Posts

Showing posts from October, 2021

D'OTAI BOYZ MUNCUL DENGAN SINGLE 'PERMATA KU'

Image
30 Oktober 2021  Lagu terbaru kami bertajuk “Permata Ku” berentak lebih kepada Balada Rockestra. Sinopsis lagu ini mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab-sebab yan tertentu kemungkinan curang atau sakit. Terpulang pada pendengar yang menilaikan. Band D’OtaiBoyz ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal The OtaiBoyz tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang singkat setahun sahaja. Kini 2021, dapat meneruskan kembali band ini sebagai projek band dan bertukar nama ke D’OtaiBoyz. Kami pilih nama itu sebab untuk ketengahkan lagu-lagu malar segar (Otai) berentak “rock kapak” dan Boyz disebabkan nama vocalist kami iaitu Boy Botak. Kepada anda boleh mendengarkan lagu ini dipautan yang disertakan:  https://youtu.be/uTKqQ_KE0eo

PELANCARAN 'JOM JALAN-JALAN' PETRON MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TOURISM MALAYSIA

Image
  YB Dato' Sri Hjh Nancy Shukri (Menteri MOTAC) menerima cenderahati daripada Puan Faridah Ali  (Pengurus Besar Petron Malaysia). KUALA LUMPUR, 27 October 2021 —Seiring dengan pembukaan semula perjalanan domestik antara negeri, Petron Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia pada hari ini melancarkan kempen ‘Jom Jalan Jalan’ untuk mempromosikan pelancongan domestik.  Dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Nancy Shukri dan dihadiri oleh Pengurus Besar Petron Malaysia, Pn. Faridah Ali, kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini akan berlangsung selama lima bulan dan bertujuan untuk memberi ganjaran menarik kepada pelanggan termasuk pakej percutian dan wang tunai untuk meneroka tempat pelancongan menarik di dalam negara.  Petron bekerjasama dengan rakan pelancongan dan resort tempatan seperti Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! At Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Glamz Genting, Sepilok Forest Edge dan Culvert Santubong serta V

Selangor Perkenal Enakmen Penggerak Belia, Beri Iktirafan Terhadap Anak Muda

Image
 25 Oktober- Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan Enakmen Penggerak Belia yang akan dibentangkan di Dewan Negeri pada November ini.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ini bertujuan bagi mewujudkan suatu organisasi kukuh bagi mendekati belia dan persatuan belia negeri Selangor.  “Ini selaras dengan kajian-kajian yang telah kita lakukan, kita punyai ‘attachment’ dengan Universiti Putra sebagai contoh sebelum inidan beberapa institusi lain supaya program anak muda dan belia sentiasa releven. “Kita membuktikan bahawa negeri Selangor sebuah negeri yang menyatuni dan melayani semua pihak termasuk kelompok anak muda,” katanya dalam Program Penyerahan Watikah Penggerak Belia Selangor (PeBS) di Dewan Jubli Perak pada Ahad.  Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan penyerahan watikah ini merupakan tanda kepercayaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada pemimpin muda di Selangor.  “Kerajaan Negeri

Kempen Siri Jelajah Selangor Bekerja 2021

Image
 

SIRI PERTAMA JELAJAH SELANGOR BEKERJA 2021

Image
23 Oktober 2021-Shah Alam  Kerajaan Negeri memandang berat tentang kadar pengangguran yang semakin meningkat sejak penularan pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menganjurkan Jelajah Selangor Bekerja 2021 dari 23 Oktober 2021 sehingga Disember 2021.  Bagi siri pertama, Jelajah Selangor Bekerja 2021 telah berlangsung di Dewan Jubii Perak, Pejabat SUK Selangor, Shah Alam pada hari ini. Siri pertama jelajah ini menawarkan hampir 3000 peluang pekerjaan yang meliputi pelbagai sektor seperti aeroangkasa, perkhidmatan, pembuatan, pemakanan, kewangan, logistik, automotif, senireka dan sebagainya. Siri pertama jelajah ini melibatkan lebih 40 majikan. Antara syarikat ternama yang terlibat seperti Proton Edar, Parkson Corporation Sdn Bhd, Ayamas Food Sdn Bhd, Nando’s, Daikin Malaysia, Old Town White Coffee, Prudential BSN Takaful, GE Aerospace, PHN Industry, Panasonic dan banyak lagi dari sektor pekerjaan.  Setakat ini, program ini mencatatkan penerimaan hampir 10 ribu

PERMAS BANTAH PENGGUNAAN NAMA 'TIMAH' PADA ARAK

Image
  19 Oktober 2021- Kuala Lumpur Timbalan Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Ybhg Dato' Ismail Awang hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, KL membantah mengenai penggunaan nama 'TIMAH' pada jenama arak serta logo dipercayai wajah seorang alim ulama Islam. Beliau juga menganggap ianya biadap serta tidak sopan terhadap seluruh umat islam nusantara. Belaiu memohon pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu tersebut. Sementara itu Ybhg Dato' Yusri (Pengerusi PERMAS WP) merasa terkilan serta dukacita kelulusan di atas jenama 'TIMAH' pada arak yang dikeluarkan. Beliau berharap pihak-pihak yang berkenaan dapat jalankan tugas sebaik mungkin agar dapat menjaga kerharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia.    

SUMBANGAN MINYAK PETROL OLEH PPIM DAN YAYASAN AFDLIN SHAUKI (YAS)

Image
 19 Oktober 2021-Kuala Lumpur PPIM melalui Ketua Aktivis nya Ybhg Dato' Nadzim Johan dan Pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS) Dato' Afdlin Shauki sudi turun padang dengan memberikan minyak petrol untuk 300 penunggang motosikal secara percuma. Program ini bagi meringankan sedikit bebanan kepada penerima di kala negara dilanda wabak Covid 19.

KENYATAN MEDIA PEKEMAS MALAYSIA BERKAITAN ISU JENAMA ARAK TIMAH

Image
  18HB OKT 2021-KUALA LUMPUR Saya, Faizan Mohd Nor, Presiden PEKEMAS MALAYSIA, telah membuat laporan polis terhadap satu laporan dalam media social Facebook semasa saya berada di bangunan MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 16hb Oktober 2021, terlihat pelancaran Wiski buatan Malaysia jenama “Timah” yang dikatakan sebagai pemenang anugerah wiski terbaik dari Malaysia, dimana majlis pelancaran berlangsung secara live pada 7hb Oktober 2021, dirasmikan oleh pengarah Winepak Corporation dalam suasana penuh kebaratan dan dipenuhi dengan Arak koktel di siarkan secara live dan terbuka. Kami meminta satu kertas siasatan dibuka dengan memanggil pihak pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung:  1. Gilbert Yeo dan Kenny Teo, Pengarah Syarikat Winnepeg Corporation.  2. Kementerian Berkaitan iaitu KPDNHEP yang memberi kelulusan Arak dan penggunaan nama Timah yang begitu mengelirukan.  3. Menteri Agama yang begitu lantang pengharaman Arak di Malaysia, dipanggil untuk menjawab isu pengun

BIDADARI MALAYSIA BERKEMPEN BASMI ISU KEMISKINAN HAID

Image
Sabtu 16/10/2021-Subang Jaya Kenyataan dari: Puan Napsiah bt Khamis Pengerusi BIDADARI Malaysia Semenjak pandemik COVID19 melanda Negara dan sepanjang 24 bulan terakhir ini, hampir setiap minggu BIDADARI tekun menyantuni masyarakat khususnya golongan wanita dalam rangka Kempen Kemiskinan Haid atau ‘Period Poverty’.  Sambutan dan respons dari kumpulan sasar kempen ini sangat menggalakkan khususnya dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah (B40), kumpulan rentan, golongan miskin bandar dan pedalaman.  Kerana itu, merasakan bahawa isu kemiskinan haid ini begitu mendesak, BIDADARI telah meluaskan program dengan melancarkan kempen bukan sahaja di Semenanjung malah melangkau Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak.  Pada masa yang sama BIDADARI turut berafliasi dan menjalin kerjasama di peringkat antarabangsa bersama-sama dengan NGO dari Indonesia dan juga India disamping bakal berkerjasama dengan NGO-NGO dani Ireland, Australia dan USA. Kesempatan yang berharga untuk bertukar maklumat

MAJLIS PENYERAHAN INISIATIF RODA D/E (RIDE) PERINGKAT DUN SG KANDIS

Image
 16 Oktober: Inisiatif Roda Darul Ehsan atau dikenali sebagai RiDE adalah salah satu inisiatif membantu golongan belia dalam aspek kewangan dan menggalakan golongan belia untuk menceburi bidang ekonomi gig di kawasan Dewan Undangan Sungai Kandis. Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal negeri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata seramai 100 orang yang terpilih telah mendapatkan bantuan ini. "Penerima seramai 100 orang namun untuk majlis perasmian hari ini, kita memilih 40 orang penerima terpilih.  "Saya mengucapkan terima kasih kepada Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman kerana menggerakkan program ini bagi pekerja penghantaran di negeri ini," katanya ketika ditemui di Padang Rakyat Jalan Kebun hari ini. Ujarnya, beliau mengharapkan semua penerima bantuan dapat menggunakan bantuan ini sebaiknya. "Kepada semua penerima, saya mengharapkan mereka menggunakan inisiatif ini sebetulnya, untuk penyelenggaraan, minyak dan sebagainy

PELANCARAN 'SKIDOO' MALAYSIA-PERKHIDMATAN PENGHANTARAN OLEH YB TUAN FAHMI FADZIL (AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI).

Image
 Kuala Lumpur, 15 Oktober 2021 — Perkhidmatan penghantaran sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, dan pandemik yang melanda telah mendorong peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran yang lebih baik dan lebih cekap di negara ini. Memperkenalkan SKIDOO, penyedia perkhidmatan penghantaran terbaru yang menawarkan pelbagai perkhidmatan penghantaran untuk perniagaan, urusan perpindahan, makanan dan bungkusan peribadi, semuanya dengan harga yang berpatutan yang semestinya mengutamakan kepentingan pelanggan.  SKIDOO Malaysia telah dilancarkan secara rasmi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi Fadzil. “Negara kita sedang berusaha untuk kembali kepada keadaan normal seperti sediakala, namun satu perkara adalah jelas; perkhidmatan penghantaran akan terus menjadi perkhidmatan yang penting kepada rakyat Malaysia dan saya gembira kerana dapat melihat perkhidmatan seumpama ini dimulakan di kawasan ini. Kita memerlukan lebih ramai lagi usahawan d