Posts

Showing posts from October, 2019

Datuk Ramli Sarip Dan Ella Bakal Bergabung Dalam Konsert 'KEMBARA KITA'

Image
Bermula dengan kembara muzik rock yang beza arah tuju dan haluannya, takdir akhirnya menemukan lagenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip dengan Ella Aminuddin di  persimpangan yang sama. Segalanya bermula apabila Datuk Ramli Sarip diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai produser untuk album studio Ella setelah ratu rock tanah air ini mengambil keputusan untuk bergerak secara solo selepas mencapai kejayaan bersama Ella & The Boys termasuklah pengli batan mereka di dalam Battle Of The Bands.  Akhirnya muncullah kolaborasi di antara Datuk Ramli Sarip dan Ella sebagai produser-penyanyi menerusi tiga album studio iaitu Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (awal 1990) dan Identiti (akhir 1990).  Pengemis Cinta menampilkan lagu hits seperti Pengemis Cinta dan Permata Biru, Puteri Kota (Tiada Tangis Lagi, Kembara Kita dan Puteri Kota), manakala Identiti pula (Kasih, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Cinta Selembut Sutera).  "Waktu saya mula-mula ke

500 Peminat Dirai Dalam Konsert Eksklusif "The Singing Pizza"

Image
Pizza Hut and Universal Music Malaysia sekali lagi telah berkoloborasi dengan membawakan pengalaman istimewa buat penggemar pizza dan muzik di malam penuh pesona menerusi konsert ‘The Singing Pizza’! Seramai 500 orang peminat hadir ke konsert eksklusif tersebut yang menampilkan tujuh artis-artis terkemuka Malaysia; Alvin Chong; duo tempatan Mandopop terkenal, ThomasJack; bintang hip-hop, Aman Ra; penyanyi pop harapan, Shalma Eliana; dan vokalis Mandopop tersohor, Zen.  yang berlangsung di Bentley Music Auditorium di Petaling Jaya Sabtu lalu. Konsert yang dibawakan khas buat rakyat Malaysia selepas beberapa siri aktiviti bertemakan minat dan kesungguhan dijalankan di bawah kempen “The Singing Pizza” ini merupakan sebuah kerjasama dua industri di antara Pizza Hut Malaysia dan Universal Music Malaysia, untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani hidup dengan lebih bermakna menerusi pengalaman menikmati piza yang dipertingkat menerusi e

“Dogma Dunia Baru” Grausig

Image
Grausig bukanlah band yang harus dipinggirkan  apatah lagi mereka telah mewarnai persada hiburan berat Indonesia sejak tahun 1990an lagi.  Meskipun telah tampil dengan pelbagai album studio ternyata album ke enam mereka yang berjudul Dogma Dunia Baru masih lagi di nominasi dengan nuansa oldschool death metal. Dogma Dunia Baru telah diriliskan pada tahun 2018 dan hadir dengan barisan penggempur baru iaitu Bolonk (Vokal), Ewin (Bass), Septian (Gitar), Mame ( Gitar & Backing Vokal), dan Denny (Drum).  Grausig menterjemahkan setiap lagu yang mewarnai Dogma Dunia Baru dengan rencah dan acuannya sendiri namun masih utuh pada paksi death metalnya.  8 buah lagu memecah halwa dengar dengan mengekalkan bahasa Indonesia sebagai pengantara. Sarat dengan tema kritikan sosial secara terus agar pendengar hadam dengan mesej yang hendak di sampaikan selain sarat dengan lontaran vokal growl yang penuh amarah seraya petikan gitar serta hentakan padu drum yang menguatkan lagi aspirasi Gr

Ella, Hujan, Pop Shuvit dan Bunkface Antara Yang Bakal Beraksi Pada Konsert Housboom Music 2019

Image
Konsert Housboom Music 2019 bakal menghimpunkan 7000 penonton dan dibarisi oleh nama-nama besar penyanyi dan kumpulan muzik. Tiket konsert bakal dijual serendah RM30 untuk persembahan skala besar selama 7 jam  Gabungan genre muzik rock, hip hop , reggae dan ska diatas satu pentas konsert Susulan kejayaan penganjuran Housboom Music pada tahun 2018, syarikat minuman tempatan, Housboom bakal menganjurkan sebuah konsert berskala besar 'Housboom Music 2019' pada 10 November 2019 bertempat di The Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan. Konsert HM2019 yang bakal berlansung selama 7 jam bermula  seawal 3 petang sehingga 10 malam itu akan dibarisi oleh nama-nama besar penyanyi serta kumpulan muzik tersohor seperti Ella, Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang dijangka bakal menarik seramai lebih 7000 peminat musik tempatan. Gabungan unik antara genre muzik rock, hip hop, reggae dan

Nizam Laksamana, Aming Spring Dan Amir Ukays Bakal Jayakan Showcase Amal Lagenda 90an

Image
Sebuah Showcase Amal Artis Legenda 90an (2.0) bakal diadakan pada 31 Januari 2020 yang dianjurkan oleh Nizam Laksamana Production dan Saudaar Seni. Acara tersebut diadakan berikutan kejayaan Showcase terdahulu yang telah berlangsung pada 22 Februari 2019 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.  Pihak penganjur terpanggil untuk mengadakan showcase ini sekali lagi kerana melihat keadaan semasa penggiat-penggiat seni yang melalui fasa kepayahan hidup lantaran masalah kesihatan sehingga ada yang tidak lagi mampu meneruskan kerjaya yang selama ini menampung perbelanjaan kehidupan.  Melalui penganjuran showcase amal ini, pihak penganjur berharap dapat kembali mengumpul rakan-rakan artis yang masih aktif berkarya dan membuat persembahan untuk merasa denyut nadi rakan-rakan penggiat seni yang sedang mengalami detik pedih kehidupan dengan turut serta membantu membuat persembahan.  Pihak penganjur juga berterima kasih atas pengorbanan setiap seorang dari mereka ini apabila sanggup turu

Kehangatan Maharaja Lawak Mega 2019 Kembali Membara

Image
Program realiti pertandingan komedi yang paling dinanti-nantikan  oleh peminat tegar lawak di rantau ini , Maharaja Lawak Mega kini kembali menemui peminat-peminat bagi edisi 2019. MLM 2019 bakal membuka tirainya secara rasmi pada setiap hari Jumaat mulai 1 November 2019, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut MLM 2019' akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan distrim melalui platform Astro Go dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.  Majlis bagi memperkenalkan para peserta MLM 2019 telah diadakan petang tadi bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Antara barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan 'Cali' dari Brunei, 'Bocey', 'Zero', 'Rare', 'Puteh', 'Stone', Jambus', 'Rojak' dan juga juara program 'Muzikal Lawak Superstar musim pertama, 'J-

Konsert Siri Jelajah Loudness Rise To Glory Di KL

Image
Ketika era kegemilangan muzik rock di Malaysia pada 1980-an, nama Loudness tidak lekang daripada bibir peminat muzik rock tempatan.  Mereka telah mencetuskan fenomena dalam arena muzik rock tempatan terutama pada pertengahan 80-an kini akan beraksi sekali lagi di Malaysia.   Loudness yang kini dianggotai Minoru Niihara (penyanyi), Akira Takasaki (gitar), Masayoshi Yamashita (bass) dan Masayuki Suzuki (dram - pemain dram asal mereka, Munetaka Higuchi meninggal dunia pada 2008) ini cukup dekat dengan rocker Malaysia.   Meskipun ianya sudah memasuki edisi ketiga mereka mengadakan persembahan di Malaysia namun auranya masih kuat di sanubari peminat tegar kumpulan yang berasal daripada negara matahari terbit ini. Kumpulan yang cukup dikenali di seluruh pelosok dunia itu akan mengadakan konsert Loudness Rise To Glory Tour:Malaysia 2019 di The Bee, Publika Kuala Lumpur bermula pukul 7 malam pada 10 November ini. Kedatangan mereka adalah untuk mempromosikan album terbaharu

Dato Hattan Kembali Dengan '5 Oktober'

Image
Dato Hattan muncul kembali dengan single terbarunya yang berjudul ”5 Oktober" . Kemunculan yang sememangnya amat sangat dinantikan oleh peminat-peminat. Kali terakhir Dato Hattan melancarkan album yang berjudul Indrawala pada 2010 yang mengandungi 5 buah lagu.  Seperti yang sedia maklum, Dato Hattan yang popular sebagai penyanyi solo sejak tahun 1991. Beliau juga telah melahirkan deretan album-album yang mengandungi banyak lagu popular sepanjang zaman. Antara lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Rindu Bertandang Lagi dan Rona-rona Cinta. Beliau juga turut mempopularkan loghat Negeri Sembilan menerusi lagu Biso Bonar. Lagu "5 Oktober" merupakan single yang ditulis oleh Bob Lokman. Sebuah lagu yang mengisahkan tentang kerinduan Bob terhadap anak sulungnya yang bernama Mohd Adam. Mohd Adam yang telah meninggal dunia seusia remaja iaitu 25 tahun. Allahyarh

Alif Satar Bergabung Bersama Raihan Dalam Konsert Amal Countless Blessing

Image
Sebuah Konsert Amal " COUNTLESS BLESSING " yang  menampilkan gabungan mantap Alif Satar dan kumpulan nasyid legenda terkenal, Raihan bakal diadakan tidak lama lagi.  Koloborasi mereka bakal melepaskan rindu para peminat dengan lagu-lagu yang pasti menggamit kembali memori dan menyentuh hati. Bertepatan dengan temanya “Countless Blessing” diharapkan hadirin yang memenuhi stadium pada malam tersebut akan merasakan betapa banyak nikmat yang kita perlu syukuri di dalam kehidupan seharian kita. Pastinya tetamu yang hadir akan merasakan kelainan dari konsert yang pernah mereka hadiri. Konsert amal ini bakal diadakan pada 2 November 2019, jam 8 malam. Konsert amal yang dianjurkan bersempena dengan Kempen Live A Life 2019 oleh Philandure dan Komited Malaysia, yang bertempat di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara. Konsert ini merupakan platform untuk organisasi dalam sektor masyarakat sivil berkongsi peluang di dalam sebuah majlis yang berskala besar untuk mengumpul d

Siapa Yang Kurang Ajar Dengan FTG?

Image
FTG adalah akronim kepada 'Freedom Thats Gone' yang membawa irama 'thrash' sudah tidak perlu di perkenalkan.  Band yang diasaskan di Kuala Lumpur pada tahun 1989 ini pada awalnya di terajui oleh Ibat selaku vokalis, Jac bertindak sebagai gitaris, Mie bassis dan Zam selaku pemain dram.  Mereka umpama peledak kepada industri muzik berat tempatan kerana berjaya membolosi persada muzik mainstream setelah muncul dengan EP yang berjudul “Freedom Thats Gone” pada tahun 1991 di bawah label Karun Seni (FGM).  Pada tahun yang sama FTG telah mempertaruhkan 2 buah lagu, Behind This Wall dan Kill Exxl dalam rancangan Muzik-Muzik. Seterusnya mereka tampil dengan album sulung, After The Promise yang telah dikeluarkan pada tahun 1992 di bawah label Valentine Sound Production. Sehingga kini FTG mempunyai 10 buah album studio antaranya ialah Spirit To Rebel (1994) , To The Front (1996) .  Kehadiran Tajul  yang sebelum ini bersama kumpulan Hidayu telah melahirkan Aku Ta

Perkasakan Perniagaan Dan Francais Bersama IFEC

Image
International Franchise & Entrepreneurship Conference 2019, satu lagi usaha jitu Perbadanan Nasional (PNS) dalam memperkasakan industri francais dalam kalangan usahawan terutama dari Malaysia. Objektif utama IFEC adalah mencipta platform kepada pemain-pemain industri, usahawan dan para pemilik bisnes untuk mempelajari kaedah terkini dalam menguruskan perniagaan masing-masing. Ilmu-ilmu ini menjadi tangga untuk mereka mendaki dan meletakkan bisnes masing-masing ke tahap lebih tinggi. Jangan tidak tahu, di persidangan ini jugalah para usahawan akan bertemu dengan rangkaian kerja atau networking yang lebih berbaloi atau networthing. Semua yang hadir, bukan calang-calang kerana antara nama-nama yang disebut pernah duduk di meja penasihat ekonomi negara. Apa yang dilakukan oleh PNS ini selari dengan mandat yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yakni menyokong agenda kerajaan dalam pembangunan francais dan keusahawanan. 5 tajuk yang akan dibentangkan ialah

Seni Jalanan@Street Art Dan Arca Kitar Semula Jadi Tarikan Baru Pencinta Seni Ke Labuan

Image
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya dan Balai Seni Negara melaksanakan Program Seni Jalanan dan Arca Kitar Semula Labuan bagi meningkatkan potensi pelancongan Labuan. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)  melalui agensinya Balai Seni Negara (BSN), giat mengangkat potensi pelancongan baharu di negara ini menggunakan pendekatan seni visual bagi persediaan sambutan  Melawat Malaysia 2020. Selepas penganjuran Program Mural Balik Pulau, Pulau Pinang, MOTAC melalui (BSN) memilih Wilayah Persekutuan Labuan kerana  pulau ini mempunyai pelbagai tarikan pelancongan dan ia perlu dijiwakan lagi dengan tarikan-tarikan destinasi pelancongan seni. Labuan terkenal dengan air (https://ms.wikipedia.org/wiki/Air%20/h)nya yang jernih dan pantai berpasir, menjadikannya destinasi pelancongan yang baik dan mempunyai potensi besar seperti Langkawi dan Pulau Pinang. Program Seni Jalanan dan Arca Kitar Semula Labuan ini merupakan program untuk mencantikkan persekita

5 Mentor Bakal Beradu di Pentas Mentor Milenia 2019

Image
Program realiti Mentor Milenia yang mencari bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur berjaya dan berkemampuan di dunia seni kini kembali untuk musim ketiga! Berbeza dari tahun-tahun yang lepas, Mentor Milenia musim ketiga ini menampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor. Menurut Puan Zurina Othman, Pengurus Besar Jenama, Integrasi Digital & Perolehan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad , "Pelbagai kelainan yang diperkenalkan pada musim baharu ini, salah satunya adalah penambahan Stacy dan Ernie Zakri sebagai mentor buat pertama kali di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Selain itu, Mentor Milenia tahun ini turut menampilkan konsep dan format baharu. Kehadiran kelima-lima mentor berpengalaman dalam bidang seni beserta vokal yang mantap ini pastinya dapat mencuit hati penonton dengan gelagat masing-masing yang sentiasa memberi keceriaan kepada penonton. Sudah semestinya ramai yang ingin melihat keletah pasangan Akim dan Stacy