Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

“Bukan saya tidak mahu bergerak bersama kumpulan namun kekangan masa, komitmen kerja saya serta ahli kumpulan itu sendiri yang membuatkan saya senang bersendiri”...WakDan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.
Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

Nama Syed Iskandar Syed Muhamad Rum atau lebih mesra dengan panggilan Wak Dan mula menjadi sebutan setelah muncul menerusi program Suara Viral 2.0 (Episod 2). Ketika itu WakDan tampil dengan menyampaikan lagu Meniti Titian Usang.

Suara Viral telah memberi harapan baru buat anak muda yang kini berusia 32 tahun untuk berada dan membina empayar dalam industri muzik tempatan. Meskipun namanya agak hijau namun itu bukanlah halangan untuk dia terus berusaha dan berdikari.

Bakatnya telah dihidu oleh beberapa syarikat rakaman malah turut menjadi perhatian beberapa kumpulan muzik yang mendambakan genre rock sebagai platform. Ini adalah kerana pakej yang dimilikinya selain vokal serta imej rock yang menjadi nadi denyutnya.

“Sebenarnya saya terlebih dahulu dikenali menerusi channel YouTube milik saya sendiri iaitu WakDan Barakudda sebelum saya menyertai program Suara Viral”, ujarnya

WakDan Barakudda lebih intim dengan mendendangkan lagu-lagu saduran yang berunsur rock berbanding genre lain. Menerusi platform media sosial tersebut Wak Dan dilihat sering tampil bersama kumpulan muzik namun sebenarnya dia lebih selesa bergerak sendiri.

“Bukan saya tidak mahu bergerak bersama kumpulan namun kekangan masa, komitmen kerja saya serta ahli kumpulan itu sendiri yang membuatkan saya senang bersendiri”, tambahnya

Wak Dan yang seringkali dilihat bersama kumpulan Melissa tidak pernah mengganggap bahawa dirinya adalah sebahagian daripada kumpulan tersebut, malah ianya bersifat sebagai penyanyi undangan meskipun ada spekulasi yang mendakwa dia adalah vokalis baru kumpulan tersebut.

“Ya saya akui ketika saya menyanyikan lagu Cinta Untuk Nabila dan Lambaian Sayonara sambil diiringi kumpulan Mellisa, ramai netizen yang beranggapan bahawa saya punyai vokal mirip penyanyi asal kumpulan tersebut” “Malah keakraban saya bersama Melissa seolah-olah saya adalah vokalis mereka, namun jauh disudut hati saya ianya lebih kepada projek sambilan yang belum tentu noktahnya”, tambahnya.

“Pada asalnya Rosli Selasih yang juga komposer lagu Nabila Untuk Cinta dimana ianya kesinambungan lagu Cinta Untuk Nabila untuk diberikan kepada saya, pada masa yang sama saya hadir dengan anggota kumpulan Mellisa”.

“Beliau sekadar mencadangkan agar saya menyanyikan lagu tersebut dengan menggunakan nama Wak Dan bersama Melissa. Mungkin ada salah faham disitu maka ramai yang beranggapan saya ketika itu telah rasmi menjadi vokalis”, tambahnya.

Wak Dan yang seringkali dilihat bersama kumpulan Melissa tidak pernah mengganggap bahawa dirinya adalah sebahagian daripada kumpulan tersebut. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Mohd Khair Ghazali (MKG) selaku pemilik Warisan Sounds akhirnya menawan WakDan, buktinya sebuah single telah dirialisasikan sepertimana impian Wak Dan yang ingin hadir dengan lagu sendiri yang berjudul Tiada Lagi Erti.

Idea untuk buat single ini dicetuskan pemilik Warisan Studio iaitu Wak Khair yang sentiasa melihat perkembangan karier seni saya. Dia berikan peluang kepada saya demi memastikan perjalanan karier tidak terhenti. Tak dinafikan mungkin ramai yang tak kenal saya dalam industri muzik. Jadi, saya perlu ada satu material," katanya.

“ Selain itu, saya juga impikan nak tubuhkan sebuah band satu hari nanti, namun semuanya bergantung pada rezeki, takdir dan waktu yang tentukan. Saya hanya mampu merancang namun semuanya atas ketentuanNya”, tambahnya.

Menyentuh tentang perkembangan kerjayanya sebagai rider, Wak Dan menjelaskan bahawa dia masih lagi meneruskan kariernya dan menganggap bahawa nyanyian ini hanya sebagai sambilan.

Ternyata single yang bernuansakan rock 80an itu berjaya mencuri perhatian peminat rock 80an apatah lagi ianya di datangkan dengan pakej lengkap klip video selain membariskan Man Keedal selaku gitaris undangan sekaligus melenyapkan spekulasi yang membelenggu Wak Dan selama ini.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang