PELANCARAN 'JOM JALAN-JALAN' PETRON MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TOURISM MALAYSIA

  YB Dato' Sri Hjh Nancy Shukri (Menteri MOTAC) menerima cenderahati daripada
Puan Faridah Ali (Pengurus Besar Petron Malaysia).


KUALA LUMPUR, 27 October 2021 —Seiring dengan pembukaan semula perjalanan domestik antara negeri, Petron Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia pada hari ini melancarkan kempen ‘Jom Jalan Jalan’ untuk mempromosikan pelancongan domestik. 

Dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Nancy Shukri dan dihadiri oleh Pengurus Besar Petron Malaysia, Pn. Faridah Ali, kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini akan berlangsung selama lima bulan dan bertujuan untuk memberi ganjaran menarik kepada pelanggan termasuk pakej percutian dan wang tunai untuk meneroka tempat pelancongan menarik di dalam negara. 

Petron bekerjasama dengan rakan pelancongan dan resort tempatan seperti Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! At Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Glamz Genting, Sepilok Forest Edge dan Culvert Santubong serta VIP Pass Holidays (Malaysia) dan TREVO Malaysia untuk menyediakan hadiah pakej percutian yang menyeronokkan. 





Kempen ini akan memberi ganjaran kepada 1,156 pemenang termasuk 56 pelanggan bertuah yang akan muncul sebagai pemenang hadiah utama di sepanjang tempoh lima bulan kempen berlangsung. Pakej percutian yang akan dimenangi merangkumi pakej 3 hari 2 malam (3H2M) yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menikmati alam semula jadi di beberapa tapak glamping terbaik di Malaysia melalui penginapan glamping, aktiviti rekreasi dan pengalaman kulinari menarik yang disesuaikan dengan lokasi negeri tersebut. 

Enam pemenang akan memenangi Hadiah Utama berupa pakej percutian yang bernilai sehingga RM20,000 dari Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sepilok Forest Edge atau Culvert Santubong beserta wang tunai dan tajaan minyak daripada Petron. Setiap pemenang Hadiah Utama boleh membawa enam (6) hingga sepuluh (10) ahli keluarga dan rakan rakan untuk bersama-sama menikmati pengalaman glamping yang tidak dapat dilupakan.

Selain daripada hadiah utama, sepuluh (10) pelanggan juga akan memenangi pakej percutian bernilai RM5,000, wang tunai dan tajaan minyak secara bulanan bermula dari November 2021 hingga Mac 2022. Setiap pemenang boleh membawa hingga empat (4) orang ahli keluarga dan rakan-rakan. 

100 lagi pemenang hadiah saguhati yang akan dipilih setiap bulan akan menerima baucar penginapan hotel VIP Pass 7 hari 6 malam bernilai RM2,000, wang tunai RM300 dan mata ganjaran PMiles bernilai RM300. Tambahan lagi, 1,000 pemenang mingguan pula akan menerima mata ganjaran PMiles bernilai RM200 setiap seorang. 

Menyokong kempen ini, YB Dato’ Sri Nancy Shukri percaya bahawa hadiah pakej percutian yang diberikan lengkap beserta tajaan minyak dan elaun perbelanjaan akan memberi sum…untuk hadiah tempat pertama. Pelanggan perlu meleret kad Petron Miles mereka apabila membuat pembelian untuk menyertai pertandingan ini. Kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini bermula Oktober 2021 sehingga Mac 2022. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman www. petronmiles.com




Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang