SIRI PERTAMA JELAJAH SELANGOR BEKERJA 2021


23 Oktober 2021-Shah Alam

 Kerajaan Negeri memandang berat tentang kadar pengangguran yang semakin meningkat sejak penularan pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menganjurkan Jelajah Selangor Bekerja 2021 dari 23 Oktober 2021 sehingga Disember 2021. 

Bagi siri pertama, Jelajah Selangor Bekerja 2021 telah berlangsung di Dewan Jubii Perak, Pejabat SUK Selangor, Shah Alam pada hari ini. Siri pertama jelajah ini menawarkan hampir 3000 peluang pekerjaan yang meliputi pelbagai sektor seperti aeroangkasa, perkhidmatan, pembuatan, pemakanan, kewangan, logistik, automotif, senireka dan sebagainya. Siri pertama jelajah ini melibatkan lebih 40 majikan. Antara syarikat ternama yang terlibat seperti Proton Edar, Parkson Corporation Sdn Bhd, Ayamas Food Sdn Bhd, Nando’s, Daikin Malaysia, Old Town White Coffee, Prudential BSN Takaful, GE Aerospace, PHN Industry, Panasonic dan banyak lagi dari sektor pekerjaan. 



Setakat ini, program ini mencatatkan penerimaan hampir 10 ribu pendaftaran di portal rasmi Jelajah Selangor Bekerja 2021. Program ini berkonsepkan temuduga secara hybrid iaitu atas talian dan fizikal, serta tidak mengabaikan standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan iaitu, pemeriksaan suhu, imbas.

MySejahtera dan menjaga penjarakan sosial. Walk-in interview hanya dibenarkan kepada mereka yang lengkap 2 dos vaksin. Siri Kedua Jelajah Selangor Bekerja 2021 pula akan diadakan di Kuala Selangor pada 30 Oktober ini. 

Diharapkan rakyat Selangor khususnya belia dapat mengambil peluang di atas inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan mendoftar di website www.selancorbekera.com.m . Kerajaan Negeri berharap inisiatif ini dapat mengembalikan kerjaya kepada mereka yang hilang pekerjaan seterusnya mengaktifkan semula ekonomi Negeri Selangor pasca krisis pandemik COVID-19. 


YB MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan

Dan Modal Insan Negeri Selangor Darul Ehsan.


Comments

Popular posts from this blog

ENAM ARTIS BAKAL JAYAKAN KONSERT MAKAN MALAM (A.M.A.L) ANUGERAH MALAM AMAL LAGENDA

RAMADHAN PREBIU GALERI NOSTALGIA LEGENDA DI PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi Muda Dengan Subang, Untuk Subang