KENYATAN MEDIA PEKEMAS MALAYSIA BERKAITAN ISU JENAMA ARAK TIMAH

 


18HB OKT 2021-KUALA LUMPUR

Saya, Faizan Mohd Nor, Presiden PEKEMAS MALAYSIA, telah membuat laporan polis terhadap satu laporan dalam media social Facebook semasa saya berada di bangunan MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 16hb Oktober 2021, terlihat pelancaran Wiski buatan Malaysia jenama “Timah” yang dikatakan sebagai pemenang anugerah wiski terbaik dari Malaysia, dimana majlis pelancaran berlangsung secara live pada 7hb Oktober 2021, dirasmikan oleh pengarah Winepak Corporation dalam suasana penuh kebaratan dan dipenuhi dengan Arak koktel di siarkan secara live dan terbuka. Kami meminta satu kertas siasatan dibuka dengan memanggil pihak pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung: 

1. Gilbert Yeo dan Kenny Teo, Pengarah Syarikat Winnepeg Corporation. 

2. Kementerian Berkaitan iaitu KPDNHEP yang memberi kelulusan Arak dan penggunaan nama Timah yang begitu mengelirukan. 

3. Menteri Agama yang begitu lantang pengharaman Arak di Malaysia, dipanggil untuk menjawab isu pengunaan nama ‘Timah” seakan akan menghina Islam (anak perempuan Nabi Muhamad bernama Fatimah) dan pelancaran nya hampir . kepada tarikh sambutan Maulidur Rasul pada bulan Oktober 2021. 


  Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam ialah agama rasmi persekutuan, sensiviti umat islam harus dijaga bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh mengundang perbalahan kaum di Malaysia. Justeru itu kami meminta pihak polis telus dalam menjalankan siasatan dan kami meminta Arak Timah ini diberhentikan penjualannya sehingga siasatan menyeluruh dijalankan ke atas semua yang terlibat.

 PEKEMAS khuatir dan bimbang sekirannya diteruskan jualannya di pasaran akan mengundang remaja remaja Islam untuk membeli dan akibatnya akan berlaku pelbagai isu isu social dikalangan orang islam khususnya remaja dan belia.

PEKEMAS MALAYSIA juga meminta pihak pihak tertentu diperingkat atasan di panggil sekiranya terlibat dalam memberi kelulusan dan endorsement serta segala bentuk unsur unsur rasuah dalam memberi kelulusan ARAK TIMAH ini perlu diambil tindakan sewajarnya sebelum banyak lagi kelulusan diberikan dengan sewenang wenang nya tanpa mengambil kira sensiviti masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti serta islam adalah agama rasmi Persekutuan.



Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang