 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Kuala Lumpur.
Oleh: Nazrul.
Usia bukan lagi menjadi halangan buat ‘Papa Rock’ untuk terus
mengabdikan dirinya pada muzik apatah lagi untuk beraksi dalam sebuah konsert
yang berdurasi lebih daripada 2 jam.
Siri jejalah yang bermula di Melaka kini diteruskan di pentas eksklusif.
“Rasa” merupakan album solo kesembilan Datuk Ramli Sarip. Zepp
Kuala Lumpur menjadi saksi kelantangan vokal Ramli Sarip menerusi Konsert Jelajah
Ramli Sarip - Cinta Di Sebalik Musim 2022 yang berlangsung pada 29 Oktober
lalu.
Lebih 1000 peminat
setia Datuk Ramli Sarip telah hadir memenuhi lokasi konsert berlangsung. Meskipun tampak santai namun tenaga, vokal,
semangat dan disiplin yang ditunjukkan beliau nyata memberikan impak buat
mereka yang hadir.
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Ramli menyampaikan
16 lagu daripada album solonya dan album bersama Sweet Charity seperti Sentosa
Di Kubah Hayat, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang, Panah Beracun,
Kekasihku, Dunia Perlumbaan, Irama Kasih, Batu, Keliru, Jikalau Berkasih, Cinta
Di Sebalik Musim, Adam & Hawa, Ronggeng Rakyat, Ribut 10.59 Pagi, Musibah
dan medley Kamelia / Teratai.
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Turut membuat
persembahan ialah Lefthanded yang kini dianggotai Datuk Nash (penyanyi) dan Man
Kidal (gitar) serta penampilan istimewa anak arwah Man Dayak yang menggalas
tugas sebagai pemain drum.
Mereka menyampaikan
lagu-lagu popular Lefhanded seperti Debunga Wangi, Ku Di Halaman Rindu, Seruan
dan Keadilan.
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Konsert
Jelajah Ramli Sarip - Cinta Di Sebalik Musim 2022 tidak akan meriah tanpa iringan pemuzik berpengalaman daripada Soul Journey yang
diketuai Rozario (keyboard), Ritz (gitar), Addy (gitar), Din Safari (bass), Tom
Annuar (dram) dan Mohar (seruling) dengan 'sound' mencengkam halwa telinga.
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
 |
Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Kuala Lumpur adalah
antara lokasi konsert jelajah ini yang bermula di Melaka 14 Oktober 2022. Zepp,KL 29 Oktober 2022. Selepas ini mereka akan ke Sarawak 20 November 2022, Kelantan pada 26
November 2022 ini, Alor Setar 16 Disember 2022 dan Sabah 28 Januari 2023.
Comments
Post a Comment