MAJLIS PENYERAHAN INISIATIF RODA D/E (RIDE) PERINGKAT DUN SG KANDIS


 16 Oktober: Inisiatif Roda Darul Ehsan atau dikenali sebagai RiDE adalah salah satu inisiatif membantu golongan belia dalam aspek kewangan dan menggalakan golongan belia untuk menceburi bidang ekonomi gig di kawasan Dewan Undangan Sungai Kandis.

Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal negeri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata seramai 100 orang yang terpilih telah mendapatkan bantuan ini.




"Penerima seramai 100 orang namun untuk majlis perasmian hari ini, kita memilih 40 orang penerima terpilih.

 "Saya mengucapkan terima kasih kepada Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman kerana menggerakkan program ini bagi pekerja penghantaran di negeri ini," katanya ketika ditemui di Padang Rakyat Jalan Kebun hari ini.



Ujarnya, beliau mengharapkan semua penerima bantuan dapat menggunakan bantuan ini sebaiknya.

"Kepada semua penerima, saya mengharapkan mereka menggunakan inisiatif ini sebetulnya, untuk penyelenggaraan, minyak dan sebagainya malah membantu meringankan beban mereka sepanjang pandemik ini," katanya.


Mengulas lanjut, beberapa insiatif yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat adalah Halal Suri untuk memperkasakan wanita menjual produk-produk halal dalam bentuk 'frozen' pada 14 November 2021.

"Peserta kita pilih sebanyak 60 orang setiap DUN kita pilih dua orang. Konsepnya adalah berniaga di rumah dan pendapatan mereka di bawah RM2,000," katanya.








Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang