendat lari daripada muzik asal lagu-lagu tersebut memberi aura yang cukup berwarna.

Awie turut menjelaskan bahawa 37 tahun perjalanan Wings bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai rintangan dan halangan terpaksa mereka tempuhi untuk berada dalam industri sehingga hari ini. “Ini adalah konsert terakhir kami di Kuala Lumpur pada tahun ini, selepas ini kami semua akan berehat panjang sehingga aidilfitri pada tahun depan”, tambah Awie.


Kali ini peminat di persembahkan dengan lagu Ingatkan Dia, Jerangkung Dalam Almari dan Awang Thrasher. Seleksi yang sudah pasti mengimbau pelbagai memori sewaktu membesar dengan lagu- lagu tersebut samada peminat dahulu mahupun peminat yang baru mendampingi Wings.

Kredibiliti figura yang terbang bersama Sham, Edrie yang bertindak sebagai gitaris berjaya menambat peminat dengan petikan dan simpulan tali temali. Eddie yang berindak sebagai bassis terus menyulami untaian dengan bermelodi. Hentakkan dan pukulan Black sudah pasti memacak serta memacu arah tuju peminat. Muzik “Naga Kramat” diperindahkan lagi dengan larian jari jemari Rozario Rasul selaku kibordis.

“Wings bermula sekitar tahun 1985, ketika itu jika sesebuah kumpulan tidak membawakan lagu-lagu daripada kumpulan Loudness, Iron Maiden, Metallica mahupun Scorpions mereka di anggap menderhaka atau tidak peka kepada muzik semasa, kami juga tidak terkecuali”, ujarnya.


Berbeza daripada konsert-konsert sebelumnya Wings memang jarang sekali mempersembahkan lagu-lagu saduran daripada kumpulan lain, namun di konsert Naga Kramat mereka adakan tribute menerusi lagu Ares’ Lament (Loudness), He’s a Women, She’s a Man dan Is There Anybody There (Scorpions). Tanpa membiarkan penonton terus di buai kenangan Wings terus mengejutkan hadirin dengan lagu

Harapan, Taman Rasyidah Utama, Bujang Senang, Lipas Kudung, Peronda Jaket Biru dan Sejati. Seleksi yang cukup rencah dan resepi daripada Wings buat peminat.

Mereka kemudiannya meninggalkan pentas tanda gimik pengakhiran persembahan pada malam itu namun peminat masih tidak berganjak malah berterusan memangggil Wings untuk meneruskan persembahan.

Hajat terlaksana apabila Wings kembali beraksi dengan lagu Sekeping Kertas Bermaruah yang terdapat dalam album pertama berjudul “Belenggu Irama”. Gemuruh (album Double Trouble bersama Search) dan Dalam Kehadiran Sofiah (Jerangkung Dalam Almari).



Seperti dijanjikan,Wings menyempurnakan konsert Naga Kramat dengan penuh warna warni, padat dengan aksi serta gubahan melodi yang menarik demi memastikan kepuasan maksima peminat.

Wings sudah membina empayar dalam kelas tersendiri, baik dari segi persembahan vokal, permainan muzik, penataan bunyi dan cahaya hingga ke seleksi lagu.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang