Selangor Perkenal Enakmen Penggerak Belia, Beri Iktirafan Terhadap Anak Muda



 25 Oktober- Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan Enakmen Penggerak Belia yang akan dibentangkan di Dewan Negeri pada November ini.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ini bertujuan bagi mewujudkan suatu organisasi kukuh bagi mendekati belia dan persatuan belia negeri Selangor. 

“Ini selaras dengan kajian-kajian yang telah kita lakukan, kita punyai ‘attachment’ dengan Universiti Putra sebagai contoh sebelum inidan beberapa institusi lain supaya program anak muda dan belia sentiasa releven.

“Kita membuktikan bahawa negeri Selangor sebuah negeri yang menyatuni dan melayani semua pihak termasuk kelompok anak muda,” katanya dalam Program Penyerahan Watikah Penggerak Belia Selangor (PeBS) di Dewan Jubli Perak pada Ahad. 





Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan penyerahan watikah ini merupakan tanda kepercayaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada pemimpin muda di Selangor. 

“Kerajaan Negeri telah mewujudkan PeBS yang terdiri daripada 280 lantikan di seluruh Selangor bagi mengurus penglibatan belia.

“Kita mengharapkan para pemimpin PeBS dapat terlibat aktif untuk menentukan corak masa depan negeri Selangor selaras dengan slogan Kita Selangor,” katanya. 

Seramai 10 Exco Jawatankuasa Induk PeBS dan 280 PeBS menerima watikah pelantikan daripada Menteri Besar. 

Mereka akan digerakkan ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daerah bagi membina hubungan kerjasama antara kerajaan Negeri dan belia di lapangan.



Wartawan: Serene

Foto: Azuddin


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang