BIDADARI MALAYSIA BERKEMPEN BASMI ISU KEMISKINAN HAID

Sabtu 16/10/2021-Subang Jaya

Kenyataan dari:

Puan Napsiah bt Khamis

Pengerusi BIDADARI Malaysia


Semenjak pandemik COVID19 melanda Negara dan sepanjang 24 bulan terakhir ini, hampir setiap minggu BIDADARI tekun menyantuni masyarakat khususnya golongan wanita dalam rangka Kempen Kemiskinan Haid atau ‘Period Poverty’. 

Sambutan dan respons dari kumpulan sasar kempen ini sangat menggalakkan khususnya dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah (B40), kumpulan rentan, golongan miskin bandar dan pedalaman. 

Kerana itu, merasakan bahawa isu kemiskinan haid ini begitu mendesak, BIDADARI telah meluaskan program dengan melancarkan kempen bukan sahaja di Semenanjung malah melangkau Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak. 

Pada masa yang sama BIDADARI turut berafliasi dan menjalin kerjasama di peringkat antarabangsa bersama-sama dengan NGO dari Indonesia dan juga India disamping bakal berkerjasama dengan NGO-NGO dani Ireland, Australia dan USA. Kesempatan yang berharga untuk bertukar maklumat dan berkongsi pengalaman. 

Sepanjang menyantuni golongan wanita di dalam program kemiskinan haid ini, kami mendapati sesungguhnya isu ini sangat serius dan memerlukan tindakan segera yang mendesak. 

Kami mendapati akibat kekangan kewangan yang tentunya diburukkan lagi oleh pandemiks COVID19, ramai wanita yang terpaksa menderita dalam diam dek kerana tidak berkemampuan membeli tuala wanita. 

Dapatan BIDADARI ini selari dengan hasil kajian Dr Sharifah Fatimah Alzahrah Al-Attas daripada UIAM yang mendedahkan isu kemiskinan haid bukan sahaja membimbangkan malah keadaan sudah menjadi semakin meruncing. 

Tentunya kemiskinan haid ini sangat berkaitan dengan isu kesihatan wanita dan penerusan generasi. Menginsafi akan kemiskinan haid yang semakin meruncing, BIDADARI berpandangan bahawa sudah sampai masanya Kerajaan melalui 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu lebih proaktif menangani dan menyelesaikan isu ini dengan kadar amat segera. Demikian itu, BIDADARI mendesak Kerajaan perlu mengambil paling kurang langkah-langkah berikut:

1). Kerajaan memberikan subsidi kepada semua ‘menstruation product’ supaya harga menjadi lebih murah dan mampu beli serta tidak membebankan; 

2). Kerajaan memberikan tuala wanita percuma khususnya kepada pelajar-pelajar perempuan/ remaja di sekolah menengah di pedalaman; dan 

3). Pindaan undang-undang bagi membolehkan majikan memberikan cuti selama satu (1) hari disebabkan ‘period pain’ tanpa menolak gaji atau cuti tahunan.  



BIDADARI mendesak ketiga-tiga tuntutan dimasukkan di dalam Pembentangan BAJET 2022 dan mendesak supaya dilaksanakan dengan segera bagi faedah dan kebajikkan wanita di negara ini. Menurut statistics tahun 2017 terdapat kira-kira 9.5 juta orang tenaga kerja wanita yang boleh mendapat manfaat sekiranya kerajaan bersedia melaksanakan tuntutan - tuntutan ini.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang